Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Thursday, December 30, 2010

WELL DONE!

Salam dan selamat sejahtera.

Semenjak dua menjak ini kegemaran untuk menulis hanya datang pada waktu dinihari pagi. Agak kehairanan dan tidak patut di situ. Sedang semua manusia enak diulit mimpi, aku pulak masih lagi melanguk depan komputer sambil main CityVille yang apparently sangat menarik dan amat rugi aku tidak main sejak awal - awal lagi. Ish. Kalau tidak sudah tentu aku dah capai level yang tinggi - tinggi meninggalkan semua kengkawan yang ada. Haha.

Okay tanpa melengahkan masa lagi, aku rasa memang seharusnya aku mengatakan dengan bangga di sini iaitu ucapan setinggi - tinggi TAHNIAH KEPADA TEAM MALAYSIA. Aumm, harimau mengaum! Tahniah okay tahniah! Gua bangga sama lu bros! Caya ah, lebih - lebih lagi our goalie, Encik Khairul Fahmi Che Mat yang berasal dari Kelantan. Ish dahlah handsome. Walaupun Encik Khairul Fahmi Che Mat dah terboloskan dua gol pada malam ini but still aku punya konklusi adalah, wahai team Malaysia, sila kuatkan lagi bahagian pertahanan anda itu, jangan harapkan goalie jep. Ceh gaya konon macam terrer pasal bola ah kan. BOLEH BELAH FATIN! :P

Tapi biasalah adat orang menang kan, mesti ada yang tak puas hati. Aku malas nak borak pasal ketidak-puasan hati pihak itu sebab bagi aku mereka yang mengutuk dan menabur kata - kata bohongan itulah yang tidak matang dan tidak redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Macam takde sportmanship langsung, mengutuk sana mengutuk sini. Kalah dan menang kan normal? Or korang rasa korang wajib menang setiap kali ada competitions? Auww, come on bebeh! Hidup ibarat roda, sekejap kita kat atas, sekejap kita kat bawah. Dan tak bermakna gagal sekali gagal selamanya, usahalah secara telus dan jujur lagi. Ish nak kena bagi motivasi ke hape baru nampak the truth? O.o

Eh kata malas nak borak sekali terpenuh satu perenggan pulak HAHA.

Oh apa - apapun TAHNIAH sekali lagi! Walaupun sekadar AFF Suzuki Cup tapi demi kemenangan bros sekalian, kita semua telah dapat cuti pada 31 Disember ini. YAY! Namun begitu rasional mendapat cuti umum tidaklah aku fahami sepenuhnya. Don't get me wrong you guys tapi menang AFF Suzuki Cup je pun? Bukannya World Cup. Pfftt.

Tapi yelah dah menang, dan dah cuti, so enjoylah kan! Dan hakikat sebenarnya yang aku memang bercuti pun Jumaat tu so tak terasa langsung. Tsk.

Till here. Bye bye bebeh.

P.S: dan kerana bola sepak juga kita bersatu rakyat Malaysia. auww, terharu la pulak ;)

Friday, December 24, 2010

Somebody to Love, anyone?

The choice is totally yours. Choose wisely bebeh ;)


Salam dan apa khabar semua?

Percaya atau tidak, jari - jemari aku kini sedang rancak menaip secara berirama di atas keyboard laptop dengan berlatarbelakangkan lagu Somebody To Love by Justin Bieber. Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang amat jarang sekali berlaku di dalam kamus hidup aku. Atau bukan amat jarang lagi, memang macam tak pernah berlaku pun.

Aku bolehlah dikategorikan sebagai BUKAN peminat JB (JB = bukan johor bahru). Entah apa sebabnya, aku pun tak boleh nak clarify dengan lebih mendalam. Yang pasti, aku just boleh terima dua aja lagu beliau yang masih muda belia itu. 1) Baby and then 2) Somebody To Love. Itupun setelah berbulan - bulan orang dok gilakan lagu tu, baru aku dapat terima lalu berkata, "Oh menarik jugak ye".


Bukan Encik Stefan Salvatore.

Bukan Cik Justin Bibir.

Muka Paul Wesley ada iras dengan Justin Bieber? Atau mata aku sorang yang nampak camtuh?


Oh, lagu Somebody To Love inipun TERJATUH cinta sebab sangat - sangat kena dengan perasaan yang melanda hati dan jiwa raga ku sekarang. Memang seriously kena ah kan, Somebody To Love. Makin diulang dengar makin rasa macam I SERIOUSLY NEED SOMEBODY TO LOVE! Okay fine bila nak dapat suami neh? Haha.

Sebelum terlupa, adakah korang dengar khabar - khabar angin yang mengaitkan JB dengan Freemason/Illuminati? Aduhai. Aku sangat pening tatkala memikirkan perkara itu dalam - dalam. It seems rubbish kot. First Lady Gaga, then JB. Even though pasal Lady Gaga memang laa aku takkan menentang sangat but JB? You've got to be kidding okay. Janganlah paranoid sangat sampai semua benda kau nak kaitkan dengan Illuminati laa, Freemason laa. Ni tak lain tak bukan jeles dengan kepopularan JB ah ni. Tsk tsk.

Paling tak boleh belah Upin dan Ipin pun jadi mangsa! T___T


Mangsa keadaan.


Kau rasa wajah innocent Upin dan Ipin yang suka makan a
yam tak kisah ah ayam goreng ke ayam golek ke janji ayam ditambah lagi dengan suara yang sungguh comel boleh ke dikaitkan dengan Israel dan USA bagai? Apa kau cakap, U in Upin tu stands for USA and I in Ipin stands for Israel? Okay nice one. Kau orang paranoid sekalian memang berjaya buat aku gelak guling - guling. BAHAHA.

