Rajin-rajinkan Diri Anda Untuk Klik ^__^

Sunday, February 26, 2012

Kekurangan Baucer Buku 1 Malaysia.

Assalamualaikum.


Mungkin sudah tiba masanya perasaan bengang ini mencapai kemuncaknya. Dulu rasa macam tak kisah lagi, masih rasa okay dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. But somehow setalah beberapa kali terkena, aku rasa aku perlu menyuarakan pandangan aku terhadap Baucer Buku 1 Malaysia ini. Senang kata, aku nak bagi satu kritikan. So that, kepada pihak yang memberi, kalaulah anda ada terbaca entry blog picisan aku ini, tolong tolong tolong ubah sekarang sebelum 31 Mac 2012. Aku taknak nanti ada baucer yang tak digunakan secara sebaiknya pulak.


Oleh itu, tanpa melengahkan masa lagi, aku nak terus meneruskan niat aku mengkritik Baucer Buku 1 Malaysia ini. Malas lagi nak bermanis mulut serta bermukadimah segala, hati ini sudah cukup remuk redam! *kecewa*


Pertama sekali, aku merasakan mana-mana kedai buku yang tidak menerima baucer bercop universiti/kolej/sekolah yang kurang jelas adalah tidak wajar. Ini kerana secara logiknya, perlukah cop di belakang baucer itu kelihatan jelas? Kau rasa ada ke mana-mana pelajar yang bother gila nak buat cop palsu semata-mata nak cop kat atas baucer tu? Kemudian, setakat tak jelas macam kurang ink pun nak reject ke? Kau ingat nanti time kau redeem all those vouchers gomen akan kisah ke cop tu jelas ke tak? Weh cuba kau fikir logik, takkanlah nanti time kau redeem baucer yang banyak-banyak tu diorang bother nak check satu persatu cop tu kan? Tak ke pening nanti mata diorang nak merenung semua baucer. Huh.


Kedua, aku merasakan kalau tersalah tulis IC lalu baucer tak diterima pun tak wajar. Kau ingat manusia ini sempurna ke? Takkanlah diorang tak buat silap sikit-sikit time nak menulis, kan? Agak-agak time tengah sibuk-sibuk tulis maklumat atas baucer sekali ada orang mengganggu, so secara lumrah alam, si penulis pastinya boleh terbuat silap kalau dia tidak fokus. So kau nak salahkan garisan sempang yang ada sebab nak betulkan kesilapan itu sebagai penyebab baucer direjek? Wey come on siak, habis kalau kena rejek, aku dah tak boleh pakai baucer tu lagilah kat mana-mana? Takkan aku tak dibenarkan TERbuat silap dan salah sekalipun? Even gomen sendiri banyak buat silap dalam mentadbir, tapi gua tadehal pung. Gua siap memberi kemaafan lagi. Sebab aku sedar, manusia mesti buat silap, here and there, tanpa mengira waktu. Thus, tersalah menulis nama atau IC itu seharusnya dimaafkan.


Ketiga, mana-mana kedai buku yang too practical sampai nak beli buku guna baucer pun kena isi borang segala adalah tidak wajar dan tidak patut serta menyusahkan semua pihak. Untuk apa kau buat dokumentasi sebenarnya? Takut sangat kena tipu dengan student? Hello, once the vouchers tu semua dah selamat berada di dalam pegangan pihak korang, seharusnya korang tak perlu risau lagi. Just redeem je dengan gomen. Diorang layan saja. Ado ko gomen nak check satu persatu details students atas baucer tu semua? Kejadahnya, banyak kot? Ada masa pulak!


Keempat, kedai buku yang insists on seeing the students' matric cards memang membuatkan aku #facepalm laa. Seriyesly, bukan semua students bawak matric card ke hulu ke hilir. Lagipun, what's the use of matric card if there is already an identity card as a prove? Tak cukup ke no IC yang tertera di baucer sama dengan IC yang ditunjukkan? Haruskah kau melihat kepada matric card lagi? Menyusahkan, tahu?!


Kelima, sepatutnya nombor siri di atas baucer yang telah direkodkan oleh pihak universiti/kolej/sekolah dengan nama pelajar tersebut boleh membuatkan voucher itu valid WALAUPUN ada kesilapan tulis nama ke apa. Kalau tak, buat apalah si kerani pejabat susah-susah sebut nombor siri baucer tu kuat-kuat hanya untuk bagi kitorang catat dalam buku rekod. Tapi lepas tu, bila nak pergi kedai buku, nak tengok itulah, inilah. Bangang gila!


Aku rasa aku tak ada kritikan keenam. Bagi aku, sepatutnya Baucer Buku 1 Malaysia itu memudahkan dan menyenangkan para pelajar tetapi akhirnya, niat suci murni pihak gomen terkubur begitu sahaja tatkala ramai gila pelajar terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah antaranya seperti yang dinyatakan di atas. Itu belum cakap pasal pelajar yang tak dapat baucer langsung sebab baucer dah habis. Haa, kau nak jawap apa haa?? Tapi itupun kalau betul-betul habislah, bukan kena songlap dek orang-orang dalam pejabat >:(


Bagi aku, tak perlu nak praktikal sangat. Kau lantak pi dengan penjualan baucer ke apa. Apa ko pedulik? Itu hak diorang nak buat dosa. Sebab diorang tak amanah dan tak jujur, biarlah nanti akibatnya diorang yang kena. Kita tak payah nak sibuk-sibuk, baik kau sibuk pasal PRU-13 lebih bagus!


Pastu, baucer ni, tak payahlah nak skema sangat. In the end, gomen still give you the money meh. Kalau gomen tipu, kasi pakat ramai-ramai buat bantahan ke petisyen ke apalaa wahai pekedai-pekedai buku! Janganlah kau kasi alasan itu ini sebab takut gomen tak bayar. Kalau betul kau takut, apasal kau pergi participate dalam kempen Baucer Buku 1 Malaysia ni? Kenapa kan? Kalau takut rumah dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai. Haa tengok sampai aku pun dah berperibahasa dah sekarang -____-


Yes, aku banyak bebel tapi aku apa pedulik! Aku bengang dengan tindakan-tindakan tidak relevan pekedai-pekedai buku serta gomen amnya. In the end, korang jugak dapat untung, pekedai dapat duit dari gomen, dan gomen insya ALLAH maintain seats masa PRU-13. Tapi bila ada benda-benda macam ni, kau ingat kau dapat keuntungan lagi ke?


Aku malas nak jawap. Korang pikirlah sendirik. Aku yang pro-kerajaan pun dah bising, baik korang do something laa hoyyy! Marah balik kat semua pekedai-pekedai buku yang gedik, demanding serta childish itu.


Sekian, terima kasih!

Saturday, February 25, 2012

Thr truth about UNIMAS.

Assalamualaikum.


I hope the picture I'm posting here gonna clear things out about Semenanjung people perception's on Sabah, Sarawak and Borneo as a whole. Sometimes, I feel like these Semenanjung people are too proud of living in the Wast part of Malaysia. It's like they're the only ones who are blessed with modernization, and being able to live perfectly in a stone house (rumah batu, geddit?). But when Sabah or Sarawak is being mentioned, spontaneously they will ask on quite a stupid question, such as, "Are they living in a tree house?" or "Do they w
ear only the underwears?". Seriously people, are you that dumb enough not to know well about your OWN country or do you don't care enough about the other parts of Malaysia? Stop portraying yourself as an idiot, period.


Anyway, I'm going to write alternately in English or bahasa, depending on my ability and skills. Sebab kadang-kadang tengah tulis laju-laju (or in my case, taip laju-laju) tiba-tiba terlupa that one word yang biasa digunakan, memang boleh potong stim nak praktis English. Memang aku mudah putus asa. Dan aku juga mudah mengalah. And these two habits are not good for me. In fact, boleh menjatuhkan kot? Bukan kot lagi dah, memang YA! :O




So here's the picture. About UNIMAS. A place I used to live and study there. Meeting new friends, some are awesome, some are not. Some menyakitkan hati macam nak mati sampai sekarang terkenang-kenang -____- But the awesome friends remain, yet yang biasa-biasa tu sekadar buat meramaikan rakan-rakan di FB. Bunyi kedengaran kejam tetapi setakat baca status mereka tapi no response, no contact what-so-ever, aku pun keseganan nak mengaku kawan. Mungkin saudara sesama Islam, kot? ;P


I hope this picture will make you realize that UNIMAS or Sarawak and Sabah is not that rural okay? Bukan kolot pon. Malahan dia sama je macam other states kat West Malaysia. Kalau namanya bandar, memanglah hype dan urban tempatnya, kalau namanya kampung, takkanlah kau still expect modernization? So jangan jadi judgemental or berat sebelah sangat. Or simply said, janganlah menunjukkan kebodohan. Agak-agak tak tahu pasal Borneo, kajilah pasal pulau tu. Korang kan suka Google? Kalau Google retis-retis boleh, tapi nak Google pasal negara sendiri tak mahu? Sedih aku tengokkan gaya macam tu tsk tsk.


Sekian, aku tak tahu lagi dah nak membebel apa ;)


Bye!


