Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Thursday, February 16, 2012

Doodle Versi Gadis Comel.

Assalamualaikum.


Sekarang dah pukul 2.27 pagi. Biasalah, gene burung hantu dalam diri ini terlalu kuat, oleh itu, aku pastinya tidak mampu tidur awal. Oh tidak, bagaimanalah aku bakal menghadapi hari-hari perkuliahanku di semester baru pada minggu hadapan? Mampukah aku tidur awal dan bangun awal juga? Atau aku harus bersengkang mata dari malam hingga ke pagi sebab takut terlajak tidur? Oh oh oh *tertekan* T_____T


Anyways, ada orang request doodle kannn? Siapa eh? Adalah budak tu. Dia tu budak lepasan SPM, sekarang tengah berdebar dada dup dap dup dap sebab tunggu result pada 22 Mac lettew. Oleh kerana dia budak lepasan SPM, dia ada banyak masa lapang untuk bersuka ria dengan happynya. Oh adik manissss, untungnya dikauuuu *ayat jeles*!


Sedangkan aku, cuti-cuti semesterku bakal berakhir. Minggu depan aku bakal memulakan semester baharu, iaitu semester 4 di IPTA paling selatan di Semenanjung Malaysia. Siapa nak tahu universiti tu sila rujuk kat Encik Google. Sila jangan malu, jangan segan. Encik Google tak pernah penat nak layan kerenah korang, ahaks ;P


Oh tanpa memanjangkan cerita, aku pun merajinkan diri untuk buat doodle yang di-request. Dah adik manisss tu hari-hari pun merengek kat aku, "Nak doodle, nak doodle ~", maka aku selaku seorang kakak yang ramah tamah *muntah kaler kelabu* pun bermurah hati nak tunaikan request dia. Tapi aku agak sedihlaa kan, sebab dia ni pergi request doodle dekat aku. Bajet aku macam pandai buat aje kan? Cubalah request doodle kat blogger yang dah otai dalam arena seni men-doodle, mesti dia punya permintaan tu macam tak dikuciwakan sangatlah. Harapkan aku, aku punya pun ibarat tahi. Eh tak tak, hina sangat tu tahi -__-


Okey, karya aku macam budak-budak umur 2, 3 tahunlah kan? Yang kau bagi dia krayon pastu kerja dorang hanya tahu buat mural kat dinding. Alangkah menangisnya ibu bapa bebudak itu melihat di
nding yang suci bersih tetiba ada mural anak mereka. HAHA! Moral of the story, sila gunakan Nippon Paint sebab nanti segala kotoran boleh dicuci dengan air sahaja. Mudah! Ini pun berdasarkan iklan diorang ah kan. Aku pun tak pernah try lagik :B


Okey banyak gila bebelan aku. Mana doodlenya pon aku tak tahu.



Okey (berapa banyak okey haa?!), tanpa melengahkan masa lagik, jom tengok beberapa doodle aku dalam masa sehari ini. Cewah, sehari je kau buat doodle. Percayalah!


Ini untuk Miss Zakaria's Daughter. Harap dia berkenan.


Ini Olen. Kawan baik dekat SAMURA. Lagi-lagi budak SAMURA kan? Haha.


Okey (urghh, stop cakap okey hsfdqoig!!), apa pendapat korang terhadap doodle aku? Ada pertambahan emosi kemahiran yang berlaku atau tidak? Atau makin lama makin poyo, macam nak suruh aku berhenti aja daripada arena seni men-doodle?


Eh serius, aku betul-betul mengharapkan komen ikhlas korang. Tapi
janganlah sesuka hati sangat mengkritik. Nanti sedih aku tau. Aku menangis kang, siapa nak pujuk? Tak baik tau melukakan hati saudara seIslam, Tuhan marah tau. Haa :3


Dengan ini, akibat ada kerja lain yang ingin dibuat, aku pun menamatkan nukilan aku sampai di sini sahaja.


Sekian, terima kasih sebab sudi baca entry ini sampai habis :D




Babai!




Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #4

Boleh klik untuk pembesaran saiz imej :)

Kek Yang Mencair Di Mulut! YUM!

Holla ~


Hai semua orang. Di sini aku nak tanya suatu soalan, adakah anda semua penggemar kek?


