Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Wednesday, December 30, 2009

Makcik seorang yang kaki buli.

Ini merupakan kesinambungan I'm a childrens hater. Aku nak kasi explain kaw - kaw punya kat kamu, anda, awak, kitak, you, tuan hamba sekalian yang aku bukanlah seorang yang bencikan bebudak cuma kadang - kadang (please honey understand statement kadang - kadang ituh) aje yang perasaan kurang senang wujud bila mereka ni mula tak tentu hala.

Okey not that dulu time aku zaman budak kecik masih kencing malam lagi yang aku ni sorang budak baik and tak nakal.

Actually aku bukan budak baik, sangat. Tapi nakal pun tak banyak, jugak :)

Cuma aku masih ingatlah if aku buat pasal, adohai, jangan kata tali pinggang tau yang naik ke badan, rotan dan apa saja barang yang mampu tercapai akan mencium tubuh aku sepuas - puasnya.

Alasannya? Ringkas sahaja. Bagi arwah ayah aku, merotan anak itu penting waktu mereka masih bebudak. Biar dorang tahu erti kehidupan ni tak semuanya indah. Ada baik dan buruknya jugak. Setiap apa yang kita buat pasti akan ada balasannya. Yang baik dibalas baik yang buruk dibalas buruk yek.

Unless Tuhan nak duga kita.

Makanya, situasi akan menjadi terbalik. If kebaikan dibalas dengan keburukan, Tuhan nak tengok sama ada kita ni masih berpegang teguh atau tidak pada kepercayaan kita yang satu itu. Adakah kita masih mampu meneruskan kehidupan? Adakah kita akan terus berusaha walau sinar cahaya semakin menjauh? (eceh, sastera kelas A gituh!)


Then bila keburukan dibalas dengan kebaikan, itupun satu jenis dugaan jugak. Sama ada kita nih masih ingat akan jalan taubat yang sentiasa terbuka, sebab yelah walau dah macam - macam perkara buruk kita buat tetap dapat kebaikan. Ouh jugak Tuhan nak tengok sejauh mana tahap kesombongan kita dalam dunia yang serba singkat ini. Huu.

Okey dah berceramah pulak. =.=

Anyway, aku tengok zaman sekarang makin ramai mak bapak asyik manjakan anak - anak dorang. Apa aje yang anak dorang mintak dibelikan. Huu. Macam takde limit lagi untuk permintaan si anak itu dipenuhi sampai budak - budak masa kini makin naik lemak dan tak tau malu sebab terasa hidup ni mereka yang punya. (yelah semua wish pun tertunai lagi tercapai, tak ke best hidup?)

Kalau dulu time zaman kegemilangan Game Boy ke Digimon ke jam G-Shock ke, aku nak mintak satu ayah tolong belikan, jangan haraplah wei. No way jawapannya. Even though aku siap janji angkat sumpah agi nak belajar sungguh - sungguh pastuh, jawapannya still sama: NO! So terpaksalah aku ni terbeliak - beliak mata tengok kengkawan main Digimon, Game Boy and pakai jam G-Shock dengan megahnya. Aku duk tepi jek, keseorangan. =.= (ecece dramatik)

Sekarang ni adik sedara aku yang umur lima tahun dah pakai handphone setaraf ngan aku and siap ada PSP agi. Padahal pak sedara aku tuh keja biasa - biasa jek. (tatau sama ada ini kasih sayang seorang ayah atau whadt? pepandai jelah tafsir ye~)

Oh ya, ingat jugak lagi, kalau nak gi kenduri kendara tuh mesti kena duduk diam - diam sebelah mak sepanjang majlis tuh. Kalau gerak sikit je confirm kena cubit tak pun kena piat kat telinga. Doi sakit deh so sebab taknak kena cubit agi, aku and adik - adik pun duduk diam ajelah kan.

Tapi sekarang, haish. Bebudak dok berlari sana - sini masa kenduri kendara macam dorang yang tuan rumah nak sambut tetamu. Aiyoyo.

Pepun, aku cuma nak cakaplah yang aku bukan benci budak tapi tak suka. Itupun kadang - kadanglah kan. Well, hate memang satu perkataan yang keras, so aku nak guna dislike seldomly. Jarang - jarang jek perasaan aku tuh wujud. Okay anda - anda sekalian?

Berbalik kepada tajuk entry yang masih tak disentuh agi, actually aku kalau ada baby baru lahir yang berusia dalam lingkungan setahun ke bawah, memang akan aku gomol peluk cium sepuas - puas hati sampai cam ada tanda love bite pun ada. Like euw Faten ko tergamak wat camtuh kat dak kecik? (okay ngarut aku bergurau jek ye)

Tapi bila dorang dah dapat kaki (dah pandai jalan, bukan tetiba kaki kudung tumbuh kaki pulak~=.=), mulalah dorang semua jadi mangsa pembulian aku. Bahaha.

Kali ni lebam bukan sebab kena peluk cium dan gomol sahaja tapi sebab kena cubit, kena kejar sampai terjatuh longkang and also kena sepak laju - laju. (ala tipuh jek pun nak caya. haiyaya :P)

Haha. Dan sikap aku tuh masih berterusan sehingga la ni. (believe it or not?)

Then sebab tu jugak ramai budak (termasuk mak - mak budak. hahah) tak suka aku. Ceh, sebab muka garang tanak senyum lagi nak buli - buli pastu suara cam petir. KABOOM!

Tuesday, December 29, 2009

3 Facts About ME: I'm a killer, a weird crazy funny and cute detective and also a childrens hater :) (an attempt to do a very long post title!)

Terkejut? Surprised? Shocking news? Believe it or not, 3 fakta ada kaitan and kena - mengena dengan aku. Ini betul - betul, bukan cubaan okay? (>.<)

Tanpa melengahkan masa, biar aku terangkan 3 fakta yang bukan auta itu dengan lebih lanjut lagi agar korang faham sefaham - fahamnya maksud yang aku cuba sampaikan. Mudah - mudahan korang faham la yek? :)

Fakta Nombor Satu: I'm a killer.

Haha. Ini actually bukan aku yang betul - betul seorang pembunuh lalu dikendaki pihak polis tapi aku just sampaikan dari sudut perspektif satu watak yang telah aku tengok di panggung tadi. Oh cerita apakah yang aku tengok? *drumrolls* Hoho, sudah tentulah AVATAR:) OMG, aku seriyes sudah jatuh cinta sama itu James Cameron dengan kebolehan dia mengorat hati aku mengarah filem - filem hebat. (>.<)

Kenapa ouh aku cakap camtuh? Oh korang tengoklah kan, around fifteen years terdahulu James Cameron dah buat filem Titanic yang mampu buat gua tangkap leleh setiap kali gua tengok (ceh, gua la pulak~) Sekarang ni pulak dia buat filem AVATAR yang seriyes five star punya sehingga buat aku rasa teruja kagum excited bla bla bla and so on. Aku tak dapat nak ceritakan filem AVATAR tu macam mana sebab there are no words to describe that film (wow, sampai camtuh sekali ouh~). Like seriyesly aku cakap :D


I like character Jake Sully. Bila dia jadi AVATAR, dia jadi seorang manusia yang bersikap baru. Like tak kenal erti mengalah. Aku nak jadi camtuh okay :)

So, buat sesiapa yang belum tengok, please dengar nasihat aku, gi tengok cepat - cepat and sila pakai baju tebal yek sebab korang akan duduk 3jam dalam panggung tau (oh by the way sila jangan tengok dari DVD or CD cetak rompak one sebab tak real and tak mahsyuk okay?). Then buat siapa yang dah tengok, jom kita sama - sama tengok lagi sekali. Yahaa~ ^^

And now, Fakta Yang Kedua: I'm a weird crazy funny and cute detective.


Huhu. Ini sudah se
mestinya filem Sherlock Holmes. OMG, tadi jatuh cinta ngan James kan, sekarang ni jatuh cinta ngan Robert Downey Junior pulak. I mean, dia sangat cute (walau dia tua!) :P

Cool kan walaupun dia neh dah berusia. Lols. Takpe, aku tua - tua pun layan. Bahaha :DD

Gandingan dia dengan Jude Law memang sangat bagus and serasi and kena and like pinang dibelah dua jek kan. Tapi bila tengok filem tu, nampak cam Robert yang adik - adik dari Jude Law (walaupun Jude Law lebih muda) sebab oh you know, Robert kan macam tak cukup tinggi. Tapi takpe sebab dia cute, again. Hee~~ ^^

I tau I cute you takyah cerita kat orang sayang (bah, apalah aku neh kan?)