Seriously guys, GET REAL!! >:O

Ish.

Notakaki: Sila baca this entry. Sesungguhnya ia mampu membuka minda kita dan selamat membaca.

Wednesday, December 22, 2010

Loneliness.

I'll trade everything IF it can leads me to my true love.
Oh wow sangat lonely T____T


Penegasan: Bukan aku tak cukup kasih sayang seorang ibu, dua orang adik dan juga kawan - kawan tapi korang harus tahu apa yang aku maksudkan di sini. At this rate aku dah rasa macam aku ini cukup tua sangat sampai nak lonely lonely takde peneman sejati di sisi. And I thought mid - life crisis starts at 40.

Monday, December 20, 2010

Love? Lust? Like? Missing someone?

Salam dan apa khabar semua.

Apparently baru - baru ini aku asyik teringatkan seorang kawan. Kawan lelaki laa kan. Kawan perempuan kalau aku ingat, aku takkan buat tajuk siap letak love, lust and like. Peh kalau begitu aku dah boleh digelar tidak normal sebagai seorang manusia, if you know what I mean.

Actually aku pun tak faham kenapa aku asyik ingat dia. Macam pelik jugak bila difikirkan balik. Macam tak patut. Kitorang bukan rapat, kalau nak kongsi - kongsi rahsia ke apa ke pun tak pernah. Mesej - mesej ke YM ke komen Facebook pun tak pernah. Aku rasa aku jauh lebih rapat dengan orang lain daripada dia sendiri even though aku dah kenal dengan dia lebih daripada beberapa tahun. Dan lebih pelik lagi apabila aku rasa macam sedikit jeles tengok dia rapat dengan kawan aku yang lain. Padahal diorang kawan je pun, ke lebih? Alah, macam istilah teman tapi mesra la kalau nak lebih tepat sekali. Then bila jeles, aku dah mula gedik nak jauh - jauhkan diri dari kedua - dua orang kawan itu sebab aku sendiri yang rasa jeles, diorang mana tahu kan???


"Cinta membunuh dalam diam. So, beware."


Atau aku sengaja ingatkan dia? Memutar belitkan minda aku agar asyik ingat dia, hanya kerana aku lonely? Peh, lonely sangat sampai jadi desperate T___T Ish. Tak patut tak patut.

Anyway aku tak nak jadi desperate. Or desperado or anything. Please someone sila jelaskan kenapa aku insist on berangan - angankan dia sebelum tidur (kawan lelaki itu) padahal aku rasa, and I'm sure of it, yang aku tak suka dia. Haa. Aku taknak belog aku ini SEKALI LAGI dipenuhi dengan impian - impian palsu dan angan - angan tak kesampaian like I used to write on account of so-called being in love with ustad (adakah grammar ku betul?). Aku kalau boleh ah kan, ini impian suci murni bersih dan segar punya, aku nak belog aku ini after this kalau betul ada cinta *cough* hendaklah dipenuhi dengan kronologi berkenalan isi hati, merisik, meminang, bertunang, majlis berinai, bernikah and and and bersanding! XD

Tak mahu lagi dah konon - konon cinta atau main - main cinta punya episod. Biar pasneh kalau ada cinta harus berterusan sampai ke jinjang pelamin. Amin :')

So yeah, why oh why oh why aku still nak berangan - angankan dia? Macam takde celebrities aja yang aku nak berangan - angankan Mat Jenin. Like those girls usually do with Suju or Lee Dong Wok or Rain or Lee Hom. Personally aku sangat suka Lee Hom sebenarnya. Verrrry handsome okay! Compared to "Sorry sorry" singers yang hakikatnya wajah lebih cantik dari perempuan (-____-). Aku pun kalah. Sob.


"Awak tak rasa saya handsome ke Faten? Meh kiss - kiss sikit." *vomit*


Dan lagi kalau ye pun aku nak berangan - angankan dia, or even attempt nak suka dia, aku harus matikan harapan aku awal - awal dari sekarang. Takyah nak bermimpi sikit pun dap
at dia sebab aku tak layak untuk dia. Aku tak cukup cantik untuk dia. Aku tak cukup jelita untuk dia. Aku tak cukup anggun untuk dia. Aku tak cukup ayu untuk dia dan bla bla bla. Sebab the truth is, dia penah cakap aku hodoh dan kau ingat aku akan senang - senang lupakan orang - orang yang pernah gelar aku hodoh ke? Dan bukan sekarang aku makin jadi cantik pun. So yeah lupakan ajelah kan. . . Baik aku berangan jadi bini nombor empat Lee Dong Wok, lagi bagus! ;)


"Tulah, jadi je bini nombor empat saya. Kehenseman saya cukup menyara empat - empat bini saya :)"

Sunday, December 19, 2010

Eh, boleh tengokkah muka budak Dean List atau muka budak repeat paper? :|

Boleh ke boleh ke boleh ke kau tengok muka orang tu terus cop dia budak Anugerah Naib Canselor atau dia budak penerima Dean List setiap semester atau dia dah masuk tahun ke-7 dalam bidang Psychology yang sebenarnya hanya memerlukan empat tahun belajar? Peh. Agaknya kau ini ahli nujum kot. Peh, kalau gitu aku nak jumpa kau ah tanya aku ni muka budak Dean List ke tak? Atau muka budak repeat paper sentiasa? Oh dah terlanjur kau ni seorang nujum, boleh tolong tengokkan tak bila jodoh aku nak datang? Anak berapa? Ish.


Kesimpulannya, you must never judge a book by its cover. Or judge a person by their appearances. Tak semestinya muka pandai, result gempak. Tak semestinya jugak muka bodoh - bodoh alang, lurus bendul itu bodoh. Coy! -___-

Saturday, December 18, 2010

Sambungan kepada BlogLarian.