P.S: Aku rasa Sarawak awesome dengan kek lapis mereka. Dan keharmonian mereka hidup secara majmuk dan berbilang kaum, etnik dan agama :')

Random orang kahwin.

Assalamualaikum.


Dah tajuk entry pun ada perkataan random, so nak post on any random time pun boleh. Sekarang sudah pukul 2.10 pagi di saat aku tertiba nak post ini entry. Actually, aku more kepada nak share sat
u gambar neh. Sangat sweet. Super sweet. Serious sweet!


Okey, apakah yang sweet kali tiga ini? Apakah apakah apakah? Mestikah anda tertanya-tanya? Hikhik.


Okey (aku memang suka cakap okey lalala ~), sebenarnyakan aku nak post suatu gamb
ar ini. Eh tadi dah cakap gambar, so mana gambarnya? Alright, straight to the point laa senang. Sila enjoice gambar di bawah dan nilailah sendiri sweet kali tiga mengikut tahap penilaian anda sendirik ;P




Okey, akhir kata gambar ini memang sweet kali tiga. Maksud aku, ragam ahli keluarga serta pasangan pengantin itu sendirik. Bukannya sweet si Lisa SuriYusri :D


Sekian, terima kasih!


P.S: Mendoakan sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga agar diredhai dan diberkati oleh-NYA masjid yang dibina agar berbekalan hingga ke Jannah, insya ALLAH amin ^^

Alhamdulillah ;)

Assalamualaikum.


Holla people :)


Long time no see, right? It's been a few days since I last updated. There are lots of updates from fellow bloggers that I have missed. And this is among the sacrifices that I need to face since I have more responsibilities to handle being a university student. Somehow, being a full-time blogger was not in the picture. Maybe part-timer, more like it? ;)


Anyway, sorry tetiba I speaking English youuuu ~ Since aku baru tersedar yang English proficiency aku sudah semakin merundum. Kiranya macam aku sudah tak terel lagi nak speaking speaking ni. Bila nak cakap English je mulalah lidah ini terbelit-belit. Terketar-ketar lutut, menggigil satu badan sebab nak mengungkap satu perkataan English pun terasa begitu sukar. Betapa jauh bezanya aku yang dahulu dengan yang sekarang T____T Sebab dulu kalau nak cakap English tu aku rasa macam tak kisah, langsung tak pedulik dengan pronunciation yang kedengaran loghat orang Melayu sangat atau susunan tatabahasa yang tunggang terbalik. Tapi sekarang? Sekarang?


Sebab itu aku dah buat satu harapan baru untuk menghabiskan at least 10 English novels dalam tahun 2012 ini. Tak kisahlah genre apa, I tak kisah. Janji dalam bahasa omputih. Sebab hanya itu sahaja cara yang aku mampu lakukan untuk improve my English speaking skills.


Sebab nak harapkan presentation? Memang mimpilah. Since majority of my classmates are much more comfortable with presenting in bahasa Melayu. Itu sangat mengecewakan, actually. Tetiba aku teringat dekat kawan-kawan di UNIMAS, whom even though they have difficulties in speaking English, but at least they tried. Salah sebutan pun salah sebut laa, janji wa present in English! And that's the s
pirit yang tidak ada di dalam diri majority of my current classmates. Dan majority itu juga berbangsa Melayu.


Okay, walaupun dulu dekat UNIMAS pun aku berhadapan dengan masalah ini, tapi bila aku recall balik, seriously, semua presentation subjek wajib adalah di dalam English. Tapi di UTM berlainan pulak. Lecturers pun macam tak kisah aje kan students tak cakap English. Lain kot dengan UNIMAS. Lecturers siap tegur-tegur lagi kalau lidah terbelit nak cakap bahasa ibunda jugak. Sampaikan ini membuatkan aku terfikir dalam-dalam, UTM bukan kecil-kecil anak. UTM kira among the top universities in Malaysia kot? But why does perkara seperti kebolehan berbahasa Inggeris tidak dititikberatkan?


Ya, mungkin orang akan bagi reasons yang kita perlu memartabatkan Bahasa Melayu kita. Banggalah sikit dengan lingua franca ini. Sama macam those peeps in Japan and also France. Tapi berpijak di bumi yang nyata ini, kita sebenarnya masih lagi jauh compared to these two countries. Diorang punya references also literatures dalam bahasa sendiri sangat banyak okay? Rujukan diorang amat mudah didapati di dalam bahasa ibunda sendiri. Tapi kita tak banyak. Berapa kerat buku Sumber Manusia yang aku boleh jumpa di Malaysia ini? Jawapannya, sedikit. Kalau banyak pun, balik-balik publishers dan authors yang sama. So takde pertukaran pendapat yang berlaku. Dan kalau adapun, sekadar lebih kepada citation daripada buku English yang di-translate.


Okay. Seriously aku banyak gila membebel. Mungkin sebab dah lama aku tidak membebel kot dalam belog ni.


By the way, kalau korang perasan, tajuk entry ini tak tally dengan apa yang aku dah bebel panjang-panjang ni. Sebenarnya aku nak cakap Alhamdulillah atas kemenangan aku dal
am suatu give away ni. Aku saja-saja join give away dekat Goodreads. So Alhamdulillah, dapatlah jugak aku merasa satu buku free yang bertajuk The Seven Gifts - that came to Earth by John Mellor. I was notified through email. Dan mudah-mudahan ini bukan suatu penipuan sebab aku dah sangat eksaited yaa tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Oleh itu, sekarang aku sedang sabar menunggu dan insya ALLAH around one or two months sampailah buku ituwww. Mudah-mudahan ia sampai dengan selamat ke Malaysia, amin ^____^




Sekian yang ikhlas menulis,
Faten Kiminggo yang genius ;P

Wednesday, February 22, 2012

Tentang cinta.

Assalamualaikum :)


Saya taknak bebel panjang. Tetiba nak share satu puisi ni. Dikarang khas dan khusus hanya untuk saya. Saya tertarik dengan rangkap ini. Sila baca baik-baik :')


Engkaulah yang lembut apabila berlembut
Engkaulah yang keras apabila berkeras


Seriyes okay, saya rasa penulis puisi ini memang benar-benar mengenali saya. Saya rasa macam, "Eh, this is really me!" sambil air mata mutiara bergenang di tubir mata. Rasa sebak dan terharu menyelubungi sanubari. Rasa macam. . . speechless, actually :')


Saya tak mintak dia karang puisi tu, tapi dia karang jugak. Because mungkin sebab saya selalu jugak kot cakap dengan dia yang saya nak something from him. Just a small gesture, dah memadai. Walaupun mengarang puisi adalah bukan kecil sebenarnya. Susah kot nak mencari ilham? Ingat semua orang boleh bersastera?


Anywho. . . To the writer, I really really really appreciate it. In fact, I LOVE IT SO MUCH! ♥


Karya ini cukup indah kerana saya tahu memang ia melambangkan siapa diri saya. Dan juga, siapa saya di hati awak. Terima kasih wahai pencinta diri ini. Sekali lagi, terima kasih! Sekali sekali lagi, okeh ini memang janji last punya! Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi :'P


By the way, kepada sesiapa yang berminat baca puisi penuh tersebut, sila sila sila tekan sini! :)


Sekian.


P.S: I will always love you :))

Sunday, February 19, 2012

Malam Yang Meroyan.

Yoooooooo !


Malam ini aku habiskan masa aku dengan meroyan bagai nak
rak. Aku memekak, aku melalak, aku terpekik, terlolong bagi meluahkan perasaan kuciwa aku sebab sedih dan tertekan esok cuti dah habis. Aku kena kembali ke tempat yang aku perlu berjuang menjadi yang terbaik. Hanya yang terbaik, kalau tak terbaik, boleh jalan.


Okey, sebenarnya part aku memekak, melalak, terpekik dan terlolong adalah tipu sama sekali. Silalah percaya yang aku memang bohong sunat.


Sebab aku meroyan cara terbaik. Cara paling suci *ce
h*. Cara paling mengembangkan bakat aku, ewah.


Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, aku meroyan dengan men-doodle! YAY! Aku berjaya buat dua doodle pada malam ini. Satu cantik, satu tak cantik. Sedih tau dah doodle dengan begitu tekun dan gigih lagi dedikasinya, sekali outcome dia tak cantik. Tak memuaskan hati. Sedih tahu, sedih? *menangis*


Dua-dua doodle tersebut ada gelaran untuk mereka. Setakat ini
gelaran itu memang cukup ngam dengan merekalah. Eh aku ni buat doodle tu macam manusia pulak kan? Anyway, berbalik kepada cerita doodle, satu doodle yang cantik itu aku gelar dia doodle paling sopan hee *tersenyum manis*. Dan doodle yang kedua pulak doodle paling kalerful, sebab kaler dia yang banyak serta ceriaaaa. Tapi doodle yang ini walaupun kaler dia banyak dan ceria-ceria, tetap bagi aku kurang cantik. Aku pong tatahu di mana silapnya :B

Oleh itu, tanpa segan silunya, aku mempersembahkan suatu doodle yang panas dari photoshop CS5 extended *jeng jeng jeng*


Doodle paling kalerful buat masa ini ~


Doodle paling sopan :)


Amacam, amacam? Aku rasa macam nak banyakkan men-doodlelah. Tapi tugasan sebagai seorang mahasiswi sudah pun memanggil. Tidak lupa juga tugasan sebagai seorang presiden kelab. Dan tidak lupa juga tugasan sebagai seorang ahli dewan di dalam dewan parlimen mahasiswa. Dan tidak lupa juga kepada. . . Urm, urm. . . Semua-semuanyalah! Oleh itu, mahu atau tidak, haruslah kurangkan aktiviti men-doodle ini. Nak doodle tu boleh, tapi hanya bila ada kelapangan. Atau agak-agak nak meroyan, doodle ajelaa. Takyah nak tidur aje ;P


Dengan ini, aku nak sambung meroyan aku dengan packing barang kot? Gilalah esok balik tapi belum start packing lagi. Tapi tak kisah pong sebenarnya, rumah I kan dekat dengan unibersiti, kalau tertinggal barang tu calling, calling my mama sudahhhhhh ~


Sekian, terima kasih :)


P.S: Setiap doodle ada watermark. Bajet diri ini hebak, lalalala ~

Saturday, February 18, 2012

Menggodeh laman web Picasa.