Dalam filem tu banyak menunjukkan kesetiaan Watson pada Sherlock and ia bagi aku (secara personal) mengharukan sebab yelah, bukan senang dalam dunia ni nak jumpa kawan yang sanggup bersusah senang ngan kita :)

Oh and last but not least, Fakta Nombor Tiga: I hate children
(but kadang - kadang only).

Memang kadang - kadang aku anti budak - budak kecik yang dok berlari sana - sini macam orang tak tentu hala and then mak bapak boleh tengok jek and tersenyum meleret like ouh look at that my child so cute I wanna let the world to see him. Er, excuse me, please jaga anak sikit?

Tapi aku nak lah wat penegasan kata sikit yang aku just kadang - kadang okay (kadang - kadang, bukan kandang - kandang!) tak suka budak bila budak tu nakal sangat Ya Allah Tuhan ajelah yang tahu. Lebih - lebih lagi bila aku tengok mak bapak dia duduk selamba je kat tepi buat bodoh saja walaupun anak dorang dah 754326043534 kali tumpahkan air kat kain or seluar or baju orang. Haish kalau gituh jangan ah beranak weh makcik=.=


Kenapa ouh aku cakap aku kadang - kadang anti dak - dak neh. Sebab tadi tengok AVATAR then this one big family datang duduk belakang. Anak lebih empat orang (jumlah sebenar tak diketahui okay?). Then anak - anak dia duk sibuk tanya mak bapak atuk nenek dia, apa dia cakap, apa dia cakap sebab bila filem tu cakap bahasa Na'vi dia kuar subtitle Melayu so dorang tak faham. Aku geli and bengang gila dengar ayat budak tu tau, "What on earth are they talking about?" Huh. Even though aku dah bagi shush banyak kali pun still tak faham bahasa macam WTF gila - gila. Ikutkan hati cam nak henyak ngan popcorn pun ada jugak muka budak tuh, tulah yang ko duduk Malaysia tapi tak pandai BM apa kes? Bangang sangat pindah Singapore lah di mana hari - hari memang ko cakap BI. Sini Malaysia, Malaysia yek. Mestilah ah nak banggakan BM. Pe ah kan? Haish. =.=


Tetiba rasa aku nak buat panggung wayang sendiri di mana semua budak - budak and orang tua separate. Peh baru aman dunia ah kan. Tapi tak baik aku wat camtuh, karang makin ramai pulak budak - budak kena culik kena bunuh kena rogol. Aku terlupa pulak Malaysia ramai penculik perogol dan pembunuh kanak - kanak. Ceh, Malaysia memang tempat yang tak selamat bagi kanak - kanak sedunia. Haish, again. =.=


Pepun, memang entry aku banyak mengarut hari neh. Tatau mungkin mood tak baik kot?
PMS ah katakan. (ala alasan!)

Monday, December 28, 2009

Shut up you Fat A.♥.♥. ~!

It's official guys, girls, nerds, jocks, cheerleaders, aunties, uncles, moms, grandpapas and so on~

Me, Faten, your dearest blog writer (oh stop the crap will ya?) is getting FAT. I mean like really, really fat. *gasp*

I repeat, I am getting fat.

But not this FAT! What, are you out of your mind? =.=

However, I will go on a diet and stick with it like damn yeah I'll be getting this thin when I reach my birthday next year. Yeah, I'll be Blake Lively number two ^^

Impossible? We'll look (>.<)

Anyway, aku cukup malas plus tak fasih berbahasa Inggeris so aku stop cakap BI kat sini and go on cakap bahasa rojak yang lebih glamourous ^^

Sejak cuti enam minggu yang lalu, nafsu aku makin naik. Bukan nafsu yang bukan - bukan eh cik abang adik sweet tapi nafsu makan. Balik cuti terus aku peras ugut pujuk mak aku untuk masakkan masakan yang sedap - sedap. Aku terlampau rindukan masakan my mum sehingga bila masa berlalu, badan aku naik tembam sampai tak muat baju like really gfdsiyfgergfah =.=

So, kesudahannya aku macam dah tatawu nak bawak balik baju apa ke UNIMAS memandangkan semua baju pun bila sekali pandang nampak muat tapi bila try dah macam pakai baju bayi berusia 3 bulan. (peh panjang kan ayat senafas aku neh?)


Memang buntu lagi pening tapi rasanya macam nak nasihatkan diri sendiri and you girls kat luar sana supaya lain kali makan beringat sikit. Adedeh. Kan dah jadi cam aku neh haa.

Walaupun begitu janganlah korang fikir aku ni gemuk tahap dewa tapi adalah naik 2,3 KG yang memberi efek dan kesan dalam kehidupan seharian. (ye ye jek saya neh kan =.=)


Antara reason kenapa kita tak boleh gemuk: Bila jatuh nanti berbentuk lempeng, leper jek. Ceh, aku tamow begitu.

Okay okay Faten start diet cepat. Ko kebuluran pun takpe janji kurus. =.=

Salam Blogwalking, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia :D

Baru - baru ini tetiba jek kan, tak alih - alih, takde ribut takde petir semua, wujud satu hobi baru dalam diri berusia 18 tahun aku neh. Apakah?

Hobi yang baru saja ditubuhkan lahir dalam diri aku ni ialah *drumrolls*;

"BLOGWALKING"

Yeay babey yeay ~ (sila tiru gaya Austin Power)

Huhu. Baru aku sedar rupa - rupanya best jugak blogwalking ni. (bah, amat ketinggalan aku neh tapi tak mengapa) Baca blog orang ibarat menyingkap satu tajuk buku yang baru. (cewah!) Macam - macam cerita dan versi kehidupan yang dapat kita perhatikan dan baca. Mengetahui kisah hidup orang actually taklah busuk or buruk sebab kadangkala kita boleh amek pengajaran kat situh. Setiap emosi manusia bagi aku adalah begitu berharga (bukan iklan jenama make up eh), so kita kena manfaatkan apa yang dorang luahkan itu dengan sebaik - baiknya. :)

Terpulang pada diri kita jugak untuk menerima atau menolak. Tapi harus ingat setiap manusia is entitled to have their own personal views. Itu hak asasi manusia tau, ingat ingat~

Lagi satu kalau dah jumpa orang sekepala ngan aku tu memang ngam and syok habis ah kan. ^^ (antara kelebihan blogwalking)

Sejak aku blogwalking neh (eh, siapa ouh invent terms ni? nak amek kredit tak? bahaha), aku baru terperasan akan sesuatu di mana hampir semua para bloggers Malaysia sekalian selalu gunakan unsur - unsur keagamaan dalam blog mereka. Ada yang letak hadis dalam entry, ada yang letak tafsiran Al-Quran, ada yang buat doa dalam kata - kata aluan blog mereka, ada yang entrynya semua pasal dakwah jek, langsung takde update pasal dia dan macam - macam ragam lagi. Ahaha yang penting, berunsurkan agama lah ek? :)

Pada pendapat aku memang bagus diorang neh. Menunjukkan dorang turut menyampaikan ilmu kepada para pembaca sekelian selain menulis blog. Turut menunjukkan jugak yang diorang ni mempunyai tujuan dan niat dalam menulis blog, bukan sekadar suka - suki makan hati macam aku. Lalalala~ Then, dengan meletakkan hadis ataupun tafsiran Al-Quran di dalam penulisan blog mereka turut tunjuk yang dorang ni ada wat research sebelum menulis. Bagus ah kan camtu? Tak macam aku yang dok sibuk layan FB, huhu. Jap, muhasabah diri sebentar...

Anyway, thumbs up to those yang berbuat demikian. Aku kagum dengan anda - anda semua. Keep it up and teruskan usaha anda - anda itu yek!! (>.<)

P/S: dey adik syafiq, napa akak tak boleh masuk sama adik punya blog aa? (cakap ala - ala bai roti okay)

Anda menang? Well done you~ ♥

If aku tules kat sini about him, I doubt that many will know. Haa. But nevermind, asal aku kenal dia. Hakhak. And dia kenal aku jugak. (weh ni penipuan terlampau Faten~ insaf seketika =.=)

.
.
.
.
.

