Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Thursday, February 16, 2012

Doodle Versi Gadis Comel.

Assalamualaikum.


Sekarang dah pukul 2.27 pagi. Biasalah, gene burung hantu dalam diri ini terlalu kuat, oleh itu, aku pastinya tidak mampu tidur awal. Oh tidak, bagaimanalah aku bakal menghadapi hari-hari perkuliahanku di semester baru pada minggu hadapan? Mampukah aku tidur awal dan bangun awal juga? Atau aku harus bersengkang mata dari malam hingga ke pagi sebab takut terlajak tidur? Oh oh oh *tertekan* T_____T


Anyways, ada orang request doodle kannn? Siapa eh? Adalah budak tu. Dia tu budak lepasan SPM, sekarang tengah berdebar dada dup dap dup dap sebab tunggu result pada 22 Mac lettew. Oleh kerana dia budak lepasan SPM, dia ada banyak masa lapang untuk bersuka ria dengan happynya. Oh adik manissss, untungnya dikauuuu *ayat jeles*!


Sedangkan aku, cuti-cuti semesterku bakal berakhir. Minggu depan aku bakal memulakan semester baharu, iaitu semester 4 di IPTA paling selatan di Semenanjung Malaysia. Siapa nak tahu universiti tu sila rujuk kat Encik Google. Sila jangan malu, jangan segan. Encik Google tak pernah penat nak layan kerenah korang, ahaks ;P


Oh tanpa memanjangkan cerita, aku pun merajinkan diri untuk buat doodle yang di-request. Dah adik manisss tu hari-hari pun merengek kat aku, "Nak doodle, nak doodle ~", maka aku selaku seorang kakak yang ramah tamah *muntah kaler kelabu* pun bermurah hati nak tunaikan request dia. Tapi aku agak sedihlaa kan, sebab dia ni pergi request doodle dekat aku. Bajet aku macam pandai buat aje kan? Cubalah request doodle kat blogger yang dah otai dalam arena seni men-doodle, mesti dia punya permintaan tu macam tak dikuciwakan sangatlah. Harapkan aku, aku punya pun ibarat tahi. Eh tak tak, hina sangat tu tahi -__-


Okey, karya aku macam budak-budak umur 2, 3 tahunlah kan? Yang kau bagi dia krayon pastu kerja dorang hanya tahu buat mural kat dinding. Alangkah menangisnya ibu bapa bebudak itu melihat di
nding yang suci bersih tetiba ada mural anak mereka. HAHA! Moral of the story, sila gunakan Nippon Paint sebab nanti segala kotoran boleh dicuci dengan air sahaja. Mudah! Ini pun berdasarkan iklan diorang ah kan. Aku pun tak pernah try lagik :B


Okey banyak gila bebelan aku. Mana doodlenya pon aku tak tahu.



Okey (berapa banyak okey haa?!), tanpa melengahkan masa lagik, jom tengok beberapa doodle aku dalam masa sehari ini. Cewah, sehari je kau buat doodle. Percayalah!


Ini untuk Miss Zakaria's Daughter. Harap dia berkenan.


Ini Olen. Kawan baik dekat SAMURA. Lagi-lagi budak SAMURA kan? Haha.


Okey (urghh, stop cakap okey hsfdqoig!!), apa pendapat korang terhadap doodle aku? Ada pertambahan emosi kemahiran yang berlaku atau tidak? Atau makin lama makin poyo, macam nak suruh aku berhenti aja daripada arena seni men-doodle?


Eh serius, aku betul-betul mengharapkan komen ikhlas korang. Tapi
janganlah sesuka hati sangat mengkritik. Nanti sedih aku tau. Aku menangis kang, siapa nak pujuk? Tak baik tau melukakan hati saudara seIslam, Tuhan marah tau. Haa :3


Dengan ini, akibat ada kerja lain yang ingin dibuat, aku pun menamatkan nukilan aku sampai di sini sahaja.


Sekian, terima kasih sebab sudi baca entry ini sampai habis :D




Babai!




18 comments:

NURULHANIF said...

ala comelnya,,,

♥ p a a n i ♥ said...

hehehe yg last ni super duper cuteeeee la sis!!

Zakaria's daughter said...

dapat doodle yeay!
yeay ! yeay!

mekaseh mekaseh.

i lebiuu.

len kali buleh wt bebanyak ntok adek suweet. hoho

miss faten said...

@NurulHanif: Hee terima kasih :D


@Paani: YAY! Terima kasih :D


@Zakaria's Daughter: HAHA! Eksaitednya dia dapat doodle ;P

Amyra Azhar said...

comel amat! huhu akaq jgn stress tau! happy gud lucky ja n_n

Azhafizah[フィザ] said...

comelnye doodle ^^

myra azraff said...

waaaa..bestnyaa...*isk,rase nak jugak jer...wuwuwu

-Incek Fik- said...

wahh! berbakat yea lukis doodle ni, comel² belaka hehee..

*doodle tak reti lukis, kalau kacau dodol pakcik reti :)

merahitujambu said...

ala comelnyaa doodle dia

msrh's said...

aloh comelnya doodle dia :"D

Noraim said...

awk, comel sgt doodles awk :)

nak request jgk blh? hihi.

Leeza said...

comelnya..nak jugak, nak jugak =)

nurul-rasya said...

smart. mintak satu boleh. *muka tatau malu

syasyajohan said...

doodle comel tu,nasib baik ade watermark.baru nak curik.haha*tipu je

Mishter Izwän said...

comel sngt, bukn semua org pndai buat doodle, untung laaa,

ciK LyndaWawa said...

memang comell..heheheheh

miss faten said...

@Amyra Azhar: Hee. Okeh, akak cuba untuk tak stress :'))


@Azhafizah: Thank you :DD


@Myra Azraff: Hee, bukan awak pun pandai ke? :P


@Incek Fik: Saya dodol tak reti kacau, doodle jelaa yang termampu haha!


@MerahItuJambu: Thank you sis ^^


@Msrh's: Hee. Terima kasih, terima kasih :DD


@Noraim: Awak, terima kasih. Bole request :D


@Leeza: Hee boleh boleh ^__^


@Nurul-Rasya: Jangan segan-segan kalau nak mintak :P


@SyasyaJohan: Hehehe. Tulaa ;))


@Mishter Izwan: Haha. Terima kasih laaa :D


@Cik Lyndawawa: Thank you :DD

Nurul Ashikin said...

comel sgt!!! huaaaa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...