Salam semua. Dan apa khabar semua?


Sebagaimana tajuk yang di atas, aku ingin menyambung bual bicara tentang BlogLarian lah kan.


Oh sebelum itu, SUKA HATI ingin aku umumkan di sini, hari ini birthday salah seorang abang aku. Eh, bila masa aku ada abang? -__- Okay, sebetul - betulnya, aku anggap dia abanglah kan, sebab telah banyak dia tolong aku. Lagipun dia kira macam keluarga aku jugak, walaupun sepupu jauh. Hehe. Dan tak kisah pertolongan kecil sekalipun, jikalau dikumpul - kumpul boleh jadi banyak bukan? Dan dia jugak antara orang - orang yang masih sudi ingin berkawan dengan aku. Eceh, terharu pula :')


SO SELAMAT ULANG TAHUN AHMAD FUAD ABU SAHMAH. Sudah dua puluh tahun dah pun kau kan? Sedar tak sedar aku kenal kau dah hampir lapan tahun kot. Or maybe sembilan. Bersempena birthday kau, aku nak doakan agar kau sentiasa mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang ALLAH selalu hendaknya. Semoga gelaran Ir. akan menjadi milik kau suatu hari nanti, ececeh dan friends forever okay! Oh aku tahu yang Fuad gerenti tidak baca ini blog but maybe, teman istimewa serta abang dia akan baca, so kiranya korang jadi wakil bacakan lah ye? Haha :)

Ini Dafi. Rasional gambar diletak? Sebab wajah Fuad seriously looks like Dafi namun versi kurus serta memiliki otak dan minda yang cemerlang. Bakal engineer, insyaALLAH.


Baiklah. Berbalik kepada tajuk utama kita. BlogLarian. Medium hebat untuk berblogwalking.


Terima kasih diucapkan kepada Admin BlogLarian sebab dengan kerja efektif lagi efisien telah berjaya menempatkan blog aku dalam senarai BlogLarian hanya dalam tempoh kurang satu hari, walaupun Admin ada mengatakan ekoran penyertaan yang memberangsangkan, maybe blog hanya akan masuk senarai setelah 3 - 5 hari. Maka dengan ini, aku ingin mengucapkan SYABAS. Well done Admin. And again thank you :D


Dan aku juga agak berbangga dengan blog aku yang masuk list Rumah Blog No. 143. Sebab sebagaimana kita semua sedia maklum, 143 itu bermaksud I LOVE YOU. Dan sebab aku suka nombor 143 terlebih, aku jadi gembira. Barangkali aku akan mendapat kebaikan daripada nombor 143 itu, siapa tahu? Manalah tahu terjumpa jodoh terlebih awal ke, ALHAMDULILLAH :) (peh berangan - angan sungguh!)


Ini dia bukti No. 143.




Lihat lihat?? Nampak tak? Bangga, bangga aku. Dan juga terkantoi sudah aku tengah view blog siapa time tu -__- Malas nak edit so terima aja print screen yang pure asli gitu.


Oh lagi satu, aku nak cakap jugaklah pointer aku dapat berapa, even though dah seminggu result keluar sebenarnya. Saja suka suka nak spill it here, so kira macam bagi semangat dan motivasi ah kan. Well, last semester in Unimas, aku dapat 3.21 semasa Sem 2 after Sem 1 dapat 3.03. An achievement, right? Dan kini di UTM, aku dapat 3.45! Semakin meningkat yaww. AKAN TETAPI 3.45 in UTM still tak consider cukup bagus, pada hemat aku laa. Sebab in Unimas, bila dapat 3.21 orang dah anggap kau macam top scorer laa walaupun hakikatnya tidak. Tapi 3.45 in UTM dah rasa macam low gila - gilaan since agak ramai kelas aku dapat atas 3.5 so kau faham - faham sendirilah, takkan itu pun aku nak terangkan :|


TAPI KAN, aku tak boleh nak cakap aku tak satisfied dengan result aku sebab bila aku tengok from matric sampai sekarang, ada peningkatan. Maybe aku lebih boleh cope dengan uni life since ada assignment and group work segala, and tidaklah bergantung kepada exams sahaja. Ianya membantu, you see. So yeah, insyaALLAH, dengan izin - NYA, aku akan dapat DL next sem. I'll try my best and wish me luck, you guys! :')


Dengan ini, sekian terima kasih.

Friday, December 17, 2010

Mari kita berbicara pasal BlogLarian.

Salam dan apa khabar semua semua semua? Setelah beberapa hari mendiamkan diri, menyepi buat seketika, hari ini aku kembali dengan isu berkaitan BlogLarian. Wah wah, apakah BlogLarian itu?


Serasa - rasanya, BlogLarian kedengaran semacam blogwalking, so adakah boleh dirumuskan yang kedua - duanya mempunyai pertalian yang rapat antara satu sama lain? Atau sekadar bau - bau bacang? Hahaha.


Okay okay, tetiba aku jadi macam pengacara rancangan ilmiah pulak. Ayat skema sekali. BM A Satu -__-


Apparently, semalam, Miss Sizuka Izzati telah tag aku untuk menjoinkan diri agar lebih memeriahkan suasana di dalam BlogLarian. So yeah, BlogLarian as you can see memang seakan - akan ada kaitan dengan istilah "jalan - jalan dalan dunia maya blog" ini, iaitu blogwalking. It's a blog that contains lists and lists of blogs yang terdapat di dalam dunia blog and telah menjoinkan diri dalam BlogLarian. Dengan itu, ia akan memudahkan anda untuk blogwalking since ada banyak participants, daripada susah - susah tekan next blog, next blog or carik bloglist dekat blog orang lain kan kan?