C.O.N.G.R.A.T.U.L.A.T.I.O.N.S on winning the third Singapore Idol wahai Sezairi Sezali. Woot woot. Bah, walau aku ni anak jati Malaysia (oh no I Malaysia despite the facts that ramai people yang agak "aneh" and totally "out-of-service". ouh you know what I mean!) tapi still aku tengok jugak Singapore Idol memandangkan Malaysia dah malas lagi nak buat Malaysian Idol, dah stop pas dua musim jek. Seriyes gila lame. Ni semua AF punya pasal. Lalalala~

Haishh =.=

Anyway, that guy name Sezairi Sezali totally rock it out! Yeah, rock on rock on \m/! ^^

Actually dalam Singapore Idol neh, aku ngan adik pompuan aku mempunyai dua citarasa yang berbeza. Dia sokong Sylvia, asek bebenor puji si Sylvia but then aku sokong Sezairi. Bahaha:)

Adik aku neh teramat yaken yang Sylvia akan menang (like whadtever) tapi aku rasa yang Sezairi can win it. See, memang dia betul - betul menang pun. Hohoh.

Bagi aku dia neh macam - macam genre musik boleh nyanyi and suara dia okay bah, sedap lah kan di halwa telinga aku neh ^^. Dia cam versatile (apa itu versatile?). And dia ada gaya tersendiri. Seriyesly dia cool okay. (>.<)

Erk. Apa lagi ek? Oh by the way tadi aku bukak fan page dia and I heard that some people siap ada buat page anti-sezairi like WTH gila ah kan if idol diorang tak menang then fine, terima jek ah jangan melebih - lebih pulak. Senang citer, please be mote matured darhling:-*

Pepun, check his fan page in Facebook (if anda berminat la yerk. aku tak paksa:))

I ♥ ♥ ♥ Sezairi Sezali:)






Sunday, December 27, 2009

Fatal attractions or True love?

Kadang - kadang manusia terlupa, mana satu cinta, mana satu tarikan.
Dalam sibuk mengejar tarikan, kita lupakan cinta yang sejati.
Cinta yang selama ni setia di sisi kita, baik suka mahupun duka.
Tarikan itu menawan kita sepenuh jiwa dan raga.
Sehingga kehadiran cinta tenggelam disebabkan tarikan itu.
Walaupun tarikan telah tiada, pergi meninggalkan kita.
Cinta itu tetap ada, masih ada di sebelah menemani.
Tapi manusia masih belum tersedar.
Lalu tertarik dengan tarikan yang lain.
Ditinggalkan cinta mengejar tarikan semata - mata.
Namun, cinta itu pujangga yang setia.
Dia akan tetap ada saat kita baru terleka daripada mimpi yang lena.
Cinta itu akan terus menunggu kita tersedar daripada tarikan.
Tarikan itulah cinta yang palsu.

Erk. Agak - agaknya korang faham tak madah pujangga (eceh) aku neh. Eh, tak faham? Apakah? Benarkah?

Well, lebih kurang macam inilah. Long story short.

Actually manusia yang banyak kali kapel, putus, kapel, putus then tak memasal kahwin ngan lelaki/perempuan lain tu selama ni (before dorang kahwin) dorang hanya tertarik dengan cinta, bukan betul - betul mencintai. Selama nilah yang dorang duk bagai nak rak berSMS, calling - calling and dating - dating tuh semua just tarikan semata - mata. Diorang rasa itulah cinta tapi actually tak. (ada ngerti?)

Sebelum lebih lanjut lagi, suka untuk aku tekankan yang ini semua berdasarkan pemikiran logik akal aku, berdasarkan pengalaman diri sendiri dan juga rakan - rakan. Tidak dicedok oleh buah fikiran orang lain tapi andai kata mempunyai sedikit (ataupun banyak) persamaan, patik susun sepuluh jari mohon ampun, mintak maaf sebab kunun - kununnya dah buat plagiarism. Weh, kesalahan besar siot!

Oh ye, berbalik kepada topik asal. Selama ni aku sering merasakan dalam hati, "He's the one." Tapi selalunya dia turn out to be, "He's so totally not the one! Bullshit camne aku suka dia pun aku tatau. Peh."

Aku mengaku aku tertarik. Mungkin dari luaran yakni paras rupa. Mungkin jugak dari hati budi dan kejujuran yang dimiliki. Ecelamak, hapakebenda ah aku neh kan? =.= Takpelah yang penting aku mengaku memang aku tertarik dengan hampir 80% lelaki yang aku suka and ushar itu.

Kenapa tetiba jek aku cakap aku tertarik, bukan benar - benar true love ke? Ko biar betul Faten ek? Pandai kau teka - teka yang kau ni just tertarik, not true love.

Well, memanglah tarikan and cinta tuh memang nampak sama. Serupa. Macam kembar siam pun ada jugak eh. Memang susah ah kan kita nak bezakan. Seriyes susah. Tapi if kita dapat tengok dalam - dalam, intai kain dalam, selidik seluruh isi, kita mungkin, aku ulang mungkin akan sedar yang mana itu tarikan, yang mana itu cinta.

Tarikan itu mengasyikan serupa cam cinta tapi itu semua hanya sementara. Then when kita terjumpa tarikan lain, lupa sudah lelaki/perempuan yang first - first kita tertarik. Tarikan jugak buat kita ni macam taknak berlaku setia, senang nak ushar boys and girls kat luar sana tanpa mempedulikan sensitiviti pihak lain. Oh ye, tidak lupa tarikan pun turut mempunyai simptom yang sama cam cinta iaitu makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah. Sekian. (eh tak ada lagi, relax relax)

Tapi cinta...

Oh cinta. Cinta lain. Cinta mampu membuatkan kita jadi matang tapi dalam masa yang sama kita nak bermanja - manja dengan insan yang kita cintakan itu. Cinta turut membenarkan kita menjadi diri sendiri, tak perlu nak hipokrit ke bla bla bla. Cinta jugak menyebabkan kita bersedia untuk berkomitmen, melangkah ke satu alam yang lebih baru di mana di situ akan ada kesinambungan cinta mereka. (ada baby la weh, anak~) Kenapa cinta camtu, tak sama ngan tarikan? Sebab cinta tak akan pernah menipu :)

Salam terakhir. Babai. Jangan kenang daku dalam doamu ~

Aku dan keluarga telah pun selamat mengucapkan salam terakhir buat magazines and buku lama yang dok menimbun menyemakkan ruangan rumah kami. Melihatkan mereka pergi dibawa angin pakcik lori, langsung takde sekelumit pun perasaan sedih atau pun haru kerana terpaksa berpisah setelah bertahun - tahun duduk di bawah satu bumbung. At last, ada jugak ruang nak letak magazines baru. Bahaha :DD

Setelah berpuluh kali hajat nak mengemas ditangguh, akhirnya terlaksana jua nawaitu tuh. Fuh, penatnya jangan cakap ah, nak angkat buku yang berat - berat. Walaweh boleh patah pinggang kalau tak cukup kalsium dalam tulang. Cuba bayangkan situasi di mana ada berpuluh buah majalah Nona yang besar gila nak mati dari tahun 1994 sampai 2000 lebih. Erk. Dah ah besar, lebar, berat, tebal semua. Gila ah. Gila!

Walaupun ada berjuta - juta buku and magazines yang dijual sehingga mencapai kapasiti 300++ kilogram! Still hasil yang kami terima sikit seciput jep. Hanya RM30. Tak lebih tak kurang.

Aku pun kurang arif adakah ianya berbaloi ataupun tidak, atau adakah ianya adil sekiranya buku yang bila dicampur - campur jadi 300++kg dijual dengan harga RM30? Musykil sungguh tapi takpelah asalkan bilik store tuh dah tak semak ibarat kandang lipas (lipas pun ada kandang doww, tak tau ke? akaka).

