Assalamualaikum.
Selamat hari Ahad semua orang. Hari Ahad aku bermula dengan insiden kekerapan ke tandas. Tak tahu semalam makan apa yang menjadi punca kepada situasi tersebut. Tetapi serius aku cakap, sakit perut memang peritttttt ya amattttt :( Tak best, tahu?
Anyway, semalam adik aku bagi SMS yang berbunyi begini, "Along, nanti tolong carik lagu yang ibu nak tu. Lagu yang ada lirik kau isteriku."
Aku baca dan terus aku terdengar-dengar lagu Kopratasa - Permata Buat Isteri. Lagu ini memang awesome bagi aku, membuatkan aku yang bukan seorang isteri pun boleh terbuai-buai melayannya. Lirik dia menusuk jauh ke dalam kalbu. Oh, suamiku ~ *tetiba*
Namun begitu, tajuk lagu ini ada sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan. Ada yang kata tajuk dia Permata Untuk Isteri, ada pulak yang cakap Permata Buat Isteri. Tetapi bagi aku layan sajalahhh ~ Yang penting maksud dia sama haha.
Oleh itu, aku dengan segala hormatnya ingin share lirik lagu yang membuai jiwa ini. Semoga semua wanita di luar sana, termasuk diriku ini, sama ada bergelar isteri, bakal bergelar isteri mahupun lambat lagi memegang title isteri, akan mengambil iktibar dan pengajaran daripada bait-bait lagu ini. Kerana tugas seorang wanita yang bergelar isteri sangat besar maknanya :')
Akhir kata, perkahwinan bukan suatu medium untuk bersuka-ria, menghalalkan apa yang haram bagi seorang perempuan dan seorang laki-laki yang bukan muhrim. Perkahwinan ini ibarat sebuah medan untuk kita menempuhi ujian bersama-sama, susah dan senang. Kerana lelaki dan perempuan itu amat-amat saling memerlukan. Oleh itu, janganlah kamu menolak perkahwinan. Tolak perkahwinan sejenis takpe! Tu harrammmmmm ;)
Sekian, terima kasih!

Permata Buat Isteri oleh Kopratasa
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

4 comments:
aloh, kesiannya sakit perut. dah mkn ubat blm?
erk,, sy suka lagu tu even sy tak kawen lg pun. hihi.
lagu nie tetap best sepanjang zaman.
nak kawenn.. eh ttbe :P
sebuah perkahwinan datang dengan banyak tanggungjawab..
Post a Comment