Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Saturday, February 18, 2012

Menggodeh laman web Picasa.

Assalamualaikum.


Tahukah anda bahawasanya dahulu saya seorang yang tidak memakai tudung? Baru setahun lebih saya cekal menutup rerambut di atas kepala ini. Sebelum itu, saya lebih bebas tidak bertudung.


Oh sebenarnya dah nak dua tahun kot saya bertudung. Masuk bulan Mac nanti genaplah dua tahun saya bertudung, alhamdulillah :')


Namun begitu, sewaktu era saya tidak bertudung, atau orang kata freehair sebab kononnya lebih glemer kot bunyinya, saya banyak upload gambar-gambar tidak bertudung di Fesbuk, di blog mahupun di Twitter. Tetapi setelah bertudung, saya mula merajinkan diri ini untuk menyelongkar segala ceruk-ceruk yang ada untuk membuang segala gambar yang telah saya upload suatu ketika dahulu. Al-maklumlah kan, orang perempuan ada suatu penyakit ini. Baik bertudung mahupun tidak. Bila sudah ambil gambar, harus upload di mana jua medium yang ada. Seriyes! Kalau boleh nak tempek gambar je kat setiap entry. Haha.


Akan tetapi (sory, ini entry semi-skema), saya ingatkan dengan mendelete entry-entry yang ada gambar freehair, maka setiap gambar yang pernah diupload dulu akan hilang jugak. Alangkah terkejutnya saya bila saya dapat tahu yang gambar tersebut masih ada! Semua gambar itu masih boleh dicapai lagi sekiranya ada orang gedik-gedik carik gambar saya guna laman web Google. Perasaan terkejut tu macam saya tengah pegang kaca, tiba-tiba ada orang bagitahu berita buruk pastu sebab terkejut, kaca tu terlepas dari tangan lalu jatuh menghempas lantai dan berkecai seribu. Haa, perasaan dia macam itu.


Oleh itu, saya tengah cuba merajinkan diri untuk mendelete setiap gambar-gambar saya yang diupload melalui blogger di album Picasa. Sebab saya hanya mampu terfikir tentang cara itu. Susah pun susah laa, nasib baik tak banyak gambar diri sendiri yang saya tempek kat dalam blog ni :D


Fuhhhhh. . . Penat jugak sebenarnya nak delete satu persatu, tapi demi menyelamatkan diri ini, saya sudi bersusah payah dan sanggup melakukan apa jua. Mudah-mudahan usaha saya berbaloi :)


Sekian terima kasih ^___^


P.S: Cekerama pada malam ini sangat menyakitkan hati. Tolonglah, jangan kacau laki orang. Tahulah korang bestfriend forever, tapi dah kahwin. Menciklah cerita cliche macam ni :(

P.P.S: Tapi macam tak faham sangat jalan cerita ni -__-

4 comments:

Zakaria's daughter said...

eh eh,
same kiteee.

tapi start insap akhir masa form4.

sile sile delete seblom wa bongkau

ciK LyndaWawa said...

alhamdulillah.....

miss faten said...

@Zakaria's Daughter: Baguslah kita dah insaf :)


Dah delete dahh. Bongkau pun x jumpe :P


@Cin LyndaWawa: Alhamdulillah :'))

♥ p a a n i ♥ said...

baguslah..alhamdulillah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...