Secara jujurnya, aku boleh cakap aku suka makan kek. Kek is awesome! Kek is gorgeous! Kek is heaven! Kek can bring peace and heal the world, make it a better place, for you and for me and the entire human race ~ *tetiba ternyanyi* =..=



Bila makan kek boleh terus rasa "Ahhhh, indahnya dunia ~" *efek mata anime, bersinar-sinar*


Saat manisan itu mencair di dalam mulut, bagaikan terasa kita melompat tinggi di a
wangan, apa orang putih kata, like cloud nine? Ewah! :D


Sekarang ni aku tengah kemaruk tengok rancangan TV Cake Boss. Dengar nama aja dah tahu, memang tu rancangan masak-masak yang bertemakan kek. Setiap malam, kalau aku belum tidur memang aku menghadap depan TV tengok rancangan tu. Sebab cerita tu start pukul 12.00 tengah malam. Tak tahulah kalau Astro ada buat second tayangan di waktu-waktu lain sebab aku selalunya tak berpeluang nak tengok TV di waktu siang -__- Biasalah, ramai sangat orang nak conquer remote control. Dan kebiasaannya, aku dengan redha berlalu pergi dan menghadap laptop adalah lebih baik. Takpun SMS Encik Gula Hati. Takpun baca novel. Takpun buat ajelaa apa-apa yang menarik di hati hikhikhik. Okeh, gedik.


Mastermind in Cake Boss.


By the way, pembuat kek dalam rancangan Cake Boss tu memang serius kreatif! Serius mempunyai nilai-nilai estetika seni yang tinggi! Kau order je apa jua bentuk kek yang nak, insya ALLAH dia boleh buat. Timbul kekaguman terhadap bakat yang dia ada. Dan aku boleh bet kek yang dia buat tu pun bukan calang-calang rasanya. Mesti sedap, ditambah pula dengan paras rupa (?) kek yang gorgeous, memang meletup-letup ah kan! \(^___^)/



Oleh itu, kepada sesiapa nak kill the time tatkala tak boleh tidur di waktu malam, dan b
agi sesiapa yang melanggan siaran TLC pastinya, silalah pada setiap hari Isnin sampai Jumaat (kot?), nonton rancangan Cake Boss yang semestinya boleh buat anda tertawan dengan setiap kek-kek yang dihasilkan *cakap dalam satu nafas*!


BUMBLEBEE (>___<)


Pastinya anda akan berasa terhibur melihat kek-kek yang out of this world dan gorgeous tersebut. Sekian, terima kasih ^^


P.S: Saya dapat request doodle daripada adik manisssss yang nama timang-timangan dia Zakaria's Daughter. Semoga dia boleh bersabar dengan saya yang macam siput bila berkarya ni. Hikhik.

P.P.S: Apasal gedik guna saya? -__-

P.P.P.S: Sekarang dia tengah buat kek kereta mayat T___T Apa kejadah punya permintaan customer? *facepalm*

Monday, February 13, 2012

The Valentine's Day.

Assalamualaikum semua orang.


Esok Valentine's Day. Siapa yang sambut, sila angkat tangan laju-laju! *toleh kiri, toleh kanan* Eh, macam takde yang nak sambut pulak! BAGUS! \(^__^)/


Actually aku pun tak sambut VDay. Bagi aku buang masa, dan buang duit. Banyak tau nak sambut-sambut dalam setahun ni. Hari jadi lagi, hari ulang tahun lagi, hari peringatan kali pertama berjumpalah. Haish, pendek kata, macam-macam. So daripada buang masa dan buang duit sambut VDay, baik aku duduk rumah sambil sambung donlod banyak-banyak drama The Vampire Diaries. Oh by the way, semua original vampires adalah sangat hot dan gorgeous! Me love Niklaus the most *mata bersinar-sinar* Oh ya, mesti kome yang tak tengok The Vampire Diaries agak terpinga-pinga dengan statement ku ittuww. Maaf :3


The originals \(^__^)/


Cuma satu tak sedap pasal VDay yang bakal berlangsung esok hari adalah apabila rata-rata kawan Fesbuk aku beriya-iya nak letak status, "Saya orang Islam. Saya tak sambut Valentine's Day." Namun syukurlah, jumlah orang yang sibuk bagai nak rak post status macam ni mulai berkurangan.


Sebab bagi aku, kau tak perlulah nak canang satu dunia yang kau tak sambut VDay. For what, seriously? Aku pun tak sambut, tapi aku takdelah nak share wall post itu, letak status ini dan sebagainya. Kita semua sedia maklum VDay itu haram disambut. Titik. Noktah.