Better jual kan daripada bagi kat orang. Walaupun perbuatan memberi pada orang adalah lebih mulia and berpahala :)

By the way, aku dapat merasakan yang Zack Black macam seorang silent reader aku (ah ye, perasan lebih je ko Faten!). Ko tau tak lepas aku post entry (sila click sini) pasal dia asyik tibai aku ngan bantal di Facebook, dia terus tak buat lagi kerja memukul dia tuh. Hurm. Mungkinkah dia sudah insaf or whadt ~? Musykil musykil. :-?

Pepun tak kisahlah, yang penting, aku punya wall kini sudah suci from that application busuk tuh. Thank God :D

TEN new year's wishlist (or should we call it my resolutions?)

Beware readers; Read at your own risk!
  1. Menjadi sorang anak dan kakak yang sempurna. Well, almost purr-fect:)
  2. Get GPA 3.65 and above untuk second semester neh ~ Chaiyok chaiyok:)
  3. Dapatkan boyfriend (walaupun agak mustahil! bahaha~)
  4. Amek lesen kereta. Yippi :D
  5. Turunkan berat badan aku dengan drastik sekali. Aim: Lost 15KG =B
  6. Nak jadi lebih ayu dan lebih perempuan daripada yang dulu. Auww~ :-*
  7. Baca The Lost Symbol sampai khatam, tapi first kena beli dulu buku tuh. And then target habiskan 20 buah buku novel. (jumlahnya sikit. seriyes sikit!)
  8. Tamow lost contact ngan my beloved friends yang akan fly bulan Februari neh. Ish ish. Sedih doww. Berikut merupakan senarai yang akan berangkat pergi: Syireen Fuad & Haziqah. Semua nak gi Australia. Weh, ingat ole - ole untuk aku~ ^^
  9. Urm. Carik someone yang bernama MAA (akaka, nama dia cam insurans company:P) and then wish dia good luck and all the best for his SPM:) Kebenarannya, saya gila bayang ngan dak muda dua tahun dari saya. Akaka. Stupid love. Stupid stupid love, again <<33
  10. Tamow sedih - sedih agi. Live life to the fullest. And oh, no more bad gossips about me. Seriyesly, UNIMAS harus ada blog ala Gossip Girls if they don't stop spreading rumours about other people that they don't even know =P
Erk. Actually ada yang tak dapat aku senaraikan coz it's like totally top secret, and then takut jugak tak tercapai karang. Yes, I do believe in something like, bila kita bitau orang apa yang kita nak, kita akan susah nak capai benda alah tuh. Sebab tuh aku tak dapat jadi engineer, sebab dulu aku duk sibung canang satu kampung aku nak jadi engineer terkenal Malaysia. Bahaha. (weh sape caya sengal sama cam aku~)

Ni dengan 10 wish list or My New Year's resolutions, aku harap 2010 akan lebih bermakna buat diriku. Because 2009 adalah tahun kejatuhan aku. Ia agak menyedihkan dan menguciwakan melihat hidup aku agak terumbang - ambing.

Aku takkan salahkan sesiapa, no one is to be blame sebab semuanya salah aku. Silap aku yang insyaAllah akan dapat ditebus kembali:)

People change for the better or worse. Aku harap aku akan jadi lebih baik tahun 2010. Mungkin pakay tudung ke kan? Be a true Muslimat, who knows?

Jack Is Back people. Beware ~

Hanya ada dua filem sahaja (dua filem jek, tak lebih tak kurang okay?) yang akan buat aku nangis. Nak tau apa? *drumrolls*
  1. Titanic
  2. Leftenan Adnan
Titanic mungkin semua orang akan faham why Faten nangis tengok cerita ni but Leftenan Adnan? Uh, are you for real dear? Tak demam? Tak sakit H1N1 gelombang kedua?? (awas ye tuan tuan dan puan puan sekelian~)

Unfortunately folks (atau adakah ia "fortunately"?"), Leftenan Adnan sure membuatkan jiwa keperempuanan aku yang serba sensitif ni luntur seluntur - lunturnya ~ Air mata mutiara semua jatuh sehabis - habisnya. (uish banyak betul gandaan kata. teringat pulak BM time SPM dolu - dolu) Empangan air mata tak dapat tertakung lagi lalu jatuh membasahi pipiku yang langsung tak mulus ini. Ecewah~! =B

Hilang sudeh imej tomboy sombong anak orang kaya aku. Ahahak :D

Mesti korang pelik kan apasal lah si minah neh tak memasal cakap fasal Titanic ngan Leftenan Adnan. Buang tebiat apa?! Ke buang angin ?? =.=

Ini semua gara - gara di musim Christmas di mana semua stesen televisyen berebut - rebut nak keluarkan cerita - cerita yang best - best lagi hebat - hebat. Bukannya apa, ini sebagai langkah nak tarik penonton betoi tak?

So, dipendekkan cerita tadi kat TV2 ada ah Titanic tuh. Tapi aku tak tau yang TV2 tuh ada kuarkan Titanic, and so, malang sekali bagi aku, aku hanya dapat tengok part akhir only. Time dah nak karam tuh (terlepas aku nak tengok babak - babak romance bertaraf 18SX. euww~ :P). Anyway, tak kisah ah kan dapat tengok akhir asalkan aku dapat tengok. Ngee~

Walaupun aku tengok dari part last, aku still tetap nanges. Memang menghayati ah kan aku neh. Syahdu, syahdu tengok cinta agung Jack and Rose~ Mak ngan adik - adik aku pakat gelak beramai - ramai secara berjemaah sebab memang dorang dah agak yang aku akan nanges. Okay fine, korang menang! Ahli keluarga mu ini me
mang rapuh empangan air matanya. Ceh...

Akan tetapi, yang aku tak syok gila - gila sangat kenapa semua stesen TV cam hampeh bebenor asyik kuar cerita sama jek? WTF? (bukan persatuan wildlife animal okay?) Aku ni dahlah duduk Ja
yBee, nun jauh di selatan tanah air, makanya aku ni memang senang nak dapat stesen TV Indonesia & Singapura :D And jugak sebab tuh jugak my mum tanak pasang Astro. Aku rasa aku orang paling kasihan di muka bumi Malaysia sebab takde Astro. *sob sob*

Tapi (again) dorang ni macam berjanji jek nak kuarkan citer sama. Kalau Singapura kuar The Santa Clause 2, Malaysia p
un sama kuar jugak. Waktu yang agak sama. Then tukar stesen Indon malam kang, adoyai, sama jugak ceritanya. Apa tak banyak sangat ke filem nak Krismas neh? Dorang singkat idea kot nak buat cerita banyak - banyak. Hurm. Boring aku (-__-"))

Jack Is Back People~!

Saturday, December 26, 2009

Supposedly...

Supposedly Cik Faten (iaitu aku) neh harus memulakan pengajian semester kedua dia di UNIMAS bermula 28 Disember 2009 neh. Tapi atas sebab - musabab yang tak dapat dielakkan, Cik Faten (iaitu aku lagi) sengaja pulang lambat ke negeri Sarawak yang jauh itu. Dia neh sengaja balik 1 Januari, tatkala semua budak - budak dah pun belajar habis dua bab. Heheh.

Apa - apa pun Cik Faten tak kisah sebab dia kan selamba. Yeay, I'm cool ~ (perasan perasan lalu termuntah)

Oh anyway, Cik Faten ada terdengar desas - desus from people in UNIMAS yang mengatakan Cik Faten neh seorang yang tomboy *gasp*, sombong tanak tegur orang *another gasp* and macam anak orang - orang kaya ??

Erk. Ye ker ~? =.=

Sebab Cik Faten rasa diri Cik Faten ni taklah sombong and macam anak orang kaya. Well tomboy, mungkin betullah jugak kan~ Tapi Cik Faten tak prefer panggil diri Cik Faten tomboy =B Cik Faten lebih suka panggil diri Cik Faten neh kasar and ganas. Yahahaa ~ Dan jahat. Or dalam erti kata lain, EVIL. Mwahahaha. (gelak setan!)

Tapi kalau sombong and nampak macam orang kaya tuh... Err, aku rasa mata dia rabun dan memerlukan kaca mata yang tebal. Seriyes, tak tipuh. (malas nak guna Cik Faten lagi. panjang doww)

Yelah kan, how can U call some1 who is sooo talkative she couldn't shut her mouth even for 1 second sombong? Well, maybe kat situ nampak macam orang kaya - kaya ah tapi kalaulah dia tahu kebenarannya, aku ada penah tak makan selama dua hari woo. Makan biskut cicah air jep sebab nak save duit. Haishh.