So lebih kurang, dengan menjoin BlogLarian, anda akan dapat LEBIH RAMAI KAWAN, LEBIH RAMAI VISITORS, LEBIH BANYAK TRAFFICS, cewah! So yeah, demi menurutkan tag Miss Sizuka Izzati, maka aku dengan rela hati dan besar hati pun join BlogLarian ini. Hanya kerana suka - suka, duh. Sebab seperti semua orang sedia maklum, aku dah tarik diri from blog 100Penulis. Nevermind about that though.


So mari - mari kita ikuti langkah - langkah yang berikut (kepada yang berminat):




1) Letak banner dan WAJIBLAH linkkan ke http://bloglarian.blogspot.com

2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
- Saya suka berblogwalking kerana saya suka baca blog dan ingin melihat kerenah - kerenah manusia yang ada di atas muka bumi ini sambil - sambil mencari teman serta cinta sejati. (27 patah perkataan)

3) FOLLOW BLOGLARIAN.
- Yup.

4) Tag 3 orang atau lebih rakan.
- Since aku tak begitu ada ramai kawan blogger -___- So ini hanyalah beberapa kerat yang aku ingin tag. I mean empat orang sahaja. Miss Charmine Nashira, Miss Adila Kaman, Miss Theo and Miss Aimi Amush. Okay dah ah tu tiga orang kawan sekolah/universiti. Hahaha. Lame.

5) Sila beritahu rakan yang ditag itu melalui comment.
- Dalam proses.

6) Tinggalkan link post mengenai BlogLarian ini di comment entry ini bersama nama blog anda.
- Okay okay :)

7) Peserta akan dilistkan ke BlogLarian mengikut turutan.

8) Tiada tarikh tamat tempoh tutup buat masa ini.


Alright, rasanya setakat ini sahaja! So yeah kepada sesiapa yang berminat, haruslah anda semua join itu BlogLarian kerana dengan BlogLarian, hidup blogging mu akan menjadi lebih meriah, menghiburkan dan ceria sekali. Okay dah macam promoter pulak. Sekian terima kasih :)


Berita semasa: UTM dah boleh tengok result guna SMS seyh. Kelas gituh. Hahah :DD

Fine. Gua angkat bendera putih mengaku kalah?

THIS ENTRY WAS ACTUALLY POSTED ON 17 JANUARY 2011.

Salam.


Malas nak mukadimah panjang - panjang, orang bukan faham nanti apa yang gua cuba sampaikan. Hah okay, meh baca apa yang gua nak tulis ni. BACA, especially kepada bebudak yang berjaya buat gua rasa rendah diri bertimbun - timbun.

*tarik nafas*

Okay, begini. Gua nak ucapkan SETINGGI - TINGGI TAHNIAH kat bebudak ini yang berjaya buat gua rasa worthless. Yang berjaya buat gua rasa tidak berharga sampai tagline "Kerana dirimu begitu berharga" pun dah tak layak untuk gua lagi. Gua memang tabik spring kat bebudak lahabau ni yang rasa diri dah cukup besor sangat padahal entah dia punya "abang" dalam seluar dah sunat ke belum, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Tahniah weh tahniah sekali lagi gua ucapkan! Ni nak gua tabur sekali confetti ke ni? Hurm, on second thought tak payahlah. Confetti mahal walaupun sekadar menggunakan kertas A4 paling murah lalu dicarik - carik menjadi kepingan kecil. Untuk bebudak tahap lu, barang - barang mahal memang tak boleh nak sogok kat lu semua. Nanti jadi makin tak faham bahasa. Huh.

Gua serius tak fahamlah bebudak "abang" belum sunat neh. Gua macam nak buat limit umur untuk diorang atau kasi kuiz - kuiz ke apa sebelum diorang boleh masuk universiti. Nak tegur sikit pun tak boleh, kalau benda itu gua nampak macam kurang elok dan kurang ilmiahnya, apa salah gua tegur, kan? Dah ah gua dan mereka pelajar kepada kos yang orang tak berapa nak respek. Pembangunan Sumber Manusia, lu ada kenal ini kos? Apa?! Tak kenal? *kembang - kempis hidung gua menahan marah*

Tengok? Gua dah cakap yang kos gua dan mereka semacam hidup segan mati tak mahu. Apa bak kata orang, kos senang gila pejam mata pun boleh score? Eh, ini sudah lebih okay. Siapa kata kos ini senang memang gua suruh buat medical check - up kat otak belah kiri dan kanan lu. Melampau, main menuduh bukan - bukan. Ish.


Tapi hakikatnya, memang agak senang ah kos gua kalau nak dibandingkan dengan kos engineering ke medic ke architecture atau accountancy ke. Kira kos gua memang senang ah, barangsiapa yang macam tak berapa score dalam STPM atau matrik tapi ada hajat nak masuk universiti, bolehlah apply kos gua sebab ia senang dan mudah. Namun demikian bila dah ada bebudak tahap cenggini masuk kos gua, haa, makin hilanglah respek orang luar kat kos gua. Nak tahu kenapa?