Assalamualaikum.


Tahukah anda bahawasanya dahulu saya seorang yang tidak memakai tudung? Baru setahun lebih saya cekal menutup rerambut di atas kepala ini. Sebelum itu, saya lebih bebas tidak bertudung.


Oh sebenarnya dah nak dua tahun kot saya bertudung. Masuk bulan Mac nanti genaplah dua tahun saya bertudung, alhamdulillah :')


Namun begitu, sewaktu era saya tidak bertudung, atau orang kata freehair sebab kononnya lebih glemer kot bunyinya, saya banyak upload gambar-gambar tidak bertudung di Fesbuk, di blog mahupun di Twitter. Tetapi setelah bertudung, saya mula merajinkan diri ini untuk menyelongkar segala ceruk-ceruk yang ada untuk membuang segala gambar yang telah saya upload suatu ketika dahulu. Al-maklumlah kan, orang perempuan ada suatu penyakit ini. Baik bertudung mahupun tidak. Bila sudah ambil gambar, harus upload di mana jua medium yang ada. Seriyes! Kalau boleh nak tempek gambar je kat setiap entry. Haha.


Akan tetapi (sory, ini entry semi-skema), saya ingatkan dengan mendelete entry-entry yang ada gambar freehair, maka setiap gambar yang pernah diupload dulu akan hilang jugak. Alangkah terkejutnya saya bila saya dapat tahu yang gambar tersebut masih ada! Semua gambar itu masih boleh dicapai lagi sekiranya ada orang gedik-gedik carik gambar saya guna laman web Google. Perasaan terkejut tu macam saya tengah pegang kaca, tiba-tiba ada orang bagitahu berita buruk pastu sebab terkejut, kaca tu terlepas dari tangan lalu jatuh menghempas lantai dan berkecai seribu. Haa, perasaan dia macam itu.


Oleh itu, saya tengah cuba merajinkan diri untuk mendelete setiap gambar-gambar saya yang diupload melalui blogger di album Picasa. Sebab saya hanya mampu terfikir tentang cara itu. Susah pun susah laa, nasib baik tak banyak gambar diri sendiri yang saya tempek kat dalam blog ni :D


Fuhhhhh. . . Penat jugak sebenarnya nak delete satu persatu, tapi demi menyelamatkan diri ini, saya sudi bersusah payah dan sanggup melakukan apa jua. Mudah-mudahan usaha saya berbaloi :)


Sekian terima kasih ^___^


P.S: Cekerama pada malam ini sangat menyakitkan hati. Tolonglah, jangan kacau laki orang. Tahulah korang bestfriend forever, tapi dah kahwin. Menciklah cerita cliche macam ni :(

P.P.S: Tapi macam tak faham sangat jalan cerita ni -__-

Memulakan semester baru.

Assalamualaikum.


Esok. Esok hari apa eh? Esok hari Ahad. Hari untuk kita semua bersuka-ria ataupun berehat-rehat. Tapi esok merupakan hari kepenatan aku. Mengapa aku bercakap begitu?


Sebab esok aku dah balik kolej derrrr T_____T Cutiku sudah habis, hari Isnin ada kelas, bermulalah tugasku, sebagai mahasiswi *cuba kau orang baca ikut rentak lagu Alif Satar yang lelaki seperti aku ittuww*


Anyway, seperti biasa, aku takkan sudi untuk balik ke kolej lalu memulakan kehidupan sehari-harian aku sebagai seorang pelajar. Penat tau tak belajar ni? Asyik nak memerah otak aja. Hari-hari pun nak kena belajar. Kang tak belajar, result teruk pulak. Bila result teruk mulalah rasa macam risau, runsing dan sebagainya sebab 1) takut mak kau marah, 2) nanti kau nak kerja apa, dan 3) kau kena bayar balik duit PTPTN kau. Unless kau budak JPA, belajar bodoh-bodoh pun takpe. Gomen baik hati, diorang takkan suruh korang bayar balik duit biasiswa korang tu walaupun dapat pointer bawah 3.00. So, bersyukurlah wahai budak-budak JPA! *sarkastik*


Sekarang ni pun aku dah mula rasa gloomy jep sebab esok dah balik :( Pastu Isnin ada kerja. Pastu Selasa dah start kelas. Sedihlah macam ni. Tak suka, tahu? Ni baru belajar, bila dah kerja macam mana agaknya ragam aku nanti? o.O


Tapi takpelah, selagi masih ada peluang untuk belajar, haruslah aku belajar dengan bersungguh-sungguh kan kan kan? Eleh, aku tulis je ni tak suka, penatlah, apalah, tapi sebenarnya aku suka belajar hehe. Tapi dengan cara aku tersendirilah. Aku tak suka orang paksa aku suruh belajar, orang tentukan apa yang perlu aku belajar dan sebagainya. Sebab kalau macam tu nanti apa pun tak boleh masuk dalam kepala otak aku. Aku belajar mau relax. Kalau rasa dah bosan, nak diselang-selikan dengan tengok movies barang sepuluh minit dua pun aku tak kisah. Aku tak percaya bahawa kalau belajar tu mesti statik je duduk atas kerusi, menghadap buku doploh empat jam. Kalau aku macam tu, alamatnya boleh pengsan mulut berbuih aku -___-


Pastu pastu. . .


Urm okeh aku rasa dah takde pastu. Hilang idea sudah.


Oh ya, aku nak cakap, sebenarnya aku sangat terharu dengan komen-komen anda semua yang memuji doodle aku comel! Seriyes aku terharu tau *kesat air mata guna sapu tangan* Tapi di sini ada berita sedih, aku tak kisah nak bagi orang doodle, sebab aku memang suka memberi *muntah hijau*. Namun begitu, aku sekarang dah nak naik semester, so masa untuk buat doodle kian berkurangan T_____T


Oleh itu, jika anda benar-benar mahukan doodle aku *semangat*, haruslah anda bersabar menunggunya! Jangan risau, I bukan seorang yang kedekut. I tak kisah bagi doodle free-of-charge \(^___^)/


Tapi doodle biasa-biasalah. Jangan kau request aku doodle gempak gaban. Mana mak reti ~


Dengan ini, sekian, terima kasih sebab sudi baca entry ini sampai habis :D

Thursday, February 16, 2012

Doodle Versi Gadis Comel.

Assalamualaikum.


Sekarang dah pukul 2.27 pagi. Biasalah, gene burung hantu dalam diri ini terlalu kuat, oleh itu, aku pastinya tidak mampu tidur awal. Oh tidak, bagaimanalah aku bakal menghadapi hari-hari perkuliahanku di semester baru pada minggu hadapan? Mampukah aku tidur awal dan bangun awal juga? Atau aku harus bersengkang mata dari malam hingga ke pagi sebab takut terlajak tidur? Oh oh oh *tertekan* T_____T


Anyways, ada orang request doodle kannn? Siapa eh? Adalah budak tu. Dia tu budak lepasan SPM, sekarang tengah berdebar dada dup dap dup dap sebab tunggu result pada 22 Mac lettew. Oleh kerana dia budak lepasan SPM, dia ada banyak masa lapang untuk bersuka ria dengan happynya. Oh adik manissss, untungnya dikauuuu *ayat jeles*!


Sedangkan aku, cuti-cuti semesterku bakal berakhir. Minggu depan aku bakal memulakan semester baharu, iaitu semester 4 di IPTA paling selatan di Semenanjung Malaysia. Siapa nak tahu universiti tu sila rujuk kat Encik Google. Sila jangan malu, jangan segan. Encik Google tak pernah penat nak layan kerenah korang, ahaks ;P


Oh tanpa memanjangkan cerita, aku pun merajinkan diri untuk buat doodle yang di-request. Dah adik manisss tu hari-hari pun merengek kat aku, "Nak doodle, nak doodle ~", maka aku selaku seorang kakak yang ramah tamah *muntah kaler kelabu* pun bermurah hati nak tunaikan request dia. Tapi aku agak sedihlaa kan, sebab dia ni pergi request doodle dekat aku. Bajet aku macam pandai buat aje kan? Cubalah request doodle kat blogger yang dah otai dalam arena seni men-doodle, mesti dia punya permintaan tu macam tak dikuciwakan sangatlah. Harapkan aku, aku punya pun ibarat tahi. Eh tak tak, hina sangat tu tahi -__-


Okey, karya aku macam budak-budak umur 2, 3 tahunlah kan? Yang kau bagi dia krayon pastu kerja dorang hanya tahu buat mural kat dinding. Alangkah menangisnya ibu bapa bebudak itu melihat di
nding yang suci bersih tetiba ada mural anak mereka. HAHA! Moral of the story, sila gunakan Nippon Paint sebab nanti segala kotoran boleh dicuci dengan air sahaja. Mudah! Ini pun berdasarkan iklan diorang ah kan. Aku pun tak pernah try lagik :B


Okey banyak gila bebelan aku. Mana doodlenya pon aku tak tahu.