Tak perlu untuk kita mengungkit perkara yang sama berulang-ulang kali, saban tahun. Lagipun, kalau kau post status macam tu dalam Fesbuk, pastu semua kawan-kawan kau sepesen perangai dengan kau, adakah dakwah kau akan tersampai? Obviously tidak. Kau nak berdakwah, tolong berdakwah kepada golongan yang kau yakin akan sambut VDay esok, bukan kepada kawan-kawan yang sealiran fahaman dengan kau, kot?


Dan bagi aku, cara kau letak status tu pun macam kau nak bermegah dengan kebaikan kau yang tak menyambut VDay. Perlukah engkau berbuat demikian? Perlukah? Sekali lagi, perlukah?


Bagi aku, itu semua tidak perlu. Cukuplah dengan engkau sendiri tahu kau tak sambut VDay. Sebab kalau betul engkau tak sambut, orang lain tak perlu tahu. Yang penting DIA Yang Maha Mengetahui itu tahu memadailah, bukan?


Sekian, nukilan ikhlas daripada diriku Cik Kiminggo yang tak hot tapi genius ;P


*peace*

Sunday, February 12, 2012

Doodle Versi Lelaki.

Assalamualaikum.


Sekarang ni tetiba mood untuk men-doodle dah jatuh. Bukan sebab down asyik lukis tak berapa nak jadik. Sebenarnya agak berbangga jugaklah sebab diri ini dikurniakan bakat untuk melukis
*kembang kuncup hidung* :P Cuma bila dah takde mood tu, nak bukak photoshop nak doodle pun malas. Kenapa tetiba takde mood pun aku tak tahu. Pelik jugak, baru 2, 3 hari aku dah bosan, aku dah bosan, aku dah bosannnnnn :O (tapi sebenarnya takdelah bosan mana, kejap je ni, kot?).


Anyway, di kesempatan yang ada, aku nak sharing-is-caring dua doodle lelaki yang aku dah berjaya buat. So far aku boleh cakap dengan tanpa rasa malu bahawasanya aku memang tak pandai langsung nak lukis karakter lelaki! Ini sangat serius. Setiap kali nak lukis karakter lelaki mesti rasa dup dap dup dap punya berdebar sebab tahu dia punya outcome mesti takkan secomel karakter wanita *ehem ehem*. Oleh sebab itu, aku pun rasa, selepas ini kalau boleh aku nak lukis karakter wanita je. Laki, boleh belah *ececeh*.


Oleh itu, sila tatap doodle aku ini menggunakan layar penglihatan yang anda ada. Tengok, jangan tak tengok!


Doodle lelaki pertamaku.


Doodle lelaki keduaku. Macam lebih comel daripada yang first. Hehehe.


Apa macam? Sangat tak comel compared to the girls kan kan kan? Oh by the way tetiba aku terkejut dengar suara orang perempuan. Ingatkan hantu mana tiba-tiba singgah. Rupa-rupanya suara Heidi Klum sebab aku bukak Project Runway kat Youtube *tetiba*.


So aku rasa karakter lelaki aku sangat tak comel dan sangat tak awesome macam doodle para wanita. Oleh sebab itu aku rasa down dan mula malas nak main dengan photoshop. Aku lebih banyak membaca novel sikalang. Novel apa? Novel bertajuk Cinta Kembali Bertasbih. Yep, you read it right. Cinta Kembali Bertasbih karya A. Ubaidillah Alias, bukannya Ketika Cinta Bertasbih karya Pak Habiburrahman itu ya. Sila mengerti! *baca mengikut slang orang indo*


Novel ini skema, memang kesukaan aku. Al-maklumlah semenjak tua-tua ni aku memang dah makin skema. Makin tak pandai nak buat itu ini sangat *batuk sambil urut dada*.


Apa yang aku suka pasal novel ni sebab dia macam mengajak aku mencari erti ketuhanan dan kehidupan dalam berkasih sayang dan bercinta-cinta. Kasih sayang dan cinta itu sebenarnya sungguh luas nak oiii! Ni bukan love-love untuk Encik Gula Hati seorang tapi untuk semua manusia khususnya, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Cinta ini sebenarnya mampu membawa keamanan. Tapi disebabkan kita terlampau mengejar duniawi yang tidak diseiringkan dengan ukhrawi, oleh itu kita mula berpecah-pecah dan berperang-perang. Hey, sedih tahu tak? *menangis*


Oleh itu, spread tanpa henti. Nescaya kita semua akan aman, akhirnya.


With this, thank you ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...