Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Saturday, February 18, 2012

Memulakan semester baru.

Assalamualaikum.


Esok. Esok hari apa eh? Esok hari Ahad. Hari untuk kita semua bersuka-ria ataupun berehat-rehat. Tapi esok merupakan hari kepenatan aku. Mengapa aku bercakap begitu?


Sebab esok aku dah balik kolej derrrr T_____T Cutiku sudah habis, hari Isnin ada kelas, bermulalah tugasku, sebagai mahasiswi *cuba kau orang baca ikut rentak lagu Alif Satar yang lelaki seperti aku ittuww*


Anyway, seperti biasa, aku takkan sudi untuk balik ke kolej lalu memulakan kehidupan sehari-harian aku sebagai seorang pelajar. Penat tau tak belajar ni? Asyik nak memerah otak aja. Hari-hari pun nak kena belajar. Kang tak belajar, result teruk pulak. Bila result teruk mulalah rasa macam risau, runsing dan sebagainya sebab 1) takut mak kau marah, 2) nanti kau nak kerja apa, dan 3) kau kena bayar balik duit PTPTN kau. Unless kau budak JPA, belajar bodoh-bodoh pun takpe. Gomen baik hati, diorang takkan suruh korang bayar balik duit biasiswa korang tu walaupun dapat pointer bawah 3.00. So, bersyukurlah wahai budak-budak JPA! *sarkastik*


Sekarang ni pun aku dah mula rasa gloomy jep sebab esok dah balik :( Pastu Isnin ada kerja. Pastu Selasa dah start kelas. Sedihlah macam ni. Tak suka, tahu? Ni baru belajar, bila dah kerja macam mana agaknya ragam aku nanti? o.O


Tapi takpelah, selagi masih ada peluang untuk belajar, haruslah aku belajar dengan bersungguh-sungguh kan kan kan? Eleh, aku tulis je ni tak suka, penatlah, apalah, tapi sebenarnya aku suka belajar hehe. Tapi dengan cara aku tersendirilah. Aku tak suka orang paksa aku suruh belajar, orang tentukan apa yang perlu aku belajar dan sebagainya. Sebab kalau macam tu nanti apa pun tak boleh masuk dalam kepala otak aku. Aku belajar mau relax. Kalau rasa dah bosan, nak diselang-selikan dengan tengok movies barang sepuluh minit dua pun aku tak kisah. Aku tak percaya bahawa kalau belajar tu mesti statik je duduk atas kerusi, menghadap buku doploh empat jam. Kalau aku macam tu, alamatnya boleh pengsan mulut berbuih aku -___-


Pastu pastu. . .


Urm okeh aku rasa dah takde pastu. Hilang idea sudah.


Oh ya, aku nak cakap, sebenarnya aku sangat terharu dengan komen-komen anda semua yang memuji doodle aku comel! Seriyes aku terharu tau *kesat air mata guna sapu tangan* Tapi di sini ada berita sedih, aku tak kisah nak bagi orang doodle, sebab aku memang suka memberi *muntah hijau*. Namun begitu, aku sekarang dah nak naik semester, so masa untuk buat doodle kian berkurangan T_____T


Oleh itu, jika anda benar-benar mahukan doodle aku *semangat*, haruslah anda bersabar menunggunya! Jangan risau, I bukan seorang yang kedekut. I tak kisah bagi doodle free-of-charge \(^___^)/


Tapi doodle biasa-biasalah. Jangan kau request aku doodle gempak gaban. Mana mak reti ~


Dengan ini, sekian, terima kasih sebab sudi baca entry ini sampai habis :D

6 comments:

-Incek Fik- said...

Semoga Cik Faten menjalani semester baru dengan lebih bersemangat lagi. wish the best for ur study :)


memang baik hati la Cik Faten ni, sesibuk-sibuk dia pon masih bermurah hati lukis doodle percuma kat korang..

appreciate sikit hasil kerja dia taw :)

littledolphin said...

saya faham kawan.

suka belajar... cuma tak suka dipaksa.kan kan kan?

macam masa bila kita nak belajar,cara kita nak belajar.semua orang ada cara masing-masing.

belajar mestilah nak relax kan?takkanlah nak straight je.hehehe

anyway selamat memulakan sem baruu!

Zakaria's daughter said...

selamat kembalikk berkolejjj kolejj sista !

semoga dapat study dengan diselang selikan movie selama spoloh minit.

sis amek cs hape neh ek?
study mana?
da kawen lom ? ---> salah salah.


btw , memang cumel pung doodle sissss.
hehe. i loikee.

ingat senang keh nak wt doodle pree op charge?

miss faten said...

@Incek Fik: Terima kasih Inchek Fik atas sokongan dan dorongan ^^

Hee. Saya ni kalau ada masa je rajin berkarya. Kalau tak menghadap esaimen ajaaaa :D


@LittleDolphin: Yep, belajar memang kena ikut cara masing-masing. Jangan tiru orang, nanti diri sendiri yang melingkup :3


@Zakaria's Daughter: Haha! Ucapan terbaik sebab siap suruh sokong tengok movie sekali ;PP

Adik, sis amek course Sumber Manusia kat UTM.

Pastu thanx sebab cakap doodle comellll ^^ Rasanya semua doodle comel haha!


Akhir sekali, selagi ada kemurahan hati, takpelaa pree op charge :PP

Paan Sabri said...

yup, jeles gak dgn bdak jpa.. kt uniten dorang kne maintain pointer at least 2.2.. sedangkan kami budak scholar tnb kne 2.7 (3.0 sgt rare di uniten). tapi see the bright side la sbb nnt senang dpt keje.. hehe



http://satelitvintage.blogspot.com/

miss faten said...

@Paan Sabri: Woww! 2.2 je? Lemaklah budak-budak JPA kan?? But I do agree, on the bright side, those who achieve higher lebih mudah dapat keja. CGPA 2.2 dapat apa je?? :/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...