Okey (berapa banyak okey haa?!), tanpa melengahkan masa lagik, jom tengok beberapa doodle aku dalam masa sehari ini. Cewah, sehari je kau buat doodle. Percayalah!


Ini untuk Miss Zakaria's Daughter. Harap dia berkenan.


Ini Olen. Kawan baik dekat SAMURA. Lagi-lagi budak SAMURA kan? Haha.


Okey (urghh, stop cakap okey hsfdqoig!!), apa pendapat korang terhadap doodle aku? Ada pertambahan emosi kemahiran yang berlaku atau tidak? Atau makin lama makin poyo, macam nak suruh aku berhenti aja daripada arena seni men-doodle?


Eh serius, aku betul-betul mengharapkan komen ikhlas korang. Tapi
janganlah sesuka hati sangat mengkritik. Nanti sedih aku tau. Aku menangis kang, siapa nak pujuk? Tak baik tau melukakan hati saudara seIslam, Tuhan marah tau. Haa :3


Dengan ini, akibat ada kerja lain yang ingin dibuat, aku pun menamatkan nukilan aku sampai di sini sahaja.


Sekian, terima kasih sebab sudi baca entry ini sampai habis :D




Babai!




Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #4

Boleh klik untuk pembesaran saiz imej :)

Kek Yang Mencair Di Mulut! YUM!

Holla ~


Hai semua orang. Di sini aku nak tanya suatu soalan, adakah anda semua penggemar kek?


Secara jujurnya, aku boleh cakap aku suka makan kek. Kek is awesome! Kek is gorgeous! Kek is heaven! Kek can bring peace and heal the world, make it a better place, for you and for me and the entire human race ~ *tetiba ternyanyi* =..=



Bila makan kek boleh terus rasa "Ahhhh, indahnya dunia ~" *efek mata anime, bersinar-sinar*


Saat manisan itu mencair di dalam mulut, bagaikan terasa kita melompat tinggi di a
wangan, apa orang putih kata, like cloud nine? Ewah! :D


Sekarang ni aku tengah kemaruk tengok rancangan TV Cake Boss. Dengar nama aja dah tahu, memang tu rancangan masak-masak yang bertemakan kek. Setiap malam, kalau aku belum tidur memang aku menghadap depan TV tengok rancangan tu. Sebab cerita tu start pukul 12.00 tengah malam. Tak tahulah kalau Astro ada buat second tayangan di waktu-waktu lain sebab aku selalunya tak berpeluang nak tengok TV di waktu siang -__- Biasalah, ramai sangat orang nak conquer remote control. Dan kebiasaannya, aku dengan redha berlalu pergi dan menghadap laptop adalah lebih baik. Takpun SMS Encik Gula Hati. Takpun baca novel. Takpun buat ajelaa apa-apa yang menarik di hati hikhikhik. Okeh, gedik.


Mastermind in Cake Boss.


By the way, pembuat kek dalam rancangan Cake Boss tu memang serius kreatif! Serius mempunyai nilai-nilai estetika seni yang tinggi! Kau order je apa jua bentuk kek yang nak, insya ALLAH dia boleh buat. Timbul kekaguman terhadap bakat yang dia ada. Dan aku boleh bet kek yang dia buat tu pun bukan calang-calang rasanya. Mesti sedap, ditambah pula dengan paras rupa (?) kek yang gorgeous, memang meletup-letup ah kan! \(^___^)/



Oleh itu, kepada sesiapa nak kill the time tatkala tak boleh tidur di waktu malam, dan b
agi sesiapa yang melanggan siaran TLC pastinya, silalah pada setiap hari Isnin sampai Jumaat (kot?), nonton rancangan Cake Boss yang semestinya boleh buat anda tertawan dengan setiap kek-kek yang dihasilkan *cakap dalam satu nafas*!


BUMBLEBEE (>___<)


Pastinya anda akan berasa terhibur melihat kek-kek yang out of this world dan gorgeous tersebut. Sekian, terima kasih ^^


P.S: Saya dapat request doodle daripada adik manisssss yang nama timang-timangan dia Zakaria's Daughter. Semoga dia boleh bersabar dengan saya yang macam siput bila berkarya ni. Hikhik.

P.P.S: Apasal gedik guna saya? -__-

P.P.P.S: Sekarang dia tengah buat kek kereta mayat T___T Apa kejadah punya permintaan customer? *facepalm*

Monday, February 13, 2012

The Valentine's Day.

Assalamualaikum semua orang.


Esok Valentine's Day. Siapa yang sambut, sila angkat tangan laju-laju! *toleh kiri, toleh kanan* Eh, macam takde yang nak sambut pulak! BAGUS! \(^__^)/


Actually aku pun tak sambut VDay. Bagi aku buang masa, dan buang duit. Banyak tau nak sambut-sambut dalam setahun ni. Hari jadi lagi, hari ulang tahun lagi, hari peringatan kali pertama berjumpalah. Haish, pendek kata, macam-macam. So daripada buang masa dan buang duit sambut VDay, baik aku duduk rumah sambil sambung donlod banyak-banyak drama The Vampire Diaries. Oh by the way, semua original vampires adalah sangat hot dan gorgeous! Me love Niklaus the most *mata bersinar-sinar* Oh ya, mesti kome yang tak tengok The Vampire Diaries agak terpinga-pinga dengan statement ku ittuww. Maaf :3


The originals \(^__^)/


Cuma satu tak sedap pasal VDay yang bakal berlangsung esok hari adalah apabila rata-rata kawan Fesbuk aku beriya-iya nak letak status, "Saya orang Islam. Saya tak sambut Valentine's Day." Namun syukurlah, jumlah orang yang sibuk bagai nak rak post status macam ni mulai berkurangan.


Sebab bagi aku, kau tak perlulah nak canang satu dunia yang kau tak sambut VDay. For what, seriously? Aku pun tak sambut, tapi aku takdelah nak share wall post itu, letak status ini dan sebagainya. Kita semua sedia maklum VDay itu haram disambut. Titik. Noktah.


Tak perlu untuk kita mengungkit perkara yang sama berulang-ulang kali, saban tahun. Lagipun, kalau kau post status macam tu dalam Fesbuk, pastu semua kawan-kawan kau sepesen perangai dengan kau, adakah dakwah kau akan tersampai? Obviously tidak. Kau nak berdakwah, tolong berdakwah kepada golongan yang kau yakin akan sambut VDay esok, bukan kepada kawan-kawan yang sealiran fahaman dengan kau, kot?


Dan bagi aku, cara kau letak status tu pun macam kau nak bermegah dengan kebaikan kau yang tak menyambut VDay. Perlukah engkau berbuat demikian? Perlukah? Sekali lagi, perlukah?


Bagi aku, itu semua tidak perlu. Cukuplah dengan engkau sendiri tahu kau tak sambut VDay. Sebab kalau betul engkau tak sambut, orang lain tak perlu tahu. Yang penting DIA Yang Maha Mengetahui itu tahu memadailah, bukan?


Sekian, nukilan ikhlas daripada diriku Cik Kiminggo yang tak hot tapi genius ;P


*peace*

Sunday, February 12, 2012

Doodle Versi Lelaki.

Assalamualaikum.


Sekarang ni tetiba mood untuk men-doodle dah jatuh. Bukan sebab down asyik lukis tak berapa nak jadik. Sebenarnya agak berbangga jugaklah sebab diri ini dikurniakan bakat untuk melukis
*kembang kuncup hidung* :P Cuma bila dah takde mood tu, nak bukak photoshop nak doodle pun malas. Kenapa tetiba takde mood pun aku tak tahu. Pelik jugak, baru 2, 3 hari aku dah bosan, aku dah bosan, aku dah bosannnnnn :O (tapi sebenarnya takdelah bosan mana, kejap je ni, kot?).


Anyway, di kesempatan yang ada, aku nak sharing-is-caring dua doodle lelaki yang aku dah berjaya buat. So far aku boleh cakap dengan tanpa rasa malu bahawasanya aku memang tak pandai langsung nak lukis karakter lelaki! Ini sangat serius. Setiap kali nak lukis karakter lelaki mesti rasa dup dap dup dap punya berdebar sebab tahu dia punya outcome mesti takkan secomel karakter wanita *ehem ehem*. Oleh sebab itu, aku pun rasa, selepas ini kalau boleh aku nak lukis karakter wanita je. Laki, boleh belah *ececeh*.


