Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Sunday, February 26, 2012

Kekurangan Baucer Buku 1 Malaysia.

Assalamualaikum.


Mungkin sudah tiba masanya perasaan bengang ini mencapai kemuncaknya. Dulu rasa macam tak kisah lagi, masih rasa okay dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. But somehow setalah beberapa kali terkena, aku rasa aku perlu menyuarakan pandangan aku terhadap Baucer Buku 1 Malaysia ini. Senang kata, aku nak bagi satu kritikan. So that, kepada pihak yang memberi, kalaulah anda ada terbaca entry blog picisan aku ini, tolong tolong tolong ubah sekarang sebelum 31 Mac 2012. Aku taknak nanti ada baucer yang tak digunakan secara sebaiknya pulak.


Oleh itu, tanpa melengahkan masa lagi, aku nak terus meneruskan niat aku mengkritik Baucer Buku 1 Malaysia ini. Malas lagi nak bermanis mulut serta bermukadimah segala, hati ini sudah cukup remuk redam! *kecewa*


Pertama sekali, aku merasakan mana-mana kedai buku yang tidak menerima baucer bercop universiti/kolej/sekolah yang kurang jelas adalah tidak wajar. Ini kerana secara logiknya, perlukah cop di belakang baucer itu kelihatan jelas? Kau rasa ada ke mana-mana pelajar yang bother gila nak buat cop palsu semata-mata nak cop kat atas baucer tu? Kemudian, setakat tak jelas macam kurang ink pun nak reject ke? Kau ingat nanti time kau redeem all those vouchers gomen akan kisah ke cop tu jelas ke tak? Weh cuba kau fikir logik, takkanlah nanti time kau redeem baucer yang banyak-banyak tu diorang bother nak check satu persatu cop tu kan? Tak ke pening nanti mata diorang nak merenung semua baucer. Huh.


Kedua, aku merasakan kalau tersalah tulis IC lalu baucer tak diterima pun tak wajar. Kau ingat manusia ini sempurna ke? Takkanlah diorang tak buat silap sikit-sikit time nak menulis, kan? Agak-agak time tengah sibuk-sibuk tulis maklumat atas baucer sekali ada orang mengganggu, so secara lumrah alam, si penulis pastinya boleh terbuat silap kalau dia tidak fokus. So kau nak salahkan garisan sempang yang ada sebab nak betulkan kesilapan itu sebagai penyebab baucer direjek? Wey come on siak, habis kalau kena rejek, aku dah tak boleh pakai baucer tu lagilah kat mana-mana? Takkan aku tak dibenarkan TERbuat silap dan salah sekalipun? Even gomen sendiri banyak buat silap dalam mentadbir, tapi gua tadehal pung. Gua siap memberi kemaafan lagi. Sebab aku sedar, manusia mesti buat silap, here and there, tanpa mengira waktu. Thus, tersalah menulis nama atau IC itu seharusnya dimaafkan.


Ketiga, mana-mana kedai buku yang too practical sampai nak beli buku guna baucer pun kena isi borang segala adalah tidak wajar dan tidak patut serta menyusahkan semua pihak. Untuk apa kau buat dokumentasi sebenarnya? Takut sangat kena tipu dengan student? Hello, once the vouchers tu semua dah selamat berada di dalam pegangan pihak korang, seharusnya korang tak perlu risau lagi. Just redeem je dengan gomen. Diorang layan saja. Ado ko gomen nak check satu persatu details students atas baucer tu semua? Kejadahnya, banyak kot? Ada masa pulak!


Keempat, kedai buku yang insists on seeing the students' matric cards memang membuatkan aku #facepalm laa. Seriyesly, bukan semua students bawak matric card ke hulu ke hilir. Lagipun, what's the use of matric card if there is already an identity card as a prove? Tak cukup ke no IC yang tertera di baucer sama dengan IC yang ditunjukkan? Haruskah kau melihat kepada matric card lagi? Menyusahkan, tahu?!


