Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Sunday, January 23, 2011

Seorang perempuan yang mudah perasan.

Salam! :)

Buat semua lelaki (dan jugak perempuan). Gua sekadar nak menyampaikan amanat dua kata. Tak panjang mana pun entry gua di keheningan pagi ini. Gua malas nak membebel panjang - panjang sebab gua dah agak mengantuk di sini tetapi lantaran gua memang degil gila nak jugak taip tengah - tengah pagi buta ni, gua turutkan juga. So yeah baca ah apa yang gua nak sampaikan. Jangan tak ba
ca! Gua sekeh kepala lu baru tau. Heh.

So kepada semua lelaki (dan jugak perempuan), lu semua kena hati - hati woo kalau lu orang nak berbual bicara dengan perempuan neh. Sebab bagi gua ah kan, perempuan memang mudah perasan. Perasan orang suka dia, perasan orang marah kat dia, perasan orang benci dia, perasan orang memuji dia, perasan orang mengutuk dia. Senang kata, perempuan memang mudah perasan akan segala - galanya. Kadang - kadang apa yang dia perasankan tu tak betul pun =,= Tapi oleh kerana daya imag
inasi yang MAHA HEBAT, maka situasi yang biasa - biasa akan jadi luar biasa. Bila tetiba lu cakap "Hai" sekalipun si perempuan dah boleh gedik - gedik pergi beritahu semua orang yang layak digelar BFF dorang yang lu orang suka kat dia. Dan lagi kalau lu tetiba pergi cakap "Hoi" pun dah boleh membuatkan si perempuan dok memulakan perancangan membalas dendam sebab fikir lu semua benci kat dia. Peh perempuan. Sama macam gua je perangai dia. Eh?

"I'm a lady with her natural instinct."

So begitulah apa yang gua nak sampaikan sini. Gua sampaikan secara umum, maksudnya bukan kat lelaki je gua tujukan entry serba ringkas ini, tetapi termasuk yang perempuan jugak yee. Sebab yang perempuan pun kalau berbahasa walau sesopan mana sekalipun boleh jugak menyinggung perasaan kawan perempuan yang lain, hanya kerana seorang perempuan itu punya sikap perasan. Or lu bolehlah klasifikasikan sifat perasan itu sebagai sensitiviti halus seorang perempuan la. Tapi kan, kerana sensitiviti halus seorang perempuan itulah yang membuatkan mereka semua suatu ciptaan yang MAHA UNIK sekali. Betul tak? ;) Termasuklah gua kan? *wink wink*

4 comments:

@rE_zE@M said...

perahsantan..

red said...

hehehe... perempuan kan lembut hatinya... huhuhuhu

asliner said...

betul weyh!
perempuan cepat perasan..
pastue jadik penasaran! =)

Nur Fannun said...

kekuatan perempuan adalah pada perasaannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...