Oleh itu, sila tatap doodle aku ini menggunakan layar penglihatan yang anda ada. Tengok, jangan tak tengok!


Doodle lelaki pertamaku.


Doodle lelaki keduaku. Macam lebih comel daripada yang first. Hehehe.


Apa macam? Sangat tak comel compared to the girls kan kan kan? Oh by the way tetiba aku terkejut dengar suara orang perempuan. Ingatkan hantu mana tiba-tiba singgah. Rupa-rupanya suara Heidi Klum sebab aku bukak Project Runway kat Youtube *tetiba*.


So aku rasa karakter lelaki aku sangat tak comel dan sangat tak awesome macam doodle para wanita. Oleh sebab itu aku rasa down dan mula malas nak main dengan photoshop. Aku lebih banyak membaca novel sikalang. Novel apa? Novel bertajuk Cinta Kembali Bertasbih. Yep, you read it right. Cinta Kembali Bertasbih karya A. Ubaidillah Alias, bukannya Ketika Cinta Bertasbih karya Pak Habiburrahman itu ya. Sila mengerti! *baca mengikut slang orang indo*


Novel ini skema, memang kesukaan aku. Al-maklumlah semenjak tua-tua ni aku memang dah makin skema. Makin tak pandai nak buat itu ini sangat *batuk sambil urut dada*.


Apa yang aku suka pasal novel ni sebab dia macam mengajak aku mencari erti ketuhanan dan kehidupan dalam berkasih sayang dan bercinta-cinta. Kasih sayang dan cinta itu sebenarnya sungguh luas nak oiii! Ni bukan love-love untuk Encik Gula Hati seorang tapi untuk semua manusia khususnya, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Cinta ini sebenarnya mampu membawa keamanan. Tapi disebabkan kita terlampau mengejar duniawi yang tidak diseiringkan dengan ukhrawi, oleh itu kita mula berpecah-pecah dan berperang-perang. Hey, sedih tahu tak? *menangis*


Oleh itu, spread tanpa henti. Nescaya kita semua akan aman, akhirnya.


With this, thank you ;)

What I Love And Hate About Bazar Karat.

Assalamualaikum y'all! :)


Hai peeps. Selamat hari Ahad. Semoga hari ini anda dapat berehat dengan sebaik-baiknya sebab esok hari Isnin, anda akan kembali bekerja dan jugak bersekolah bagi yang berkenaan. Kecu
ali aku, sebab aku masih ada lagi seminggu waktu bercuti dekat rumah. Tapi hari Isnin depan dah naik semester dah wuuu T__T Hai, jauhnya memikir ~


Anyway, semalam aku pergi Bazar Karat, dengan niat untuk mencari benda-benda yang awesome. Dan benda-benda yang awesome dalam ruang lingkup pemahaman aku adalah pakaian-pakaian yang cantik dan comel belaka. However, memandangkan aku ini agak berisi (agak ke vanyak eh? :B), oleh itu, ruang lingkup pakaian-pakaian cantik dan comel yang boleh dibeli adalah terhad dan terbatas. Sebab seriyesly, zaman sekarang, kat kedai ke even pasar malam sekalipun, baju yang cantik adalah untuk orang-orang yang super skinny atau budak sekolah yang masih belum sempurna dewasanya :B Habis orang yang berisi macam aku ni dinafikan hak untuk berpakaian cantik? *ewah, emo lebih*




Tapilah kan, bagi aku, semua ini tak patut. Kita terlalu menggalakan orang-orang perempuan menjadi super skinny tanpa ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh mereka. Kadangkala aku tengok mereka yang super skinny tu dah macam tiang lampu bergerak *gelak evil* sebab langsung tidak berbentuk. Mungkin ada yang bagi alasan kalau kurus takde penyakit. Well, how wrong you are. Even the most super skinny person may have health issues ya kakak-kakak dan adik-adik sekalian. Dulu aku pernah baca pasal lemak tersembunyi in a super skinny person. Meaning that, apa yang mereka sangka otot dan daging rupa-rupanya adalah lemak yang terkumpul di dalam badan. Dan lemak tersembunyi tersebut juga sam
a bahayanya dengan lemak-lemak yang tidak tersembunyi. Haa, begitulah pemahaman aku ya?


Lagipun, perempuan yang super skinny orang kata susah nak beranak nanti. Itu aku tak taulah kan, sebab aku sendiri pun belum pernah merasainya. Haruslah soalan itu dirujuk kepada ibu-ibu yang sudah pun melahirkan anak ~ :B



Okeh, kenapa entry aku yang sepatutnya bercerita pasal Bazar Karat yang awesome tetiba terkeluar cerita ibu mengandung pulak? -__-




Back to the story, semalam aku pergi Bazar Karat. Dan tetiba semalam jugak time tengah jalan-jalan satu Bazar Karat tu aku terdapat suatu inspiration nak buat blog entry pasal tempat tu. Manal
ah tahu, ada pihak yang membaca entry aku then terus ambil tindakan sewajarnya *ececeh*.


Mula-mula sekali, biarlah aku bercerita pasal "What I Love About Bazar Karat" :)


Firstly, aku suka Bazar Karat sebab kat situ semuaaaaaa pun ada! Dan apa yang dijual kebanyakannya unik-unik belaka, yang susah kau nak jumpa di kedai sekitar JB. Namun begitu, tak semua barang yang unik senang-senang gituh aja terpampang di depan mata kau. Haruslah kita yang ingin mem
beli itu ronda-ronda dengan kesabaran dan ketabahan yang jitu di dalam diri. An advice, jangan bawak orang yang tak suka berjalan ke Bazar Karat haha. Sebab when you are trying to find some unique peace, in a crowded place, you will need a lots of time just to get from one booth to another. Kalau orang tu tak suka berjalan, dah tentu-tentulah baru 10 meter kau gerak, dia dah ajak balik. Memang spoil the day ajelaa itu orang. So kalau nak jalan-jalan Bazar Karat, sila ajak aku! ;P


Secondly, barangan yang dijual kat Bazar Karat ini bolehlah tahan murah. Tapi takdelah semurah mana, bolehlah kurang RM10-RM15 daripada actual price di kedai-kedai. Kau orang kena pandai tawar menawarlah saat-saat ingin membeli. Kalau betul-betul nak beli, make sure kau duduk je dalam kedai tu lama-lama dan buat si penggerai tu rasa serba salah sebab tak sudi nak kurangkan harga. Haha jahat aku neh :P




Third reason. . . Hurm, aku rasa dua tu udah cukup untuk memberitahu sebab-musabab kenapa aku suka Bazar Karat :D


Cuma Bazar Karat ini satu kekurangan dia bila ada kereta-kereta yang melalui satu jalan yang ada menempatkan booth-booth. Kiranya tu macam jalan utamalah untuk Bazar Karat. Aku rasa pihak berkuasa macam MPJB harus mengambil tindakan bagi membendung masalah ni. Perlukah kereta-kereta tu semua lalu jugak kat jalan yang ada ramai orang tu? Wajib ke? Macam tak ada jalan lain? Kalaulah si pemandu kereta tu penggerai takpelah jugak, tapi diorang pun pengunjung jugak, just like me!


Lepas tu menyusahkan semua orang nak bagi laluan kat mike jalan situ. Sedangkan jalan yang luas macam tu dijadikan kemudahan bagi pengunjung berjalan dengan selesa tanpa perlu terlanggar-langgar orang yang crowded tu. Tapi tak, thanks to those drivers, mereka dengan bangganya lalu di situ. Sampaikan aku rasa, mentaliti rakyat JB begitu rendah eh? Takkanlah takde suatu rasa hormat sekalipun kepada pengunjung yang jalan-jalan kat situ? Yang pergi Bazar Karat bukan sekadar muda-mudi, bahkan orang-orang tua pun ada, budak-budak kecik yang baru pandai berjalan pun ada. Dan golongan ini bukanlah boleh jalan laju macam kau yang masih berusia belia. Ish, MBJB ke sesiapa yang bertanggungjawab pun perlulah block jalan tu. Kau jugak kaut untung dengan sewaan tapak booth, lepas tu kau tak bergerak nak jaga keselamatan pengunjung? Heyyy! Geram betollah! :(


Dan itu menukilkan "What I Hate The Most About Bazar Karat". Those drivers, yang tidak begitu pandai dalam menimbang tara sifat-sifat perikemanusiaan *ceh*. And also to the authority, yang hanya tahu mengaut untung sewa tapi takdak apa-apa tindakan bagi mengawal keselamatan pengunjung.


Sekian sudah daripada aku yang dah banyak membebel, terima kasih :B


P.S: Orang Malaysia ni, bila dah kena tegur baru nak bertindak. Samalah macam aku. Hoho.

Friday, February 10, 2012

Semut pun pandai jaga kesihatan. Eh?

Assalamualaikum!


Salam hari Jumaat! Mula-mula sekali aku nak cakap kat sini, Happy 10th Monthsary wahai Encik Gula Hati. Dah sepuluh bulan dah kita bermadu kasih *ececeh*, lagi dua bulan aje nak masuk setahun. Berdebar rasanya hati ini. *mood jiwang*


Anyways, pernahkah anda semua mendengar ayat berbunyi begini, "Di mana ada manisan, di situ adanya semut?"