And hello, pakai make up does not mean kita neh kaya :) Stupid beb. Aku pakai make up Silky Girl jek doww. Mana ada M.A.C ke Revlon semua. ZA pun takde. Inikan lagi Dior or Bobby Brown. Rubbish ah cakap aku anak orang kaya. Aku ni cheapskate. Beli baju pasar malam pun boleh. Akaka :DD (aku cakap camneh sebab dorang tafsir aku anak orang kaya sebab pakai make up gi kelas. like again, HELL - OH?)

Pastuh aku sombong ke? Erk, saya sombong? Sombongkah saya?? Better dia kenal aku dulu, sebab aku dengan mendabik dada lagi bangganya cakap aku tidak sombong (di sini sudah pun berbau ke"shombung"an Faten oyy~). Perhaps yang mengata tu harus kenal aku dulu, and then bila dah kenal baru tahu kot aku camne.

Sebab aku ni kan happy-go-lucky. Ecewah.

Senang kata, never judge a book by its cover. Baghal gila wat camtuh.

Impian Cik Faten ♥ ♥ ♥

Impian aku, bila lagi dua tiga hari nak kahwin, alih - alih Encik AA my senior datang kat rumah, confess I love you so much I baru sedar yang after all this years selama ni I hanya cintakan you. Jom kahwin lari pun I sanggup !!

Then after that aku pun mengeluarkan air mata mutiara, menangis teresak - esak terharu sebab akhirnya Encik AA menyedari akan betapa agungnya cinta aku padanya selama ini.

And then agi, aku amek tangan dia, kitorang lari dengan diiringi lagu hindustan as a background, lari gi Siam ke Vietnam ke nak nikah.


Orang - orang kat sekeliling semua dok jerit Faten jangan jangan jangan~ (suara mesti bunyi ala - ala bergema gitu baru real)

My bakal husband (yang supposedly aku kahwin ngan dia) pulak kejar aku and cakap how could you done this to me after all this years kita share susah senang bersama?

Tapi aku toleh pandang my husband to be tuh (yang supposedly aku kahwin ngan dia tulah~), I'm sorry sayang, this is it. I love him sangat - sangat sampai selama ni kalau I cakap ngan you I ingat muka dia jek. Seriyes tak tipu.

Lepas dah balik Siam ke Vietnam ke, baru kitorang mintak maaf kat semua orang cakap sorry sejuta kali sebab wat perkara bodoh camtuh tapi takde apa yang dapat memisahkan kami berdua kecuali maut. Like orang putih punya vow, until death do us apart. Ecewah. Romantik doww!

And then we live happily ever after ~ (ada anak lima cukup wat team basketball satu. ekeke)

.
.
.
.
.

Peh, amat tinggi impian aku, siap melibatkan isu kahwin lari pulak tuh. Hahaha. Tapi sanggup ke aku wat camtu erk? Tergamak ke aku nak berbuat sedemikian? Kejam dow, kejam gila. Macam takde hati, takde perut.

Dah siap semua persiapan nak kahwin, siap dah kunun - kununnya nak sehidup semati dengan bakal husband (yang kunun - kununnya aku supposedly kahwin tuhhh~), siap pasang impian nak ada anak ramai - ramai tapi kesudahannya aku lari ngan laki lain.

Okay okay, walaupun Encik AA memang seorang lelaki yang cukup syarat dan sifatnya, tapi come on babey, berpijak pada realiti, aku ngan dia takkan ada apa - apa hubungan pun selepas neh. Dah lama pun sejarah kami terkubur. Ewah~!

Heheh. Akan tetapi (bapak skematik ayat aku), tak salah aku berangan - angan Cik Faten (bukan Mat Jenin) sebab tanpa impian, siapalah kita. Hidup tak bererti tanpa impian, tak bermakna. Tiada seri akan kehidupan itu bila manusia berhenti mengimpikan sesuatu. :)

Friday, December 25, 2009

Awas ketika "bulan mengambang" ~

Bila bulan mengambang, jangan ah carik pasal. Nanti tak memasal mulut tuh terpaksa makan makanan cair saja selama sebulan.

Bila bulan penuh, jangan cuba - cuba sakitkan hati. Takut nanti kena mintak MC kat boss tak pat datang kerja mata lebam kedua - duanya ala panda.

Bila bulan purnama, jangan ah suka - suki nak melukakan jiwa & perasaan (cewah!) sebab takut nanti tak memasal daripada jangka hayat selama 78 tahun disingkatkan jadi 24 tahun jep. Erk. Semua pun taknak hidup sekejap, masih banyak dosa - dosa yang harus ditebus rasanya kan ~ =.=

So, kesimpulannya, bila "encik bulan" datang menjengah, membuat monthly visit dia, sangat elok dinasihatkan kepada semua jejaka - jejaki di luar sana, baik tua mahupun muda jangan cuba - cuba (don't try this at home~) menggatal nak usik emosi people yang tengah menstruasi (peh dah lama tak guna istilah sains seyh~) itu. Sayangi diri anda yerk:)

Begitu jugak dengan keadaan & situasi aku rite now. Walaupun sekarang dah okay setelah beradu selama mana yang mungkin. (jalan singkat untuk elak stress dan marah - marah, tidur, langsung tak mengganggu ketenteraman dunia)

Kehadiran encik bulan memang memeningkan kepala, tetiba buat kunjungan tanpa bagi salam ke apa khabar terus masuk rumah. (agak biadap di situ=B) Dahlah datang masa perayaan Krismas tanpa bagi hadiah langsung. Oh eh ada~ Lupa sekejap. Hadiah dia datang dalam bentuk pakej, takleh tolak tepi salah satu pun. Hadiah emosi berbentuk PMS. So cool~ In gila tau sekarang. (sebab kalau nak marah - marah, senang. salahkan pada PMS. seriyes aku suka!:D jadi perempuan memang best~ ahaks)

Anyway, tahun 2010 dah nak datang. Adakah korang semua dah buat resolutions baru? Hehe. Aku dah tau! :D Ceh, riak...

Thursday, December 24, 2009

And I go bla bla bla...

Esok Christmas, like we wish you a Merry Christmas, we wish you a Merry Christmas and a Happy New Year~ ^^

Eh, termenyanyi pulak an? =_= But seriyesly, aku leh lupa yang esok jugak cuti. Ceh.

Boleh pulak kan aku anggap esok pun people do work like today, yesterday or the day before yesterday and so on ??

Haish. Kesudahannya aku belum bayar my yuran pengajian agi. Huhu. Eh, ni supposedly tak kelakar, girl ~

Anyway, mungkinkah aku akan pergi bayar hari ni, aku pun tak pasti =.=

Lagipun my mother dah sanggup nak bayar denda RM 50 if kitorang bayar next week. Haha. Gila kan U aku, bayar lambat pun nak denda. Ingat semua orang kaya agaknya. Cis.

Seriyesly my U should consider this sangat - sangat. I mean tak semua orang dapat pinjaman PTPTN aite? Ada yang nasib tak lucky so kenalah tunggu entah tahun bila baru dapat pinjam kan PTPTIPU tuh, eh tak, silap, PTPTN!

So, yang tak pinjam tuh kenalah bayar sendiri like kuarkan duit sendiri then gi Bank Islam pastuh bayar yuran. Hey hey hey kamuuuuuuu, dahlah Bank Islam yang paling dekat dengan rumah aku kat Bandar Baru Uda okayy? I mean, NOT OKAY pun. Apa yang okay di situh? Huh~

Lagi satu, nape mesti nak guna Bank Islam, cuba guna bank paling banyak lagi berlambak kat Malaysia ni yakni MayBank, kan best gila teramat - amat. Haish. Tapi dorang still degil nak guna Bank Islam, nak buat macam mana kan ???

Takkan aku pulak nak jadi odd dengan gi sesaja suka hati bayar yuran kat memana bank yang aku suka ~? Bank tu sukalah dapat duit FREE~ My U tak suka pulak... =_=

And then ahha ni ada satu citer tahap piggy bank kita - kita semua:O I mean like seriyesly sangat vavi.