Sebab mereka kebanyakannya tidak menghargai, tidak memahami erti sebenar Pembangunan Sumber Manusia. Gua mengaku, pada mulanya memang gua tak pandang langsung kos ni. Memang awal - awal lagi gua dah palang kos ni sebab bagi gua kos ni senang, tak mencabar minda gua ah. Tapi dah jodoh gua, Tuhan dah takdirkan gua masuk kos ini, nak tak nak memang gua kena belajar jugaklah. Lagipun kalau gua tolak nanti gua tak dapat masuk universiti gua jugak yang malu sendiri kan? Nak nak bila para makcik - makcik yang kepoh dok bertanya, "Hai hang bila nak masuk universiti? Duduk rumah hang bantai tidoq jaa." Ececeh, slang Kedah pulak keluar -__-"

Maka, apabila bebudak yang TAK FAHAM erti sebenar sesuatu, maka mereka akan kurang mendalami atau cuba memartabatkan ia. Takyah tengok jauh - jauh kerana contoh ada di mana - mana sahaja. Kalau lu semua tengok orang kita, kenapa masih ada yang sambil lewa dalam kehidupan? Tahu nak merempit serta membohsia sana - sini tapi tak ada perancangan masa depan. Sebabnya, bagi gua, mereka ni semua tak memahami erti sebenar kehidupan yang nyata amatlah singkat. Hidup di dunia hanyalah pinjam - pinjaman yang gua dan lu semua tak tahu bila tarikh tamat tempohnya. Mana tahu sedang syok enjoy rempit alih - alih tarikh luput nyawa pun datang. Ish. Dah tak memasal kiok tanpa ada sebarang kebaikan yang dibawa. Menyesal pun time tu dah tak guna.


Begitulah apa gua cuba sampaikan. So gua agak sedih dan kecewa apabila teguran gua telah diperkotak - katikkan oleh bebudak yang "abang" belum sunat neh. Setakat umur 21 tahun tu belum besar lagi ah bro. Lu masih muda, masih hingusan, masih pikir macam budak - budak, tapi ada hati nak menegakkan benang yang tak berapa kering? Heh.

Gua menegur sebab gua taknak lagi hiburan semakin menguasai minda - minda para siswa/siswi kita sekarang. Eh, lu tau tak dunia makin tenat? Kiamat makin dekat? (eh, beritma la pulak). Kalau lu semua dok sibuk agungkan artis sana - sini tapi tak sibukkan pasal hal - hal kebajikan masyarakat, contohnya, lu ingat boleh ke menolong lu semua nanti? Gua memang tak arif ah pasal bab - bab soal jawap akhirat tapi gua sedar yang kalau kita semua dok sibuk dengan hiburan, one fine day ia akan membawa bencana dekat kita semua jugak. Lagipun, hiburan beb, hiburan! Buat biasa - biasa sudah. Gua pun enjoy tengok movie ke hape tapi takdelah sampai gua dok canang satu kelas gua peminat setia Nicole Kidman atau Angelina Jolie. Ish.

Lu tau tak, bila - bila masa sahaja kaum kita akan kena tindas or perlekeh or whatever. Then time tu kalau ada minda - minda yang dok taksub dengan hiburan, lu ingat dapat membantu ke menegakkan apa yang hak? Of course gua cakap tak boleh. Kita kena bersatu beb, bersatu dengan benda - benda yang membawa kebaikan. Lu nak hiburan sangat? Nah amek Maher Zain. Hiburan jugak tu. Takpun lu tengok Al - Hidayah setiap petang Jumaat. Hiburan jugak tu. TETAPI apa yang membezakan antara hiburan Nicole Kidman dan Angelina Jolie dengan Maher Zain serta Al - Hidayah adalah ilmu yang terkandung di dalamnya. Ilmu serta pengajaran yang boleh didapati daripada suatu jenis hiburan itu penting ye.

Okay fine kalau lu tak suka jugak Al - Hidayah atau Maher Zain, lu boleh layan Discovery Channal atau History Channel hanya di Astro. Hiburan jugak tu tapi sekali lagi gua tegaskan, sebab ia ada ilmu di dalamnya, jadilah ia hiburan berharga.


So memang dah panjang gua membebel. Dah melepasi 350 patah perkataan standard SPM. Haa. Maka dengan ini gua sudahi entry gua dengan wabillahi taufiq walhidayah, wasalamualaikum w.b.t.

P/S: gua kasar dalam entry ini sebab gua dah tak tahu nak cakap baik - baik.

Monday, December 13, 2010

Mari kita cakap pasal Dean List.

Salam semua. Apa khabar? :DD


Sebagaimana tajuk di atas, rata - rata semua orang dah tahu, every semester, semua orang yang menuntut di IPTA (IPTS tidak pasti, harap maklum) mesti punya amat mengharapkan dean list tertera di atas result mereka. Bukannya apa, kalau dapat capai dean list itu kira dah power ah, dah mantap, dah bijak pandai ah kata orang. Bak kata orang laaa kan.



Dan Dean List itu hanya boleh tercapai apabila GPA dan CGPA seseorang itu mencapai 3.5 above. Tapi in UTM aku tak sure, entah mana aku terbaca 3.65 baru boleh digelar dean list, aku tidak pasti. Tapi itulah, I'm not sure itu wujud, so kita ketepikan UTM dan cakap pasal seluruh IPTA amnya di mana above 3.5, you are consider getting a Dean List. Or dalam bahasa kampung sikit, Anugerah Dekan :P


Oleh itu, aku inginlah buat pengumuman ala - ala bau - bau bacang dengan dean list ini kan. Mari semua, mari dengar berita ini *jeng jeng jeng*;


BUAT KESEKIAN KALINYA, IMPIAN NAK CAPAI DEAN LIST MASIH BELUM TERCAPAI. Ouch.


Not that aku mengharap dean list semester ini, okay aku mengharaplah jugak tapi bila aku tengok usaha aku ciput, tak banyak, impian nak pegang Dean List tu aku diamkan aja. Sebab aku tahu tanpa usaha yang mencukupi bolehkah anda menikmati Dean List? Sudah tentunya, tidak boleh.


Tapi apabila pointer tu lagi sikit nak Dean List! PEH! Memang tak sangka ah kan :) Heh heh. Ingatkan lepas tiga jep. So ALHAMDULILLAH, syukur. Namun agak kecewa, dan agak lega. Kecewa sebab kenapalah subjek Akaun aku slack punca pointer jatuh! Cis. Lega sebab yelah lepas tiga kan? Mesti ah kena sebut "Phew~!" .