Kalau tak pernah dengar sekalipun, mesti engkorang penah mengalami kejadian seumpama itu kan. Asal letak je benda-benda manis, mesti ada aja semut yang datang bertandang selang 4523467 saat kemudian. Macam tau-tau aja kan kita nak makan/minum benda manis? Apa hidung diorang mesti ada censor eh boleh bau dari jarak bermeter-meter jauhnya akan kemanisan itu? Sampai kita nak makan benda manisan pun rasa ralat bila tengok penuh semut berkerumun. Bila tengok semut yang mini banyak-banyak, kadang-kadang bole menimbulkan rasa geli-geleman pulak. Pastu mulalah terbayang diorang bergerak seiring dan sejalan secara berjemaah. Aahhh, geli gila laa hoyh! :O *naik bulu roma tengkuk*


Namun begitu, semut yang mempunyai taraf penduduk tetap kat rumah aku ni kira pelik sikitlah. Bukan setakat manisan je diorang sapu, dengan air masak turut menjadi mangsa. Perasaan down tu menjelma bila tengah suka-suki nak minum air sekali tengok ada semut sedang berenang-renang di dalam balang air. Aku musykil jugak, sama ada semut tersebut minum air masak tersebut atau beranggapan itu swimming pool mereka? -__-


Oleh itu, bagi mengambil langkah yang efektif, aku pun dah mula kurang-kurangkan masak air dalam kuantiti yang banyak. Biasanya kalau nak air suam, just masak air sikit dan letak air. Mudah macam belajar A, B, C! Sebab aku tahu, kalaulah aku simpan air masak banyak-banyak pun nanti buat rugi aja ada semut sedang sibuk buat kuak lentang ke gaya bebas dalam balang air. Sedih tau tak? *menangis dalam hati*


Lagipun tak elokkan minum air yang dah dicemari oleh semut. Nanti mudah lupa. Karang tak pasal-pasal muda-mudi dah jadi pelupa pulak. Sob sob.


Sekian, terima kasih!

Doodle lagi!

Assalamualaikum.


Sekarang dah pukul 3.08 pagi pada tarikh 10 Februari 2012. Bertemankan bunyi-bunyian yang terpancar daripada peti televisyen, aku khusyuk menulis entry ini sebelum aku menutupkan mata untuk beradu barang beberapa jam.


Akibat mengantuk, aku tak rasa aku nak membebel banyak-bany
ak. Oh ya, tetiba baru kejap ni keluar iklan mentor kat TV3. Mentor Ramlah Ram. Aku rasa kelakar bila akhir sekali dia sebut rupa paras tak penting. Kelakar doh. Ini semua gara-gara Black yang dulunya hodoh tapi sekarang muka dah licin. Tapi masalahnya Black ada bakat, si Mohamad yang dulunya protege siapa entah, ke Shark ek? Tu semua langsung ke laut. So bagi aku, hanya Black seorang yang dahulunya tiada rupa paras yang memang betul-betul ada bakat menyanyi.


Okay, mata dah berat sangat dah ni. Oleh itu tanpa melengahkan m
asa, sila jamu mata anda dengan hasil doodle aku untuk dua orang insani yang masih belia remaja. Sorang nama dia Eno, kawan dari SAMURA jugak. Dan lagi seorang kawan kepada Nezha tadi. Sungguhpun aku tak kenal dia, tapi orang dah meminta, tak baik menghampakan harapan dia, ya tak? Ciwah ;P

Nama dia Eno.


Nama dia Apip.



Akhir kata, aku rasa doodle aku makin okay laa kan? Walaupun dia nampak kaku macam takde soul and life *ececeh*. Tapi tak mengapa, sebab aku ada semangat yang jitu untuk terus berusaha lebih gigih lagi agar aku master buat doodle dalam masa seminggu terakhir cuti pertengahan semester ini. Semangat juang, semangat juang! ^o^


Dengan ini, sekian terima kasih :)


P.S: Drama Wolf kat TV3 sekarang ni agak memekak. Harap maklum.

Thursday, February 9, 2012

Berkarya itu seronok sekali! ^__^

Assalamualaikum :)


Hai nama saya Nezha!



Amacam, comel tak doodle tersebut? ^^ Doodle di atas dibuat oleh aku untuk kawan aku since SAMURA. Tetiba tak pasal-pasal dia post kat timeline aku mintak buatkan sebab tertarik dengan default picture aku. So aku dengan baik hatinya buatkan satu untuk dia. Nasib baiklah dia berkenan :))



Anyway, aku rasa tahap kebolehan aku menggunakan photoshop semakin bertambah baik, alhamdulillah! Bagus jugak kepandaian aku ni berkembang, sebab nanti sonang naik semester baru ni nak buat poster ke apa-apa ke, tak payah mintak tolong sesiapa. Aku pon dah boleh :D


Al-maklumlah, kalau nak buat aktiviti-aktiviti di universiti nun mestilah kena ada publisiti meluas. Kalau takde publisiti nanti tak dapat sambutan pulak. Dan bagi aku, publisiti yang berjaya bermula d
engan sebuah risalah iklan yang awesome! Dan risalah iklan yang awesome haruslah ada sebuah poster yang gempak dan menarik perhatian! Ini seiring dan sejalan dengan pepatah Melayu kita, dari mata jatuh ke hati. Saat kali pertamaku terpandang poster yang menawan itu, ah terus aku terpikat untuk menghadiri aktiviti anjuran kelab tu! *monolog dalaman seorang mahasiswi*


Namun begitu, aku sedar akan hakikat bahawasanya aku masih lagi jauhhhhhhh jikalau nak dibandingkan dengan para bloggers yang doodle diorang lebih comel dan awesome! Begitu banyak bloggers yang aku suka tengok doodle diorang sampai air liur meleleh-leleh sebab tertawan gila-gila dengan hasil seni diorang. Kadang-kadang aku turut tertanya-tanya, "Macam mana seh diorang buat?", "How do they find time for this, susah kot?" dan sebagainya. Sebab seriyesly, aku buat doodle Nezha tu pun amek 2 jam oke? Tu baru satu doodle. Kalau banyak-banyak? Habislaa T___T


Tapi apadehal nak risau eh? Bukannya doodle ini merupakan ruang lingkup tugasan aku pun kan? Take this as a hobby, and treat it as a hobby too. Jangan jadikan ia priority number 1, okay dear? Sebab aku ni kalau dah suka kat sesuatu memang melekat punya sampai dah bosan tahap muntah kaler turqoise baru stop. LOL!


Oleh itu, bagi mengakhiri entry ini, aku ingin mempersembahkan koleksi header aku dalam masa seminggu ini. Daripada seburuk-buruk header, hinggalah ke header terbaru yang aku rasa bolehlah tahan hee. Tapi inipun kalau aku tetiba datang angin lain memang aku tukar lagilah header tu ahax!


Header kedua selepas sudah tahu seni men-doodle!


Header ketiga. Aku rasa doodle yang ini tak comel HAHA.


Latest header! Hangat di pasaran :D


Ini Encik Gula Hati punya belog. Supposedly nama blog dia encikfaiz, bukan masterfaiz. Tapi aku terletak pulak nama blog kedua dia. Huhu :3


Sekian, terima kasih atas kesudian membaca entry sampai habis ^,^

My Blog Is Super Awesome Comel!

Assalamualaikum ^^


Kepada semua orang, saya telah di-tag secara rasminya oleh Cik Ayuni, adik manissss untuk join contest ini, iaitu *jeng jeng jeng*;


"MY BLOG IS SUPER AWESOME COMEL!"
*tabur confetti*



Bagi memenuhi syarat-syarat penyertaan *cewah*, maka berikut merupakan sebab musabab mengapa saya rasakan belog diri sendiri ini super awesome dan super comel. Blog saya super awesome comel adalah kerana . . . (sila sambung tidak melebihi 1000 patah perkataan) ~


1) Overall rupa paras belog saya boleh dikatakan gorgeous, atau orang Melayu cakap gojes haha!

2) Header blog saya warna-warni, dan merupakan hasil tangan sendirik tau! *bangga, sambil kembang-kempis hidung*

3) Susun atur belog saya simple dan teratur jep. Bak kata orang, sejuk mata yang memandang hikhik ;)

4) Selain itu, belog saya super awesome comel sebab dia ada banyak gambar-gambar Danbo yang saya paling sayangi! Bila ada gambar comel, maka automatically belog turut menjadi comel :D

5) Kat sidebar belog saya ada himpunan buku-buku yang saya suka baca, dan gambar muka depan buku tersebut itu, tatkala dicantum bersama menjadi awesome sangat ^_^

6) Last but not least, penulisan saya yang teratur lagi kemas turut menjadi faktor belog saya ini super awesome comel! *wah, sungguh perasan*


Okay, sebenarnya pihak penganjur hanya mintak 5 sebab aje, tapi saya sangat rajin nak bagi 6 sebab-musabab. Ini bermakna, saya boleh menang, haha! (okey, seriyesly takde kaitan -__-))


Anywho, bagi meneruskan lagi syarat-syarat pertandingan, saya perlulah tag tiga insani lain. Setelah berfikir banyak-banyak kali, saya pun nak tag tiga bloggers berikut atas dasar suka-hati-saya-nak-tag-siapa-pun-boleh :D



Akhir kata, may the best blog win! Wee ^___^

Monday, February 6, 2012

Apa Yang Saya Akan Buat?