To the users of these two numbers!;

0177921834

0177830471

Please please please kamu jangan nakal STOP IT, okay?

Jangan suka hati mak bapak kau orang saja nak gi mintak top up kat people yang korang tak kenal. What the hell gila kan?

Aku bagi SMS tau kat dorang tanya "ni siapa" or "apasal buat camtuh" sebab hey hey, aku pun tak penah mintak my mother duit top up using Share - A - Top Up Maxis tau sebab aku tau, kalau takde kedit, takyah mesej, takyah call whadtever, tak mati pun kalau takde kedit. Seriyes! =@

Tapi dua - dua nombor tu langsung takde guts nak balas langsung my SMS. Haha. Memang dah agak punnnnn~

Orang - orang macam tuh langsung tak bertauliah! Haish...

Lagipun perkara sebegini memang makin menjadi - jadikan? Bebila masa saja kita dapat mesej berbunyi begini;

"Anda mahukan aksi PANAS? Sila taip ON ke bla bla bla"

@

"Ingin saksikan badan saya yang HOT? Reply ke nombor dot dot dot."

@

"Sila lihat saya menjalang, dah ready gila tempah tiket ke neraka~ Xoxo, you know you love me :-*"

Okay, yang last sekali tu takde lah (rekaan semata - mata) tapi bila difikirkan sedalam - dalamnya, semua pun SMS Melayu, so confirmlah orang Melayu kan kan? And Melayu kat Malaysia ni InsyaAllah lah Islam kan? Ada ke orang melayu lahir - lahir agamanya bukan Islam? Tak ada kan? If ada, then dia bukan orang Melayu. (probably.)

Ke ada orang nak sangkal cakap aku ni?? (silakan)

Pepun, Melayu zaman sekarang makin lama makin down down down~ Bukannya nak ke depan, tapi macam makin mundur. Makin langsung taknak maju!

Tau wat benda bodoh - bodoh je yang pastinya membodohkan diri mereka semua~ (okay lagi aku cakap bodoh bukan perkara yang menyesatkan tau...)

Bila nak banding ngan kaum lain, aku rasa amat malu sehingga nak sorok muka dalam lubang jamban. Ceh, acah jek! Tapi realitinya, kaum aku sendiri buat aku malu tahap karma sehingga aku pun malu nak ngaku diri aku Melayu !!

Melayu Mudah Lupa. Memang betul sesangatlah tuh! =@

Ini semua sudah ditentukan ~ ♥

Sometimes aku selalu wish yang aku ni dilahirkan anak tunggal.

Best gila SEMESTINYA! if dapat jadi anak tunggal :D

Semua yang aku nak confirm akan dimakbulkan, yelah, mak bapak nak splurge kat sape lagi kan selain aku ~

Walau menjadi anak tunggal ni orang selalu complain bosan dan rasa tersendiri tapi aku rasa macam tenang jek kot tanpa gangguan adik - adik ataupun abang kakak.

Takyah nak kongsi barang.

Takyah nak gaduh - gaduh tumbuk sana sini ala The Rock lawan Triple H.

Toksah nak rebut kasih sayang mak bapak, semua aku pulun sorang ~

Duit belanja pun pastinya banyak. Yahaha =D

Dapat beli baju banyak - banyak. (saya si penggila baju!)

Nak mintak parents pergi mana - mana cuti - cuti Malaysia pun boleh sebab anak sorang, tak banyak belanja.

Mintak beli iPhone pun insyaAllah dapat... Kot???

Huhu. Alangkah bestnya kalau jadi anak tunggal. Tapi entahlah...

Tuhan memang dah takdirkan sesangat aku untuk jadi anak sulung kot? Sejak azali lagi.

Haish...

Ini semua dah ketentuan, dah tak boleh nak tolak tepi. Takkan nak suh mak aku masukkan adik - adik aku yang dua ekor orang tu dalam perut dia balik kot? Tak logik. Tak munasabah. Mustahil. Huh~

Kalau dapat putar masa confirm aku tak bagi mak aku ngandung kan dorang dulu. Haha.

Hesh, kejam. =.=

Biarlah, terima jep mereka seadanya. They are my family after all ~ =)

Krismas ~

Forget about Christmas sebentar. Lagipun aku bukan sambut pun. Oh mungkin my future husband kot yang sambut:) Eh jap, since bila pulak lah aku ada pakwe beragama Kristian pun aku tak tahu. nfgjkhreiuueg =.=

Pepun, time nak Christmas ni memang menarik la. The decorations kat mana - mana semuanya bersinar - sinar macam digilap dan diwax berjuta - juta kali. Mengelip - ngelip berkilap - kilap. WOW! ^^

Cuba banding dengan raya kita. Ketupat sana - sini. Situ sinun hijau dengan warna ketupat. Tapi sekarang kita dah moden, pakai ketupat kaler pink purple. Cumel sekali :)

Oh ye, sekarang ketika aku sedang sibuk menaip blog ni (i call it my social responsibility, entah apa - apa), mak aku with adik - adik aku boleh pulak kan pakat bukak cerita hantu kat stesen Suria.Fm. Haishh. Terus aku cabut lari sambil bawak laptop and duduk sebelah dorang.

Bukan sebab nak lagi dengar tapi sebab takut! TERAMAT! O.o

Haishh. Waktu berpindah tu (eceh!), ada seorang pemanggil tu telah berkongsi akan kisah seram yang pernah dialaminya. Ia mengisahkan seorang wanita mengandung yang meninggal akibat sakit jantung. Kejadian ini berlaku dua tahun yang lalu...

So dipendekkan cerita, ada sekor kucing hitam pun masuk lalu melompat melangkau jenazah yang dibaringkan di ruangan tamu ke apa I'm not sure.

Sebaik saja kucing tu pun hop over the corpse, maka mayat itu pun macam bangun la kan. Then everyone kelam - kabut cepat - cepat baca surah Yaasin semua and apa - apa yang patut. Selepas dah baca - baca semua tu, then ada satu benda hitam yang terbang pegi ke pokok besar di luar rumah diiringi bunyi ilaian ketawa.

Huh. Seram. Takut. Ngeri ~?

Walaupun begitu, aku cam tertanya - tanya ah kan, betul ke mitos or fakta itu or whadtever yang mengatakan bila ada kucing hitam melangkah mayat then "dia" akan terbangun???

Hurm. Aku pun tak tahu. Kalau boleh tanak tahu sebab aku langsung tanak mengalaminya. Simpang simpang...

Eh lupa pulak pasal Christmas. So, tinggal esok je hari yang ditunggu - tunggu penganut Kristian sekalian. Pastinya mereka sudah tak sabar nak exchange gifts apa - apa kan. Huhu :)

Memandangkan aku kini sedang belajar di Sarawak, so secara tidak langsung aku ada banyak kawan - kawan yang akan sambut Christmas. FYI, kat sana majoritinya iban, and dorang majoritinya jugak penganut Kristian. Dah kurang sekarang yang pagan. Susah nak jumpa!

So, Merry Christmas lah to all of them! Happy eh korang nak raya? :D

Tapi dorang kat Sarawak meriah dok. Semua raya dorang sambut. Kecuali raya Deepa. Sebab kat sana tak ramai warga India. Kasihan mereka, jadi kaum minoriti jek kat sana. Takpe takpe people, sila datang Semenanjung, sini ramai kaum India. Ngee~

Oh oh, by the way, MERRY CHRISTMAS Athine :) Kau orang yang aku suka sekarang. Tapi kau takkan tahu. Haha. (actually inilah tujuan blog ini ditulis... seriyes entah apa - apa kan aku?)

P/S: taknak upload gambar takut penuh...

Wednesday, December 23, 2009

Datangnya 2010, maka tinggal lagi dua tahun sahaja sebelum...


2012.

Sape ada tengok cerita itu?