Namun begitu, semangat aku tidak akan luntur nak dapat Dean List next semester. Aku akan usaha gila - gila babeng sampai Dean List tu aku dapat dua tiga empat lima kali. Huh! Aku tak nak main - main lagi dah pasneh (oh, bukankah kau juga cakap begitu awal semester tempoh hari Fatin?). Aku nak belajar sungguh - sungguh (urm, really?). Dan aku jugak nak study awal - awal supaya tak terkocoh - kocoh nanti blur dan blank apa pun tak boleh masuk (ARE YOU SURE?!). Kemudian kemudian, aku jugak kalau boleh taknak online selalu, nanti tak study, melanguk depan komputer aja (wait wait, mampukah kau bertahan??!).


Hah, kesudahannya aku rasa habit - habit lama yang dah dipupuk tu memang sukar nak buang tapi aku akan still bertahan dan meneruskan perjuangan menggapai impianku. Yakni Dean List. Kita cuba next semester, try harder Fatin! Good luck! Dengan ini, terima kasih :)

Thursday, December 9, 2010

Hearts her Fashionista ;) [Part Two]

Assalamualaikum dan apa khabar? :)


Biar aku straight to the point. Setelah buat satu post pasal M
iss Diana Rikasari from Indonesia yang clearly sangat funky, sangat unique, sangat awesome in her own fashion sense, kali ini aku dengan suka hati dan besar hati dan gembiranya ingin bercerita pasal Miss Shea Syahirah, a graduate student from KL :) Ini pun setelah aku mendapat kebenaran meletak gambar - gambar tuan empunya badan di dalam belog ini. And plus, Miss Shea Syahirah juga merupakan alumni UTM, graduated in bachelor of design! So kiranya, dia merupakan my super super senior. Even though aku bukan pelajar design. Dan kos yang diambil juga jauh sekali daripada kos design - design semua ni -__-"


So quick introduction PLEASE! :D


Nama diberi Shea Syahirah. Dan sekarang sudah bekerja. Berumur 22 tahun, nak masuk 23 tahun laa kan. Dia ini seorang yang seperti Miss Diana Rikasari jugak, since dia adalah golongan insan yang aku akan definisikan sebagai eccentric, bold, unique dan sangat tersendiri. And boleh jugak dikategorikan sebagai versatile since Kak Shea ini tidaklah tertumpu kepada satu - satu gaya sahaja! Selain itu, Kak Shea juga selalu dijemput untuk menghadiri fashion shows yang banyak kat KL tu, so yeah, she's living every girls dreams. I mean going to fashion shows, that is. Tambah lagi, Kak Shea jugak pernah mengadakan her very own contest, Fashion Fadism Contest yang telah berlangsung dengan jayanya, di mana all those prizes listed were oh-so-awesome. Cis, amat rugi aku tak mengenali Kak Shea lebih awal ketika itu, kalau tak mana tahu ada rezeki untuk join, hahah!


Dah dah cukup dengan bebelan. Let's enjoy those pict
ures! Aku selected quite a few photos yang menarik perhatian kaca kornea mataku ini, so mari, mari lihat dan kalau berminat juga berani, bolehlah ambil sedikit atau sebanyak tips daripada Kak Shea.


Oh again, sila jangan kutuk - kutuk style orang lain okay kerana diri setiap insan adalah begitu berharga and mengekspresikan dirimu adalah amat penting so yeah ;)


Caption: One day, aku pulak akan menyarung those convocation jubah! InsyaALLAH. Amin :)

Caption: LOVE LOVE those booties tapi kaki ada ketidak-stabilan nak pakai high heels shoes! Boo untuk Faten!

Caption: Ada style tak? Ambil gambar dalam LRT ko! In Singapore.

Caption: Suka itu shawl yaww :)

Caption: Me love those polka - dots dresses ;)

Caption: In this I find Kak Shea looks a bit like a princess genie :)

Caption: Gabungan merah, putih dan hitam tidak pernah gagal. Aku ulang, tidak pernah gagal. So try it people! :D


So yeah, sangat unique dan awesome kan? Me likey like! So to those yang dah fall in love with Kak Shea, do stalk her blog and lookbook for more dear girls. Here's the link;

My Amethyst

Lookbook.nu/SheaR



Till here readers. Thank you for reading and bye bye :3

Wednesday, December 8, 2010

Now now...

Salam yo semua.


First of all aku hanya nak berkata, aku tak suka kalau sedap - sedap cuti alih - alih ada persatuan yang dok mesej hangpa suruh balik uni awal then pergi camping. Whadda? Ish, tak boleh agaknya cakap awal - awal? I mean, lebih awal lagi?? Mematikan mood cuti aku jep. Sekarang aku dah macam taknak 28 hari bulan itu tiba sebab seriously, siapa nak pergi camping hoi? Empat hari pulak tu. Buat dua hari semalam taknak T___T


Second. Rapunzel A Tangled Tale memang menghiburkan :) Now aku taknak bagi review or attempting to write a review sebab aku tahu aku tidak mahir dalam bidang tersebut cuma nak cakap ah, Rapunzel memang best. Okay best tu dah cukup untuk menggambarkan movie tu aku bagi markah 4.7/5 :)




Third. Well aku mahu memohon maaf kepada someone yang clearly aku dah broke her heart by mentioning ada some real friends yang tak wish aku time besday aku tempoh tempoh hari. Now, besday aku sebenarnya dah berlalu selama lapan bulan dah pun, so agak tidak matang kalau aku masih nak merajuk merajuk dekat orang yang tak ingat nak wish besday aku kan? WALAUPUN sebenarnya that someone tu ada wish kat aku. Siap wish awal satu hari lagi kau! Ish. So yeah, sekali lagi aku nak mohon maaf kepada dia sebab dah buat dia susah hati and risau. Menunjukkan betapa jahatnya aku sebagai seorang kawan, suka - suka aja nak lukakan hati orang. Haish, bila nak berubah?