Kelima, sepatutnya nombor siri di atas baucer yang telah direkodkan oleh pihak universiti/kolej/sekolah dengan nama pelajar tersebut boleh membuatkan voucher itu valid WALAUPUN ada kesilapan tulis nama ke apa. Kalau tak, buat apalah si kerani pejabat susah-susah sebut nombor siri baucer tu kuat-kuat hanya untuk bagi kitorang catat dalam buku rekod. Tapi lepas tu, bila nak pergi kedai buku, nak tengok itulah, inilah. Bangang gila!


Aku rasa aku tak ada kritikan keenam. Bagi aku, sepatutnya Baucer Buku 1 Malaysia itu memudahkan dan menyenangkan para pelajar tetapi akhirnya, niat suci murni pihak gomen terkubur begitu sahaja tatkala ramai gila pelajar terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah antaranya seperti yang dinyatakan di atas. Itu belum cakap pasal pelajar yang tak dapat baucer langsung sebab baucer dah habis. Haa, kau nak jawap apa haa?? Tapi itupun kalau betul-betul habislah, bukan kena songlap dek orang-orang dalam pejabat >:(


Bagi aku, tak perlu nak praktikal sangat. Kau lantak pi dengan penjualan baucer ke apa. Apa ko pedulik? Itu hak diorang nak buat dosa. Sebab diorang tak amanah dan tak jujur, biarlah nanti akibatnya diorang yang kena. Kita tak payah nak sibuk-sibuk, baik kau sibuk pasal PRU-13 lebih bagus!


Pastu, baucer ni, tak payahlah nak skema sangat. In the end, gomen still give you the money meh. Kalau gomen tipu, kasi pakat ramai-ramai buat bantahan ke petisyen ke apalaa wahai pekedai-pekedai buku! Janganlah kau kasi alasan itu ini sebab takut gomen tak bayar. Kalau betul kau takut, apasal kau pergi participate dalam kempen Baucer Buku 1 Malaysia ni? Kenapa kan? Kalau takut rumah dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai. Haa tengok sampai aku pun dah berperibahasa dah sekarang -____-


Yes, aku banyak bebel tapi aku apa pedulik! Aku bengang dengan tindakan-tindakan tidak relevan pekedai-pekedai buku serta gomen amnya. In the end, korang jugak dapat untung, pekedai dapat duit dari gomen, dan gomen insya ALLAH maintain seats masa PRU-13. Tapi bila ada benda-benda macam ni, kau ingat kau dapat keuntungan lagi ke?


Aku malas nak jawap. Korang pikirlah sendirik. Aku yang pro-kerajaan pun dah bising, baik korang do something laa hoyyy! Marah balik kat semua pekedai-pekedai buku yang gedik, demanding serta childish itu.


Sekian, terima kasih!

9 comments:

asliner said...

masa aku bace tajuk..
aku ingat kau nak protes sebab baucer tak cukup bagi rm200 je..
lupe nye hal lain..
tahu takpe..
kecah sangat lah kdai2 buku nie..

saya wawa najwa said...

haaa /taw takpe .aku pon kene lah .siap mintak i/c bagai,tya sekolah mane .pandang aku amek barang bnyk2,geram gila haihh :) macam aku ni pencuri .cirirtt lah kau cashier .keje cashier jek .pandang macam bos .bengong !

Zakaria's daughter said...

errrr.
terlopng jap bace entry neh dari atas sampai bawah.

memang tak patuttt!!
errr! baru nak suruh sis paten belanje novel satu!
err. tensen.

(takde pengalaman dapat baucer buku 1 malaysia tuhhh. maklum r, tunggu spm :( )

Detective Fiqa said...

sabar kak. nanti kita bako je hehehe

H.S said...

cop tak jelas pun tak terima.gila lah mereka ni.

isi borang?syukurlah tak kena.

Noraim said...

betul tu. sy pergi kedai buku ni dia komplen mcm2. kan baucer tu di-stapler then bila terkoyak sikit. penjual tu taknak terima sy punya baucer sbb takut no siri hilang.

bengap ke apa sbb no siri terpampang kat tgh2 baucer. geram tau.

♥ p a a n i ♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥ p a a n i ♥ said...

akakk tak dapat pun! sobsob sbb dah bukan student lagi.hihi

hanaahmad said...

untung dapat baucar buku, masa aku belajar tak dapat apa-apa. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...