Walaupun aku tak menafikan isu cerita ini agak menakutkan, membuatkan hati ini rasa dup dap dup dap bila tengah tengok tapi still aku sebagai orang Islam ni tak boleh nak percaya langsung dengan filem tu. Walaupun (again...) aku kengkadang terasa macam nak percaya lah jugak dengan cerita itu. (okay. wahai aku, sila jangan letakkan anda di tempat - tempat orang yang kufur~)

Anyway, bukan movie ngarut tu yang ingin aku jadikan tajuk utama dalam entry ini. Langsung takde kaitan walau akan ada sikit - sikit terselit di sana dan di sini:) (if takde takdelah~)

So then tak lama lagi jep kita semua nak masuk tahun baru (bukan dunia baru ye anak - anak~) yakni tahun 2010 yang bertuah. Tahun Hijrah sudahpun selamat kita tempuhi and tak lama lagi akan ada 10 Muharam di mana semua orang buat bubur Asyura:D (aku kalau part makan memang nombor satu, cuba suruh belajar... =.=)

Kenapa 2010 bertuah? Oh mungkin sebab next year ada FIFA World Cup! *hurray hurray* Or mungkin next year adik aku berdua ni sorang nak SPM, yang sorang lagi nak PMR~ Atau aku memang suka katakan setiap perkara itu bertuah:) Haha. Whadtever ~

Actually hajat di hati aku ni sebenarnya nak senaraikan
10 Azam Untuk Tahun 2010 tapi tetiba rasa cam malas so yang sepuluh azam tu harus aku simpan elok - elok dulu nanti baru aku tulis... Hopefully!

Oh ye, tadi aku log on MySpace after like 8765302769800 saat aku tak bukak then nothing new, of course, sebab aku bukan banyak member pun kat sana kan? So no wonder if there is no updates ke whatsoever. Hurm.

Then aku baru pasan like this one girl dengan namanya begitu gedix telah meletakkan status yang lagi gedix. Sehingga menyebabkan aku rasa cam bosan lagi menyampah dengan kewujudan MySpace dan agak mendorong aku ke arah mendelete my own MySpace account. But still akaun aku masih wujud. Haha. And also membuatkan aku terfikir, MySpace sememangnya bukan untukku lagi~ Haishh...

Oh oh oh, please take a look at this:

Khairul Anuar pojaan hati. Kembang kempiskan hidung jap... (^oo^)

Lihat apa yang dihighlight itu? Sampai hati dia kata dia tak laku. Padahal aku cam separuh mati suka kat dia. Bahaha:DD

Eh, itu dulu time zaman jahilliah dulu. Sekarang dah jauh dengan dia, so perasaan itu semakin kurang. Eheh... ^^

Neway Anuar aku still rasa kau comel ah~ Eyp, jangan perasan!

Si Zack Black asyik nak pukul aku dengan bantal saja~

Baru - baru ni, sejak aku dah lama tak dapat nak online sampai naik meroyan, dekat Facebook macam dah ada satu application baru yang membolehkan pemainnya main pukul - pukul bantal kat kawan - kawan seantero dunia. Ni kiranya macam melepaskan gian di hatilah kan nak pukul orang tu tapi tak dapat, so makanya secara virtual pun jadilah. Asal boleh lah kan? =.=

Huh. Memanglah boleh, aku tak kisah lah kan nak main pukul - pukul bantal cam manja - manja kucing gituh tapi masalahnya adalah sorang jejaka bernama Zack Black ni duk asyik hentam aku saja sehingga memenuhkan ruangan wall aku dengan pukulan - pukulan beliau. Asyik nama dia je memenuhi wall aku karang orang ingat apa - apa pulak kan~ (haha. yeye jek aku neh...)

Bukti Zack Black ni sorang kaki pukul~ Lalalala ~~

Aku pun kurang arif akan keBESTan application neh tapi rasanya cam kurang menarik ah kan bila nak banding - banding dengan yang lain~ Baik main Cafe World or main Roller Coaster Kingdom kerana itu lebih menarik daripada sekadar main pukul - pukul bantal secara virtual kerana tidak mampu memberi kesan pun kepada si mangsa. Kalau nak sangat main pukul - pukul bantal, jom lawan betul - betul ah atas katil gituh:P

Aku ini kalau ikutkan hati berusia 18 tahun memang cam nak bagi teguran barang sepatah dua kata kat si Zack Black ni lah kan akibat mengganggu ketenteraman awam~

Tapi bila fikir - fikir balik, eh biarlah. Nanti aku marah kang menangis pulak Zack Black tak nak sentuh Facebook agi, siapa jugak yang susah nanti? Mak si Zack Black jugak! (takde kaitan langsung =.=)

Oh ya, nak story jugak ah kan pasal member - member sekelas aku di Unimas yang semua dok sibuk nak SMS aku cam tanya itu ini cam aku ni kaunter perkhidmatan pelanggan Unimas jek.

Semua orang duk sibuk tanya aku camne nak daftar lah, camne nak check itulah, camne nak masuk link itulah, kenapa kredit boleh daftar sikit and bla bla bla.

Haishh...

Membuatkan aku agak meradang (ecece~) tapi sabar jelah dan mak tetap melayan walau hati rasa terbakar (eceh, kunun je lebih!). Siap aku balas SMS dengan tambah cayang agi di hujung setiap ayat. Heheh, hipokrit kan aku? Alah takpelah sekali - sekala bukannya selalu:)

Sesungguhnya aku agak kesal jugaklah kan dengan kengkawan aku yang tahu masuk U tapi pastuh expect kehidupan di sana sebijik serupa like school days.

Oh come on dear, those old days are gone now. Sekarang kita dah besar ah bebeh, dah tua bangka so semua kena usaha sendiri, berdikari sikit. Ni tak sikit - sikit tanya aku, sikit - sikit tanya aku cam aku ni power gila ah kan. Ibarat aku ni jugak pengelola laman web Unimas so tahu nak settlekan masalah korang. O.o

Even aku pun belajar jugak, kalau tak tahu aku godeh - godeh page tuh sampai terkeluar segala yang tersirat. Aku usaha jugak nak tahu mana boleh masuk mana yang tak boleh.

Ni siap ada call aku lima kali, tapi aku minta maaf sebab tak jawap kerana sedang enak membuat taik mata berkoyan. ^^ Haha. Tulah sape suruh call time aku ngah tidor?

How Can 2 Be 3? =.=

Sejak dua menjak aku tukar template neh cam rajen pulak aku nak meng-update-kan diri. Haha. Padahal aku baru jek tukar template dalam masa sejam dua yang lalu. Sesungguhnya aku telah tidak menidurkan diri selama 24 hours straight! Hebat tak hebat? Tepuklah tangan sikit. *clap clap*

Anyway by the way highway on the way (kau abaikan~), aku nak cakaplah serba sedikit mengenai my universiti (or senang kata fakulti) yang entah mengapa di mana silapnya lah kan, sesibuk je nak bahagi - bahagikan bebudak first year daripada dua group kepada tiga group.

Tapi suka untuk aku tegaskan, dua group asal itu tetap wujud tetapi group yang ketiga pulak hanyalah untuk subjek - subjek yang tertentu sahaja.

Sengal tak sengal aku tanya kau kan?

Apasal kena menyusahkan diri buat itu ini semua semata - mata I dunno why tapi mungkinlah ada reason mereka tersendiri. Salah ke korang just kekalkan dua group itu sahaja supaya takde kekeliruan dalam sistem pembelajaran kami???

Pening tau pening amat bila fikir eh ni kumpulan aku yang mana, yang itu dengan budak mana nak buat assignment neh. Ni aku belum start lagi aku dah cukup melalut, belum betul - betul start lagi, habislah. Ranap ranap nanti.

Kesudahannya aku nak amek langkah dasar berkecuali lah next semester. Seriyes.

Tak tipuh. Kau ingat ada negara - negara berkecuali NAM saja ke? Aku pun nak terkecuali lah jugak kan. Rasa macam mana rasanya lah kan.

Hurm... Malas ah nak gaul - gaul dengan semua bebudak tuh. Aku just nak tersendiri jek. Time wat assignment jek aku gaul, then pastuh aku nak bersendiri. Cam misteri pun ada jugak kan. Cool tu~ (heh, aku cool? bahaha. lawak gila!)

Aku ingat cam nak wat azam 2010, jadi budak baik semua. Taknak main - main, kena study saja tanpa ingat dunia. Huh. Walaupun itu hanya angan - angan sebab aku ni jenis yang liar sikit.

Bukan liar macam kucing anjing terbiar di tepi jalanan tapi liar macam...