Fourth. Kenapa aku asyik perlu meminta maaf? Ini menunjukkan aku banyak berbuat silap dan salah and then aku dengan muka tak malu mintak maaf tanpa memikirkan perasaan dan jiwa raga orang telah terluka itu.


Fifth. Topshop memang best. I mean, aku suka most of the stuffs they sell cuma sayangnya aku takde fulus nak beli. Well, pergi kedai 29 je sudahlah. Oh no, tak boleh. Kedai 29 pulak aku tak muat saiz saiz dorang. Sebab clearly when they sell those clothes, pada pemikiran diorang semua orang yang nak beli adalah bersaiz S ke XXS. Okay bukan untuk orang saiz *cough* L.


Sixth. Dengan membaca kembali buku - buku Harry Potter memang membuatkan kau rasa, "Darn! Asal takde dalam movie?" Haha.


Seventh. Aku akhiri entry dengan nombor tujuh hanya kerana menganggap nombor enam tidak begitu bertuah. Of course, pandangan aku adalah berbeza dengan pandangan orang lain ya. Dengan ini, sekian wabillahi taufiq walhidayah, wasalam :)

Tuesday, December 7, 2010

LOL hanya untuk laugh out loud! Bukan lari or lompat.

Hai everybody! *menyapa dengan wajah super ceria* :D


Marilah kita mulakan pagi ini dengan wajah super ceria dan riang ria gembira! Kalau rasa mengantuk cepat - cepat lompat bintang dan buat senaman ringan agar darah dalam tubuh dapat mengalir dengan aliran yang pantas sehingga membuatkan tubuh badan menjadi segar bugar. Right, if malas sangat nak buat lompat bintang, you can also opt to gelek - geleh punggung. Well tak tahu itu menjadi ke tidak nak kasi badan segar bugar kan.


Okay, kata orang kalau nak buat hari mu ceria, haruslah mulakan hari itu dengan gelak ketawa. Laughter is the best medicine, yes? So ingin aku berkongsi satu gambar ini. Kalau terasa ia funny, gelaklah, sebab to release all those stresses and burden, kan? Kalau rasa macam tak funny and hampeh, well just go away, pergi cari belog orang lain yang can give you more laughter ;)


Now, here's a picture that I retrieved from Miss Sherah bloggie :)


Ejaan pun tak master lagi ada hati nak tulis surat -__-"


Heish seriously bebudak zaman sekarang. Tak faham sungguh daku. Okay I admit dulu memang ada terjebak dengan cinta monyet, or some may call cinta chimpanzee or cinta kera sekalipun, TAPI takdelah sampai tulis surat euww euww macam ni. Ya Tuhan, even though you may found it funny, and even hilarious, tapi realiti macam ini membimbangkanlah. Serious membimbangkan. Aku bimbang akan masa depan generasi akan datang, ececeh. Okay sekali lagi, ececeh Fatin kan :P


And ada lagi satu cerita yang berlaku kepada anak saudara kawan aku, seorang kanak - kanak perempuan (skema sungguh panggil kanak - kanak perempuan). One day tu, kawan aku ini telah terjumpa satu surat dalam barangan anak saudara dia. Jumpa surat yang ala - ala bunyi seakan surat di atas ah kan. Padahal anak saudara dia baru Darjah Dua kot! Paling tak boleh belah ada sebahagian surat yang berbunyi begini,


"Awak, awak suka saya tak? Saya suka awak. Kalau awak suka saya, nanti kita kahwin. Lepas kita kahwin, kita boleh dapat anak."


Yep, aku ingat ayat budak kecil itu XD Haiyoyo, ini budak baru kicik punya sudah ada pikiran macam aku ke nak kahwin muda? HAHAHA! Apa dia ingat kalau orang kahwin je boleh terus dapat anak? Belum fikir lagi anatomi - anatomi manusia serta hukum biologi alam yang wajib terlibat demi melihat seorang anak terlahir. Peh, ayat penuh tersirat. Heh ;)

Salam Maal Hijrah.

Salam. Selamat sejahtera.


So, well, Salam Maaf Hijrah semua orang. Marilah berhijrah. Marilah amar maaruf, marilah nahi mungkar. Marilah berbuat kebaikan, marilah menjauh daripada keburukan. Marilah berbuat pahala, marilah menjauh diri daripada dosa. Marilah sentiasa ingin bermujadah dan beristiqamah, marilah jauhkan diri daripada putus asa dan lalai juga alpa.


Okay, pendek kata, sekali lagi dapat disimpulkan, Marilah Berhijrah. Kerana;


"Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,

Hijrah membentuk perpaduan."



Ahaa. Dah ternyanyi lagu pulak. Sanggup search lirik using Pakcik Google :) Hehe.


And sebagai penutup entry (yes, singkat pulak entry kali ini. manakah bebelan indah ku? haha XD), besar hatiku ingin mendoakan semua umat Islam, yang sudi membaca entry biasa - biasaku ini, agar bersempena tahun baru 1432 Hijrah ini, anda semua, termasuk saya juga akan memperolehi limpahan rahmat serta kasih sayang ALLAH, serta diredhai - NYA, dan memperoleh keberkatan hidup. Akhir kata, may ALLAH bless all of you, amin :)

Gambar edit guna antara fonts yang didownload ;)

Saturday, December 4, 2010

Sila hargai perubahan "saya".

