Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Sunday, February 19, 2012

Malam Yang Meroyan.

Yoooooooo !


Malam ini aku habiskan masa aku dengan meroyan bagai nak
rak. Aku memekak, aku melalak, aku terpekik, terlolong bagi meluahkan perasaan kuciwa aku sebab sedih dan tertekan esok cuti dah habis. Aku kena kembali ke tempat yang aku perlu berjuang menjadi yang terbaik. Hanya yang terbaik, kalau tak terbaik, boleh jalan.


Okey, sebenarnya part aku memekak, melalak, terpekik dan terlolong adalah tipu sama sekali. Silalah percaya yang aku memang bohong sunat.


Sebab aku meroyan cara terbaik. Cara paling suci *ce
h*. Cara paling mengembangkan bakat aku, ewah.


Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, aku meroyan dengan men-doodle! YAY! Aku berjaya buat dua doodle pada malam ini. Satu cantik, satu tak cantik. Sedih tau dah doodle dengan begitu tekun dan gigih lagi dedikasinya, sekali outcome dia tak cantik. Tak memuaskan hati. Sedih tahu, sedih? *menangis*


Dua-dua doodle tersebut ada gelaran untuk mereka. Setakat ini
gelaran itu memang cukup ngam dengan merekalah. Eh aku ni buat doodle tu macam manusia pulak kan? Anyway, berbalik kepada cerita doodle, satu doodle yang cantik itu aku gelar dia doodle paling sopan hee *tersenyum manis*. Dan doodle yang kedua pulak doodle paling kalerful, sebab kaler dia yang banyak serta ceriaaaa. Tapi doodle yang ini walaupun kaler dia banyak dan ceria-ceria, tetap bagi aku kurang cantik. Aku pong tatahu di mana silapnya :B

Oleh itu, tanpa segan silunya, aku mempersembahkan suatu doodle yang panas dari photoshop CS5 extended *jeng jeng jeng*


Doodle paling kalerful buat masa ini ~


Doodle paling sopan :)


Amacam, amacam? Aku rasa macam nak banyakkan men-doodlelah. Tapi tugasan sebagai seorang mahasiswi sudah pun memanggil. Tidak lupa juga tugasan sebagai seorang presiden kelab. Dan tidak lupa juga tugasan sebagai seorang ahli dewan di dalam dewan parlimen mahasiswa. Dan tidak lupa juga kepada. . . Urm, urm. . . Semua-semuanyalah! Oleh itu, mahu atau tidak, haruslah kurangkan aktiviti men-doodle ini. Nak doodle tu boleh, tapi hanya bila ada kelapangan. Atau agak-agak nak meroyan, doodle ajelaa. Takyah nak tidur aje ;P


Dengan ini, aku nak sambung meroyan aku dengan packing barang kot? Gilalah esok balik tapi belum start packing lagi. Tapi tak kisah pong sebenarnya, rumah I kan dekat dengan unibersiti, kalau tertinggal barang tu calling, calling my mama sudahhhhhh ~


Sekian, terima kasih :)


P.S: Setiap doodle ada watermark. Bajet diri ini hebak, lalalala ~

14 comments:

wanie mn said...
This comment has been removed by the author.
wanie said...

nak bljr buat doodle la, tp tak gheti ;'(

-Incek Fik- said...

perghh!

banyak jugak pangkat Cik Faten ni ya.. bagus! pelajar yang aktif dalam menceburkan diri dalam semua bidang camni la menjadi contoh kepada adek-adek nanti :)

TiraPengemis said...

jgn la meroyan...doodle tue alim..hehe

cikwahidaidris said...

cute !

miss faten said...

@Wanie: Senang je wanie. Saya pun baru belajar. Tapi nak buat tutorial tu tak pandai T____T Takut orang tak faham. Saya cadangkan wani tengok dekat list blog saya yang tulis "bloggers who doodle" tu :D


@Incek Fik: Insya ALLAH. Banyak pangkat, banyak tanggungjawab dan amanah :)


@TiraPengemis: Haah, memang alim pun :))


@CikWahidaIdris: Thanxxx ^^

aimie said...

cantik gilaa doodle ! >.< teringin nak buat

O CIKTEDDY said...

wah..lebatnye bulu mata die..kui3


pss::maaf cik lame x singgah sni..busy la katakan..jgn marah aw!hehe

♥ p a a n i ♥ said...

doodle paling sopan tu kening dia mengancam u! hehe

nurul-rasya said...

sungguh sopan cara anda meroyan *skema

Zakaria's daughter said...

tuh pung kire meroyan keh?!
meroyan bukan untuk org yang lepas bersalin keh?
alaaa , yang tengah pantang bagai tuh tetibe meroyan?
ergh!
kompiusss bace entry nehh.

sweettt doodleee tuh.
ehem =)

keke

Cik Nurul said...

ramai giler suke buat doodle ni.. kite tak reti lah.. huhu selamat kembali ke u! :P

zulhilmi tempoyak said...

nak satu... heee

yg kiut mcm saya... opsss... ;p

Noraim said...

selamat menjadi student. hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...