Weh, jap, aku tak liar! Aku just suka main - main. Suka tidor. Zzzzzz... :)

Oh ye, sambung azam 2010, aku ingat memang betul - betul nak struggle la. (abaikan liar tuh, entah camne dia wujud aku pun kurang pasti?) Kurangkan main dan tidor. Memang pengorbanan habis la wa cakap lu mamat minah minachi semua:O

Pepun, sekian sudah untuk entry mengarut ini. Well, taklah mengarut mana. Sebab at least aku sempat luahkan rasa hati yang tak puas hati dengan sistem pengurusan fakulti aku:))

Faten, tetapkan dirimu please.

After like 789675509901766 kali aku tukar template, tukar dan tukar lagi akhirnya aku rasa macam nak guna saja template serba putih suci ibarat pampers Mamy Poko yang belum digunakan lagi. Hakhak. =.=

Antara keistimewaan menggunakan template putih lagi bersih ni adalah menyenangkan para pembaca tak setia untuk baca my update. Haha. Cam ada pembaca saja kan aku neh. Perasan!

Selain itu, template ni jugak memudahkan aku untuk post banyak - banyak benda dengan lapangnya. Korang lihatlah aku tulis satu ayat pun still ada ruang lagi. Best best best! Kalau guna tiga column, dahlah sempit sempit cam kereta Kancil yang dinaiki oleh lapan orang dewasa (melebihi berat per kapita?), confirm nafas tersekat - sekat cam kena serang asthma lagaknya. Hu ha hu ha alahai~

Then, membebaskan para pembaca aku yang terchenta lagi terchintun daripada masalah migrain yang semakin menjadi - jadi. AWAS: Gelombang kedua H1N1. (haha. bangang!) Tengok, aku sayang bangat sama my readers sampai tanak kasi my belog serabut ibarat kepala otak mereka yang penuh serba - serbi dengan formula Matematik 1 +2 = 3~

Seterusnya, aku merasakan sudah tiba masanya peralihan zaman untuk aku. Aku dah taknak agi kan cam kekanak riang whatsoever erk. Nak jadi matang. Mula - mula start dari gaya penulisan belog dulu. Ecelamak, cam pape jek aku:D

Why TV1 Why?

Sambil menunggu satu benda itu untuk di download, aku pun mengambil keputusan untuk berblogging memuaskan hati diri sendiri. Sebab aku tau kalau aku duk sibuk blogging semua orang mesti naik muak tengok asyik asyik nama aku jep yang naik kat atas dashboard tuh. Bosan? Huh, terima jek, realiti kehidupan beb~

Anyway, aku ni saja je nak cakap pasal TV1 satu tuh. Alah,TV1 yang itu tuh, yang hak milik kerajaan mutlak sepenuhnya yang tak boleh keluar cerita aneh sikit pasti kena reject sebab konon nak jaga akhlak muda - mudi zaman kini. Ceh, belahlah~

Oh so, aku nak story ah sikit. Aku neh pantang betul kalau TV1 ni buat langkah teraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamat bodoh bagi aku dalam usaha menarik perhatian penonton.

I mean come on lah, baca berita macam pengacara melodi?? What the heck kan? Siap intonasi yang entah apa - apa membuatkan aku termuntah di situ jugak tanpa sempat berlari ke tandas. (sesungguhnya aku telah mengarut di situ!)

Please lah kan, just stick to your own identity. Siapa kata korang takde penonton, kalau benar sesungguhnya lah yang korang ni sengkek penonton, dah lama betul korang bangkrap langsung sampai semua pekerja TV1 kena carik kerja lain dan bukan lagi dalam bidang penyiaran. Tapi TV1 still hidup lagi kan? Still bernafas lagi kan walau ala - ala nyawa ikan gituh. Eheh~

Ke kerajaan ni masih berbaik hati sudi menghulurkan bantuan walau tahu stesen tu alahai hidup segan mati tak mahu?

Hurm. Entahlah, malas aku nak fikir - fikir panjang kan. Tapi yang pentingnya aku amat mengharap teramat harap si TV1 ni insaflah kan:) Jangan korang ubah identiti sendiri hanya kerana duk sibuk kejarkan muda - mudi yang belum tentu lagilah nak tengok korang. Kami semua sudah ada PSP, iPhone, BlackBerry, Astro, Internet Facebook semua untuk puaskan hati kami.

Setakat TV1 ni, mak bapak atuk nenek saja yang tengok bah~:DD

=.=

Aku wat Blogger neh dah macam Twitter pulok nak update isu semasa aku dengan begitu rajinnya. Huh! So anyway, aku sekarang tengah berdoa, dan akan terus berdoa supaya doaku termakbul:) Anyway kengkawan, marilah sesama doakan agar doaku itu termakbul. Amin amin yarabbal alamin. Ini pun demi ibu terchenta aku jugak. LOVE U MUCH MUCH MOMMA:D

Friday, December 11, 2009

Sometimes...

Sometimes aku rasa dunia ini tidak adil.
Dunia memang tak pernah adil pun.

Kenapa aku cakap camtuh ek?
Err, adakah Faten nak meng'emo'kan dirinya ke tahap yang lebih tinggi sekarang?
Duhh, takde maknanya.
(then apakah yang lebih bermakna???)


Huu... Bukannya apa, kengkadang aku rasa walau aku macam menaruh harapan sejuta kali ganda pun, still aku tak dapat grab apa yang aku nak.
Ini langsung takde kena mengena dengan result aku yang tak seberapa tuh tapi aku just nak cakap pasal random things yang berlaku kat sekeliling aku.


Like macam isu cinta~
Huhu. Bagai nak rak aku ushar mamat sekor tuh last - last member aku jugak yang dapat. Bukan aku tau. Tapi MEMBER AKU~ (ada penekanan di situ!)
Apa jek yang member aku buat untuk dapatkan dia.
Just duduk diam - diam sopan santun seribu bahasa.
Batting her eyelashes then the guy will goes POOM, WOW, TERPIKAT!
And tak lupa dengan wajah yang putih berseri tanpa jerawat.
Hidung mancung. Huh. See. Emo already???


And ada lagi satu isu ni, memang aku menggila nak sangat.
Aku dah usaha! Aku dah cukup usaha setahu aku.
Cuma insan yang berjanji ingin menolong,
tak berapa nak menolong.
Kenapa agaknya?
Sebab aku tak suapkan dia dengan duit - duit rasuah?
Sebab aku takkan bagi dia apa - apa in return?!!

Susah sangat ke nak tolong anak bangsa sendiri tanpa makan rasuah?!!
Memang Orang Melayu KAKI RASUAH!!
(tapi again, bukan semua orang camtuh...)

Apa lagi ek? Huh, macam - macamlah sebenarnya.
Apa jek yang aku nak, macam susah sangat nak gapai!
Except in study. Asalkan aku belajar betul - betul, insyaALLAH aku boleh buat.
Masalahnya tula, aku suka main - main. And tido. Zzzzzz~~

Orang asyik nak merungut aja pasal result dorang yang tak berapa nak gempak.
Diorang cakap dunia tak adil sebab walau dorang usaha,
still result cam taik ayam in the end.
Kepala hot la, tak nampak ke situasi aku lagi siyot dari dorang??
And aku tau dorang tak penah usaha pun.
Penipu gila usaha!! Kejadah aku cakap.
Usaha tapi caranya salah, camne nak score dean list?
Usaha tapi macam aku jugak, tidor, main - main,
apa kes kan kan kan??
Cesz.

Cuba banding dengan aku yang dah satu setengah tahun
mengharap DAN TERUS mengharap nakkan
benda alah tuh, tapi haram langsung sampai sekarang
aku still kena mengharap dan TERUS MENCUBA.
Sebabnya? Mudah.
Just because aku ni anak yatim.
Miskin. Hina.
And tak mampu bagi rasuah. (urm, rasuah sedap sedap kata dorang!)
So, taknak lah kan tolong aku sepenuhnya?
Memang dasar Melayu Yang Lebih Hina dari aku!
Grrrr. Geramnya. Tension tension=(

Anyway, aku just mampu mencuba dan terus mencuba, mengharap dan terus mengharap agar apa yang aku nakkan ni akan tercapai. Akan aku teruskan usaha sehingga ke titik peluh yang terakhir.
Ya ALLAH, makbulkan doa ku ini.
Amin...

"I may get revenge for what they did to me!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...