Salam kepada semua, tidak kira tua muda, miskin kaya, sihat sakit, handsome hodoh dan sekian - sekian :)


Okay. Tak mahu membebel okay. Rasanya once you all bukak ini belog terus nampak kelainan, ada nampak kaa tarak nampak kaa? Kalau tarak nampak memang itu tanda - tanda nyata ouh. Tanda - tanda nyata apakah hendaklah dirahsiakan di sini :P


So penat gila buat header tu kau! Padahal just copy and paste aja siot tapi sebab ada error sana ada mistakes sini dan kerana diriku begitu berharga amat mementingkan perfection (iyolah tu...) maka telah berulang kali jugaklah aku edit this so called header.


Pada pendapat korang pembaca okay tak? Bagilah kritikan membina okay, jangan bagi kritikan menjatuhkan, ish.


Tujuan letak header adalah kerana suka - suka. Hee hee :3 Bukannya apa, tetiba rajin nak try guna segala fonts yang comel - comel baru didownload daripada internet. Itu pasal teruja terlompat - lompat tu. Gedik jugak nak guna fonts terus buat header! Excited terlampau -__-


Walaupun jumlah fonts yang diguna bagi header yang dibina hanyalah tiga fonts. Sedangkan fonts yang didownload adalah sebanyak 17 jenis fonts! T___T Haha. Lagi empat belas sangat confuse nak guna. Sebab macam tak sesuai pun ada dengan background header.


Lastly
jangan tanya kenapa gambar - gambar dalam header semua blur sebab memang itu tujuan murni aku ya, tamow kasi orang nampak jerawat serta blackheads yang menjadi penduduk tetap di atas mukaku. Nanti kalau korang semua nampak, terjerit "Opocot" lalu pengsan akibat kejutan melampau. Okay, bergurau.

Thursday, December 2, 2010

Entry pembuka bulan Disember.

Selamat malam semua. Hai, apa khabar? Sebelum aku membebel dengan lebih lanjut, suka untuk aku umumkan, tanggal 2 Disember ini merupakan hari ulang tahun kelahiran yang ke-20 buat salah seorang sahabat aku yang bernama *jeng jeng jeng* Syireen Asyina :D Well dia dah 20 tahun dah pun dan di kesempatan yang ada ini (hopefully she reads my blog!), aku inginlah mendoakan kesejahteraan dan keselamatan serta kebahagiaan dunia akhirat buat dia. Semoga Syireen Asyina ini akan sentiasa dirahmati dan mendapat kasih sayang ALLAH selalu hendaknya, insyaALLAH amin ;)


Oh ya, kepada para pembaca setia/tak setia, ingat tak dalam dua entry lalu aku pernah cakap sekarang aku buat kerja membazir masa, part - time dekat Facebook dok delete semua post - post lama? Dan target aku nak capai ke bulan April? Well, dengan bangganya aku ingin mengatakan di sini, I DID IT MAN! Yo, sekarang memang seriously dah dapat detect who had wished my birthday and who didn't -__- Rasa macam WOW tak sangka, sangat sikit orang yang wish birthday aku. At that time rasa macam bahagia gila kan semua orang dok wish, "Happy Birthday, Happy Birthday" but in the end, kalau nak ikutkan, tak ramai yang aku regard as real friends telah wish. Sedih siot, hampa aku. Hiba aku mengenangkan nasib diri. Kecewa sungguh :'(


Tapi takpe, sesungguhnya mungkin time itu semua orang busy kot so tak ramai sudi nak wish. Arrghh ayat pujuk diri sendiri T___T


And then and then, forget about those birthday wishes, tak penting dah pun, benda dah lepas, toksah dok kenang - kenang. Kata motivasi hidup berbunyi, "Let's live and enjoy life!" So harus ada semangat kental nan waja untuk persetankan setiap wish yang tidak diterima. Dah dah, jangan menangis lagi, buruk muka hang dok keluar air hidung haishh -.-


Sebagai menyambut kedatangan bulan Disember, aku telah keluar dengan Syireen dan Fuad semalam. Well, just keluar jalan - jalan singgah Jusco belakang rumah and then lepak kat McD. Tetiba balik rumah teringat yang kalau Akmal ada sekali, mesti tak bagi makan McD punya :P Sebab nanti dia kata laju - laju "Weh, Yahudi!" Haha. Ish. Nasib baik Akmal tak baca belog aku okay ;) Ke dia baca? Okay tak mungkin punya! *penuh keyakinan*


Sesungguhnya amat gembira berjumpa dengan mereka berdua. Okay Fuad dah agak selalu boleh nampak muka, hehehe, tapi Syireen dah setahun tak jumpa okay. Setahun bukan tempoh yang singkat. Ececeh.


Bila dah keluar kan, timbul satu persoalan daripada Fuad, "Kalau kawan datang JB, nak bawak singgah mana je?" Aku agak terdiam ah mendengar soalan tersebut. Well, jujur cakap kat JB memang takde menda pun. HAHA! Cis, kutuk JB sendiri T___T Tapi maybe dalam 5 to 10 years baru JB akan berubah wajah, memang make - over habis - habisan. Tapi time tu semua dah besar weh, dah ada anak bini. Takde maknanya maksud melepak berjalan - jalan, singgah sana singgah sini bersama teman sebaya. Ouch, semoga hari itu lambat sampai. Aku nak enjoy usia mudaku dengan spend masa me time. Meaning, aku nak lebihkan diriku dalam segala hal laa. Selfish? Don't think so.


Okaylah sampai sini sahaja. Nak turun bawah pergi kacau adik aku belajar Fizik untuk paper SPM esok. Biar makin dikacau makin dia tensyen. Gyahahaha! Haish, tipu belaka okay ;)


Bye bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...