Assalamualaikum.


Sekarang saya berasa agak sedih. Tapi bila fikir balik-balik, saya rasa saya bukan agak sedih, tetapi sangat sedih. Faham?


Tapi saya tak rasa untuk berkeluh kesah di dalam belog ini. Tetiba saya macam ada satu good idea untuk tidak merungut atau melepaskan rasa yang terbuku di dalam ini. Tetiba rasa macam, "Why not make a good entry about your sorrow?" *cewah*


Anyway, secara jujurnya perasaan sorrow or sadness ini akan sentiasa membelenggu hidup saya, selagi saya tidak meninggalkan dunia ini. Ini adalah fakta.


Oleh itu, tanpa melengahkan masa lagi, saya nak buat senarai perkara-perkara yang saya akan buat sekiranya tiba-tiba motivasi dan mood saya telah dijatuhkan oleh seseorang.

  1. Saya mungkin akan sms Encik Gula Hati kalau mood saya down diakibatkan oleh ahli keluarga.

  2. Tapi kalau Encik Gula Hati yang mengakibatkan saya down, saya akan cuba online.

  3. Biasanya online merupakan perkara yang saya selalu buat bila saya down.

  4. Kalau tak online, saya akan baca buku. At least, kehidupan buku akan ada happy ending, kot? Itupun kalau baca novel genre Chick Lit laa kan? Hehe.

  5. Kalau tak baca buku, saya akan tidur. Zzzzz. Sedap kot tidur? ;D

  6. Kalau tak tidur, saya akan menghadap laptop dan tengok movies! Yah, tengok movies yang comel-comel dan kelakar-kelakar macam filem How To Train Your Dragon. By the way, Toothless yang dragon paling digeruni jenis Nighfury sangat comel okey? :)

  7. Kalau tak tengok movies, mungkin saya akan menyibuk-nyibukkan diri saya. Saya buat kerja-kerja domestik kebiasaannya. Kemas itu, lap ini, mop lantai, sapu habuk-habuk yang ada. Ececeh, macam rajin sangatttt ~ ;P

  8. Kalau tak buat kerja domestik, saya rasa saya teruskan ajelaa apa yang membuatkan saya down. Saya marah-marah ke, buat muka grumpy ke? Itu lumrah laa kan? HAHA.

Tapi kalau boleh, saya nak elakkan nombor 8 ittuwww. Rasa macam tak syiok tahu jadi pemarah ini? Walaupun begitu, saya kerapkali terbuat nombor 8. Eh eh, ter ke? HAHA.


Maka, itu antara perkara-perkara yang saya akan buat kalau saya rasa moody, down dan grumpy. Rasanya ramai yang akan berbuat benda yang sama macam saya kan? Hee :)


Eh eh, saya terlupa pulak! Aktiviti nombor 9 yang saya akan buat adalah dengan berblogging kemarahan itu. Adakalanya entry tersebut berbaur negatif, tapi di masa lain ada jugak berbaur positif. Kena tengok cara macam mana saya mengawal emosi dan keadaan saya sendiri, ewah :)


Haa. . . Sekarang saya dah rasa okay. Sekarang saya rasa macam boleh tenyum-tenyum lebar. Hikhik, gedik pulak saya eja senyum jadi tenyum ^^ Sekarang pun saya dah rasa, "Lantaklah apa orang nak cakap pasal saya. Saya gemok ke, saya ni badan macam tong ke, ada saya kisah? Selama ini makan pakai saya bukan diorang amek tahu pun kan kan kan?"


Dengan ini, sekian terima kasih.


P.S: Adik perempuan saya suka cakap basta. Saya bukak dictionary.com, baru saya tahu maksudnya enough, stop. Oooooo, baru saya tahu ;)

P.P.S: Saya tak naik Taming Sari :(

P.P.S: Saya tak pergi Jonker Walk pung :3

Sunday, February 5, 2012

Cuti-cuti Melaka! Here I Come!



Assalamualaikum :))


Perhatian kepada semua, aku bakal berangkat ke Melaka kurang daripada 12 jam dari sekarang!! Oleh itu, berkemungkinan besar belog ini tidak akan di-updates untuk beberapa ketika. Eh tapi tak lama mana pun. Dua hari je pun aku MIH (missing in holiday), pastu aku balik, aku nak sambung berjimba-jimba sepuas hati dekat dunia belog. Tak puas lagi membebel huyyyy ~ ;P


Anyways, aku ada sedikit harapan *cewah* sempena pelancongan kali ini sebagaimana berikut. Sama-samalah kita baca ya?


1) Aku harap aku dapat ambil gambar banyak-banyak. Akan tetapi, aku terlupa yang aku langsung takde kamera canggih mahupun tak canggih sebagai medium menangkap imej foto. Oleh itu, harapan ini hanya tinggal harapan wuuu :3 Unless aku cukup berbesar hati nak guna ka
mera 2MP Nokia C3 aku untuk ambil gambar, tapi malulah pulak kan? Orang lain guna DSLR kot! HAHA!


Ini gambar guna kamera mahal! Konfem :)


2) Aku harap rombongan kitorang singgah Jonker Walk. Sungguhpun begitu, aku mungkin hanya boleh berkunjung ke sana sambil menggigit hujung sapu tangan sebab menahan sedih tak dapat beli apa-apa. Al-maklumlah, pelajar biayaan pinjaman PTPTN macam aku tidak mungkinnya berduit bila tengah-tengah cuti macam ni. Lainlah kalau bebudak JPA! Oh bebudak JPA! Kayanya dikauuuuu ~ *nada sarkastik*


3) Aku jugak berharap ibu aku takkan memayung-mayung orang yang tak berkenaan. Bila selalu kena macam ni, aku jadi geram, tahu? Ibu aku tak keja, tapi kau yang keja boleh pulak dengan muka satu sen tak keluar duit bila duduk semeja nak makan. Tak ada ke-malu-an agaknya. Ini bukan semangat kekitaan okeh kalau seorang yang kena tanggung susah, lain-lain duduk goyang kaki, kenyang perut burrrp. Huh! :(


4) Aku berharap aku dapat naik Taming Sari yang pusing-pusing ke atas tu. Lebih kurang 4 tahun lampau, sewaktu awal-awal Taming Sari diwujudkan, aku tak dapat naik sebab semua orang pakat gelojoh gila nak naik menara ituww, macam tak boleh nak tunggu-tunggu! Sedih gila aku dengan ibu kena tinggal berdua tak sempat beratur :( Pastu bila dah turun, semua buat muka tak bersalah macam perkara meninggalkan aku dengan ibu adalah biasa-biasa aje. Cis sungguh!


5) Aku berharap lagi agar tiada insiden-insiden pergaduhan mahupun pertelingkahan kecil atau besar yang berlaku. Selalu sangat dah macam ni, kot? Bila dah happy terlampau mulalah adaaaaa je benda-benda yang tak pueh hati tertimbul. Setan ni dengki gila kot dengan manusia? Asal kita happy, mulalah dia nak cucuh api. Jahat kau setan lahanattttt! Mencik mencik mencik :(


6) Last but not least, aku amat berharap dan berdoa agar perjalanan kami ni selamat hendaknya. Semoga kami selamat sampai Melaka, dan selamat balik Johor kelak. Insya ALLAH :')


Sekian, daripada aku yang tak cukup awesome dan hot tetapi genius haha! Papai!


P.S: Aku memang burung hantu. Woot, woot!

The OH!SEM Tagline Contest oleh Kedai Kiz

Holla Everyone! ^__^


Sekali lagi, ya sekali lagi aku ingin mencuba nasib dengan memasuki satu lagi pertandingan, kali ini dianjurkan oleh Kedai Kiz. Syarat penyertaannya mudah sahaja, cipta satu tagline yang ohsem tahap mega untuk Kedai Kiz tersebut. Oleh itu, sungguhpun aku sedar diri yang aku ini kurang pandai untuk menyusun kata-kata indah, aku try jugak masuk. Dengan harapan, manalah tahu tetiba pemilik Kedai Kiz jatuh
dengan tagline aku tu. Lalu menanglah daku dengan hadiah-hadiah yang super ohsem tersebut. Hikhik ;))


Mungkinkah memang aku pemenangnya? *angkat kening sebelah*


Tanpa melengahkan masa lagi (ahah ayat tahap SPM A1 zaman dolu-dolu), aku ingin mempersembahkan antara ayat-ayat indah, or orang panggil tagline untuk dipertandingkan dalam pertandingan ini! :D


"Anggun & Elegan, Hanya Di Kedai Kiz"


"Elegan Dalam Kesederhanaan Seorang Wanita"


"Bergayalah Dengan Citarasa Unggul Anda"


Hoo. Penat dah nak mengerah otak. Nampak macam aneh-aneh pulak tagline-tagline ku ittuw. Tapi takpelah, kalau tagline ini memikat hati pihak penganjur, menanglah. Kalau tak, tak mengapa. No worries ;)


Anyways, anda semua yang terasa nak join bolehlah join tau? Apa orang kata, baru ada persaingan yang sengit dan hebat-hebat. Kalau taknak join contest pun tak mengapa, sebab nanti lagi mudahlah laluan aku menuju kemenangan. HARHARHAR! :D


Kemudian, aku jugak turut menggalakkan kepada semua orang untuk ushar Kedai Kiz kerana setiap baju yang dijual sungguh awesome dan gorgeous belaka. Harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. Oleh itu, silalah berbelanja di sana dengan sesukahatinya, sekiranya anda mempunyai uang untuk berbuat demikian. Sebab aku seriyesly tengah dalam keadaan kesempitan uang sekarang so sekadar mampu menatap pakaian-pakaian yang indah dengan linangan air mata mutiara *sob*.


Last but not least, semoga pemilik Kedai Kiz jatuh dengan salah satu tagline aku dan pilih aku as the winner yippi! Amin yarabbal alamin!


Dengan ini, sekian terima kasih :) :) :)

Saturday, February 4, 2012

Pretty, Hot and Tempting: Phat Hijabs 2nd Give Away :)

Assalamualaikum.


Ehem, selamat subuh semua. Di keheningan subuh ini, secara sukahatinya
aku telah merajinkan diri untuk berblogwalking. From one blog to another blog, aku baca entry-entry terbaharu dan cuba untuk meninggalkan komen yang bernas dan tampak pintar *perasan*. Ini dilakukan setelah sekian lama aku tidak berblogwalking secara gigih dan berdedikasi. Akibat kemalasan, aku lebih prefer jadi silent reader sahaja. Tapi kau ingat jadi silent reader orang boleh tahu kewujudan kau? Kau silap. Orang tak kepingin langsung tengok stats diorang, kot? Haha.


Anyways, from one blog leads to another, tetiba aku ternampak kewujudan suatu giveawa
y yang dianjurkan oleh sebuah butik shawl online. Dan secara tiba-tiba lagi, aku berasa seperti ditarik-tarik dan dipanggil-panggil untuk menyertai giveaway tersebut. Al-maklumlah, hadiah yang ditawarkan sangat menarik hokeh? Lebih-lebih lagi 1st prize giveaway tersebut. Those shawl dan pashmina sungguh awesome dan gorgeous dan kalau aku pakai pastinya bertambah-tambah marvelous diriku ini *muntah kaler fuchsia*.




Oleh itu, tanpa segan silunya aku ingin mengumumkan yang aku akan masuk berta
nding untuk giveaway yang dianjurkan oleh Phat Hijabs tersebut! (hoyh dah macam ayat nak bertanding PRU-13!)


Sesungguhnya Phat Hijabs memang awesome sebab mereka hanya menjual aneka shawl/pashmina/inner dan macam-macam lagi yang awesome semata-mata. Mana-mana shawl/pashmina/inner dan macam-macam lagi yang kurang awesome mahupun tidak awesome langsung takde dalam stok kedai terbabit. Harap maklum. HAHA.


Okay seterusnya sila lihat gambar di bawah bagi mengetahui hadiah apa yang bakal diterima oleh aku kelak :P


Inilah hadiah yang bakal dimenangi oleh diriku lalalala ;P


Ini pulak hadiah kedua yang bakal dimenangi oleh gadis ayu lain ;P


Last but not least, semoga nasib dan rezeki serta tuah bakal menyebelahi aku tatkala pemilik butik Phat Hijabs ni mencabut undi bagi memilih pemenang. Arrghhh! Aku rasa kena buat semacam suatu mantra ni, "Pick me, pick me, pick me." Dan amal berulang kali sampai tarikh tutup, insya ALLAH berjaya, kot? HAHA.


Sekian, silalah menuju ke Phat Hijabs bagi mendapatkan koleksi shawl yang pretty, hot and tempting tersebut. Aku boleh jamin, sekali membeli nak lagi. Ahaha.


Dengan ini, semoga aku menang giveaway dan dapat shawl/pashmina/brooches cantik! Amin! ^__^

Takde kerja?

Selamat sejahtera.


Di pepagi buta begini, sudah ramai yang mengulit mimpi di dalam lena yang nyenyak. Tapi aku masih berjaga. Bukan tak dapat tidur atau apa, tapi dengan sengajanya taknak tidur. Gedik sungguh. Mentang-mentang dah ada sedikit ilmu dunia nak lukis-lukis dalam photoshop. Habislah lepas ni memang menghadap laptop doploh empat jam sehari pun takpe. Asalkan aku bahagia dapat main photoshop :D *muka bahagia* Namun begitu, perkataan main photoshop terasa janggal sekali bila disebut bersama. Kau ingat itu game? -__-



Anywho, di bawah merupakan suatu lagi karya aku yang agung lagi comeyyyyyy! Taktik memuji diri sendiri ini adalah bagi memujuk hati yang rasa sedih kalau takde siapa yang nak bagi pujian paksa rela mahupun ikhlas haha. So lebih baik aku ngaku artwork *cehhhh* aku cantik sebelum kuciwa dengan komen-komen korang. Eh, itupun kalau ada komenlaa haha ;P


Makan berjam-jam macam susah sangat je padahal senang je ponnnnn :3


So amacam? Cantik tak? Comeyyyyyyyy tak? :3


Yep, aku akui memang masih terdapat banyak kekurangan dari segi teknik mewarna dan melukis khususnya, but hey, this is my second time yawww. Takkan tetiba terus pandai kan bila baru start belajar? Aku bukan segenius itu. Everything perlukan usaha. To make it work, you need to practice hard. Walaupun kau tak mampu mencapai erti perfeksi, tapi cukuplah dengan engkau berpuas hati, berbangga dengan kembang-kempis hidung menguncup dengan hasil karya engkau sendiri. Tak begitu? *ewah aku bermadah*


By the way, tetiba nak terselit cerita lain pulak. Perenggan di bawah ditujukan khas buat seseorang. Harap dia mengerti :')


"Sahabat, aku harap kau dapat tabah dalam menghadapi kesusahan konflik dengan orang-orang yang suka dengki-mendengki dan saling menjatuhkan ini. Aku amat berharap kau akan sentiasa bersikap optimis dan gila-gila walaupun kau sedang mengalami apa yang penah aku lalui dulu. Kau ingat tak nasihat kau kat aku dulu? Ingat tak? Kau suruh aku jangan pedulikan orang-orang yang takkan puas hati dengan kita kan? Kau suruh aku care only for those who genuinely care about me. Dan sekarang, aku nak kau jadi macam tu jugak! Kau kuat sahabat, kau sangat kuat. Sometimes aku amaze tengok kau, hidup dalam dunia yang bahagia, macam takde sorrow. Atau mungkin kau ada masalah, tapi kau tidak menunjukkannya. Sebab sikap positif yang kau ada tu. Aku doa kau akan okay dengan masalah kecil ini. Walaupun aku bukan orang yang sentiasa ada di sisi kau, know that, sampai mati pun aku akan tetap anggap kau sahabat aku. Sahabat tau, bukan kawan. Cheer up homie! Cheer up! And may ALLAH bless you with real happiness and love, amin."


Till here.


Again, spread people! Kita ni dah kekurangan kasih sayang sebab tu masalah sosial dan sakit hati semakin kronik :(

Homak Kau!

Assalamualaikum yawwwww ;D


Ini hasil kerja tangan sendiri ;) *bangga*


Haa! Amacam?


Terkejut berok tak tengok header simple gila baru aku tuh? Besau gila kannnnnnnnnn? Eh bukan dalam entry ni, tapi kat atas nun! Agaknya kalau guna gambar betul aku sudah pastinya boleh kelihatan dengan amat jelas setiap kawah jerawat yang membuat struktur geografi kekal di atas mukaku ini. Disebabkan aku sangat berbaik hati, maka aku tak jadi guna gambar sebenar. Eh, memang takkan guna pun sebenarnya. Aku taknaklah nanti ada kes pembaca belog aku yang masuk ICU akibat terkejut-terkejut tengok muka aku secara dekat dan jelas. Tak pasal-pasal belog aku yang tak feymes ni jadi feymes akibat kes yang tidak ingin kita dengar. Oh sadis.


Anyways, untuk makluman semua, aku sekadar menjadikan header ini sebagai suatu yang bersifat sementara sahaja. Bukannya kekal untuk berbulan-bulan lamanya. Ini adalah header sementara sahaja okeh? Header ini adalah pengganti header lama yang sudah aku muak melihat kewujudannya. Dan header ini juga sebagai peneman belog ini sementara aku mereka suatu header yang lebih cantik dan awesome. Oh ya, cantik dan awesome itu haruslah mengikut taksiran aku sendiri. Kalau tak cantik dan awesome bagi korang, aku pedulik hape? *ceh, gangster*


Dengan ini, aku amat berharap anda semua terhibur walau sesaat dua melihat header besar gedabak ini. Di samping itu, rajin-rajinlah berdoa aku dapat buat header baru dalam kadar segera. Kalau tak alamatnya korang akan terus menatap dan menataplah dengan linangan air mata header simple gila yang besau homak kau ini! HAHA!


Sekian, wassalam ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...